.

Saturday, March 14, 2009

Aku, dia & kamu di Belum Rainforest Resort...





Seronok dlm kepenatan...maklum le mkn angin sambil bekerja, bila otak bekerja badan pun rasa penat. Apa pun selama 3 hari 2 mlm di Resort Pulau Banding, ia suatu pengalaman yg sukar nk aku jelaskan dgn kata-kata. Meredah hutan dan pulau2 kecil sekitarnya buat otak rasa lapang...x percaya, pergilah dan rasai sendiri. Di tgh2 keindahan ciptaan Tuhan itu, aku rasakan betapa kerdilnya diri ini...betapa DIA Maha Kaya...Maha Sempurna...Masya Allah...



Info(dr pelbagai sumber):
  • Pusat eko pelancongan terkemuka ini menjadikannya sebagai pintu masuk utama atau ‘Gerbang Ke Alam Semulajadi’ terunggul.
  • Kompleks Hutan Belum Temenggor merupakan khazanah alam semulajadi yang meliputi kawasan seluas 300,000 hektar yang dikelilingi air (Tasik Temenggor) yang berkeluasan 45,000 hektar, hutan simpan, hidupan liar, flora dan fauna yang dipelihara dan diurus dengan baik supaya generasi akan datang dapat terus menikmati keindahan alam.
  • Ia terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum.
  • Kawasan ini adalah antara kawasan hutan hujan tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua dari Hutan Amazon dan Hutan Congo, Afrika.
  • Dari keluasan Kompleks Hutan Belum Temengor ini, hanya Taman Negeri Diraja Belum berkeluasan 117,500 hektar yang diberikan status sebagai Taman Diraja pada 31 Julai 2003 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan digazetkan sebagai Taman Negeri Diraja Belum pada 3 Mei 2007.
  • Bagi memastikan keindahan yang tidak ternilai terus dipelihara, Kumpulan Emkay memajukan Belum Rainforest Resort dan Pulau Banding Rainforest Research Center untuk menjadikan Pulau Banding laluan keluar masuk ke alam semulajadi.
  • Belum Rainforest Resorts adalah kemudahan infrastruktur untuk pelancong dan Pulau Banding Rainforest Research Centre adalah satu lagi pusat penyelidikan dalam bidang bio-diversiti dan pharmaseutikal.
  • Daerah Hulu Perak memiliki alam semulajadi dan Hutan Diraja Royal Belum kaya dengan biodiversiti hutan tropika yang telah berusia 130 juta tahun.
  • Ia merupakan projek pelancongan yang amat bernilai jika dibangunkan secara holistik dengan memastikan bahawa khazanah negeri terus terpelira.
  • Projek ini dilancarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlah Shah pada 9 Julai lalu.
  • Bagi merealisasikan projek ini, Kumpulan Emkay, yang diterajui Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar selaku pengerusi, telah melabur jutaan ringgi bagi menaik taraf kemudahan penginapan kepada 70 buah bilik bertaraf tiga hingga empat bintang.
  • Ia adalah salah satu daripada lima fasa pembangunan Pulau Banding bagi tempoh 10 hingga 15 tahun.
  • Resort ini lengkap dengan kemudahan tambahan seperti Restoran Hornbill, bilik mesyuarat, surau dan kemudahan serta pakej rekreasi ke Kompleks Hutan Belum Temenggor serta jeti yang menempatkan beberapa buah bot dan sebuah bot penyelamat.
  • Kumpulan Emkay melalui Yayasan Pulau Banding turut menjalankan kajian bagi pemuliharaan hidupan akuatik di Tasik Temenggor terutamanya bagi pembiakan anak benih ikan kelah dan temoleh yang semakin pupus ekoran pembalakan tidak terkawal di kawasan tersebut.
  • Projek ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan melantik Usains Holdings untuk membuat kajian bagi mengatasi masalah kepupusan spesies ikan di Tasik Temenggor yang menjejaskan kehidupan dan pendapatan masyarakat Orang Asli di sini.
  • WWF Malaysia pula menjalankan kajian terhadap bilangan harimau yang masih wujud manakala penyelidik daripada FRIM mengkaji tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu kawasan hutan itu masih terpelihara untuk digunapakai apabila sesuatu pembangunan hendak dijalankan di kawasan lain.
  • Dengan adanya kajian perintis ini, ia diharap akan menggalakkan kedatangan lebih ramai penyelidik dari dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan terhadap kepelbagaian khazanah alam yang terdapat di Kompleks Hutan Belum Temenggor demi manfaat manusia sejagat.

No comments: