.

Wednesday, November 26, 2008

Perempuan-Perempuan Bimbo...

Mlm td aku termenung pjg, tak boleh tido…sakit betul hati. Jd aku masuk dpr…kemaskan apa yg patut, cuci apa yg perlu…selalunya mcm tu lah…x pernah berubah. Selepas selesaikan semua tu, aku baring semula dgn harapan dptlah lelapkan mata.

Badan penat, otak berselirat…mmg payah nk pejam mata. Lalu, aku pun on tv…layan dvd korean (yg di beli di indon dgn harga yg sungguh x masuk akal…murah gilos beb). Love in Heaven, dah lebih 10 kali aku hadap citer ni…tp x pernah rasa jemu.

Kisahnya tentang percintaan, tp kaya dengan kasih sayang keluarga. Dan yg paling penting ttg kegigihan seorang wanita (berusia awal 30-an), yg hidup sebatang kara. Lalu menumpang kasih keluarga angkat, kemudian diperlakukan pulak mcm hamba…di suruh bekerja demi menyara kehidupan ibu serta adik angkatnya.

Tetapi dia x pernah merunggut, yg dia paling inginkan adalah utk bertemu dengan ibu kandungnya. Sayu sungguh hati aku setiap kali melihat diri wanita itu di kaca tv, entah knp aku seolah-olah mampu merasai derita batin yg dialaminya. Lalu, aku terkenangkan sikap dan sifat teman-temanku yang bernama ‘perempuan’.

Dalam kemeriahan persahabatan, aku merasa malang sekali kerana ada sekelompok dua perempuan yang aku gelarankan ‘perempuan-perempuan bimbo’. Masih ada gelaran yg lain, tp di sini cukup setakat itu sj…mereka ini bolehlah aku kategorikan sebagai ‘cukup sifat’, malangnya kurang akal. Selalu perasan cantik, dan jd pusat perhatian (khususnya kaum lelaki).

Dan setiap kali bercerita ttg lelaki, semuanya yg muluk2 sj yg keluar dari bibir mereka. Mereka mahukan lelaki2 kaya, muka hensem…kerja bagus…kereta bagus dan romantis…pendek kata sempurna segala segi.

Aku selalu terdiam, sambil berfikir tinggi sungguh syarat-syarat mereka dalam memilih pasangan hidup. Hingga aku rasa, mereka bukan pilihan calon suami tp pilih ‘bank’ mana yg paling kukuh. Aku masih ingat dialog mereka: "Aku x kisah kan muka dia, janji duit byk. Senang sok kawin x payah nk kerja lg, dok kat rumah aje…belai dia…buat anak…senang cerita…"

Bahagianya aku dgr dialog2 mereka (sebenarnya byk lg, tp cukuplah itu sj yg aku tulis di sini…). Secara peribadi aku anggap mereka ini jenis nk hidup senang dan selesa cara mudah.Tp mereka lupa, tak ada hal mudah dlm dunia ni…apa pun tuah org kita tak tahu dan jujur kata, aku tak pernah iri pada tuah org.

Sebab? Sebab…Alhamdulillah, Tuhan beri aku akal dan tubuh yg sihat…diberikan byk impian dan semangat, dikurniakan perasaan teruja untuk memiliki apa sj dgn hasil sendiri. Namun aku x pernah menolak, lelaki itu bertanggungjawab terhadap wanita (isterinya). Memberi nafkah, zahir dan batin!

Aku tak menafikan kenyataan itu. Yg aku tegaskan di sini soal kepuasan. Aku puas andai apa yg aku miliki adalah hasil usaha diri sendiri. Aku rasa sangat malu dan sgt tak berguna bila nk beli bedak muka atau ubat gigi pun nk mintak-mintak dari lelaki (kecuali masa kecil dulu, mintak dgn abah atau ma).

Aku sgt segan untuk menyebut perkataan; "U, cantik la baju ni…belikan untuk i…" Oh tidak! Aku x ingin dan takkan pernah buat kerja itu. Kecuali dlm diam2, aku dibelikan sesuatu yg mmg ingin aku miliki. Sungguh, aku tak malu ckp…mmg aku gila duit dan dlm masa yg sama aku gila kerja. Kerja yg aku x pernah buat dan terpikir nk buat pun, aku redah jugak (halal beb…!). Sungguh, dr zaman sekolah rendah…menengah…waima kampus…aku tak pernah amik sebarang kursus komputer atau grafik…atau photography.

Tp dlm tempoh 10 thn ini, aku sungguh teruja dgn diriku sendiri kerana aku mampu memiliki semua kemahiran yg ku sebut di atas dan hari demi hari, aku makin menguasainya. Malah, kita aku dah mampu bina website sendiri…godek2 code dlm website…try and error…tp aku puas…sgt puas dan akan tepuk tangan untuk diri sendiri…lalu katakan, aku mmg boleh!!!

Org kata aku tamak…kalau ya pun kenapa…aku bukan tamak atau laparkan harta org dan aku sesekali x pernah terfikir untuk menumpang harta atau kesenangan org lain… Tp aku tak malu mengaku suka mengendeng2 org2 yg bijak pandai dlm bidang mereka, demi mengutip ilmu…walaupun aku x pernah pk nk menguasi ilmu tu…janji aku suka…aku akan buat sampai berjaya…

Ada juga org sebut…aku ni egois. Pada aku, aku anggap yg sebut begitu x faham makna sebenar egois tu. Tp aku tetap percaya, tak semua benda yg aku usahakan akan aku miliki…tak semua, but so far…aku puas hati!

Tulisan ini bagaimanapun, bukanlah bertujuan nk angkat diri sendiri. Aku cuma nk cerita
*p/s: Paris Hilton ni pun aku kategorikan sebagai ‘bimbo’ gak, tp nasib baiknya..dia kayo…

tentang perempuan-perempuan yg ku gelarkan sebagai bimbo. Knp aku gelarkan mereka begitu, sebab mereka ini bukan sj nk hidup senang dan nk hidup cara mudah…malangnya lg, otak kosong…x ada buah fikiran yg bernas atau boleh diguna pakai…walau bagaimanapun, impian hidup mereka memang serba muluk…impian yg sangat mulus! Siang malam asyik pk, mcm mana nk dptkan ‘lombong emas’.

But…maybe aku ni jenis manusia yg serba nk berdikari (bukanlah dlm semua segi…utk keperluan peribadi yes!), jd aku mcm x boleh terima akal-akal mereka itu. Aku rasa mereka terlalu…oh susah nk disebutkan…(x apa, baik aku simpan sj).

Apa pun…perempuan-perempuan bimbo ini sedikit sebanyak telah mengajar aku tentang kehidupan realistik. Tp jujur kata, kalau aku lelaki…aku tak ingin nk berbinikan si bimbo-bimbo ini…hehehehehee Adios…

No comments: