.

Sunday, July 12, 2009

Ape ke hal....



Balik dr lepak dgn Zarul di Syed Bistro td, aku sambung baca novel…teruja nk tau apa kesudahan ceritanya. Itulah salah satu keburukan perangai aku, jrg nk bersabar dan yg bestnya ramai yg tegur perangai aku.

Di mata mereka, kononnya aku ni sgt la penyabarnya…oh tidak, nampak pada zahirnya mungkin dan mungkin jugak sebab aku jenis suka pendam dlm hati tp sekali meletup aku sure mesti ada yg ingat sampai mati…huahuahuahua…dek kerana itu, aku selalu kawal diri drpd meletup. Sebb itu derang pk aku ni penyabar kot.
Novel berjudul Setia Menanti selamat qhatam 3jam seblm azan Subuh. Anehnya aku x rasa mengantuk walaupun otak dan badan penat bukan main. Sebenarnya aku jugak takut terbabas, nanti Subuh ke mana aku entah ke mana. Jln selamat, tidur selepas solat Subuh!

Dalam tempoh 3jam tu, aku pun belak2 la brg2 aku yg bertimbun dan kebanyaknya buku, majalah, dan komik (termasuk Ujang). Ke hulu ke hilirlah aku berkemas sampai rasa nk tercabut pinggang. Lastnya aku solat Subuh jam 6.40 pg.

Lepas solat aku sambung berkemas lg…entah gila apa mata ni x mau pejam selagi x habis kerja. Itu jugak salah satu daripada perangai aku sejak zaman study sampailah dah keje. Susah nk ubah.

Akhirnya jam 8 pg siap jugaklah kerja-kerja mengemas dan lepas mandi terus rebahkan badan. Huh seluruh tubuh rasa lengguh yg amat sgt…dan aku sempat gelak dlm hati sambil berseru pd diri sendiri… “Anis…Anis…Anis.. ape ke halnya ko ni…”

No comments: