.

Saturday, July 11, 2009

Hari yg malas...

Sepanjang ari ni aku x ke mana2, malas rasanya nk keluar rumah dan kebetulan cuaca sgt panas di luar sana. Jd aku selera melepak di rumah sj, bertemankan 2 buah novel yg aku pinjam drpd Farah (member opis).

Sebuahnya dah aku langsaikan mlm td, maklumlah ari ni tak kerja dan x ada tugasan di luar. Jd aku sengaja bersengkang mata membaca dan terus membaca hingg ke helaian terakhir.

Puas! Ya krn dah lama aku tak jd hantu novel. Hampir setahun aku x sentuh apa2 novel sbb aku berniat nk habiskan karya aku tanpa dipengaruhi bahasa, idea dan kisah penulis lain. Malangnya masa terlalu sedikit. Hinggakan aku berasa inginkan lebih lagi…bolehkah aku memohon 8 ari seminggu???

Tepat jam 2.34 ptg, perut rasa pedih dan berpoco-poco minta makanan…huhuhu tp aku terus bermalas-malasan dan hanya memujuk perut dgn maggi cup perasa kari…hahahaha
Jam 5 ptg usai solat Asar, aku gagahkan kaki ke Giant yg terletak x berapa jauh dr rumah. Tp dek kerana malas, yg dekat pun berasa jauh. Di Giant, aku beli roti dan teh o ais (tgk air pun aku tapau…malasnya…), kemudian terus balik sebab x ingin pun nk berlama-lamaan di dalam pasar raya tu.
Sampai di rumah, Kak Tipah call. Katanya suami dia buat hal lg dan sudah 4 ari x balik rumah. Suaranya yg syahdu membuatkan aku x jd masuk dlm rumah, sebaliknya terus bergegas ke rumahnya di Pandan Cahaya (KL).
Di rumah Kak Tipah, aku tgk keadaan rumah tak terurus…anak2nya yg seramai 4 org riuh rendah dgn hal masing-masing, membuatkan aku rasa sesak otak seketika. Kak Tipah pulak terus memerah air mata, tubuhnya yg semakin berisi dan berpakaian ala kadar membuat dia kelihatan comot…selekeh…padahal Kak Tipah cantik orgnya.

Awal perkenalan aku dgnnya, aku cukup kagum krn Kak Tipah suka melawa dan sentiasa harum semerbak. Tp entah kenapa selepas kahwin dan beranak pinak, lain pulak jd nya….
Aku berada di rumah Kak Tipah hingga jam 9 mlm, mendengar curah hatinya yang x kunjung sudah. Kalau boleh dia mahu aku bermlm di rumahnya, tetapi aku menolak kerana aku kurang gemar bermlm di rumah org…(kakak aku pun selalu membebel sebab aku payah sgt nk tido di rumahnya…)

9.30 mlm aku sampai di rumah, otak dan badan letihnya sama naik. Baru sj berhasrat nk mkn dan berehat, tiba2 temanku Zarul ajak minum2. X sampai hati pulak hendak menolak lg pun sudah lama benar aku x bersembang dgnnya. Kami ke kedai mamak, tempat biasa kami selalu lepak.

Byk yg kami bualkan termasuk ‘kemalangan’ yg aku lalui awal minggu ini. Dan dia seperti biasa byk cerita dan khabar baru, ada masanya dia menjadi pendengar setia dan ada masanya pulak aku yg mendengar…begitulah kami.

Jam 1.30 pg kami beredar walaupun banyak cerita yg nk dikongsikan bersama. Tpkan esok masih ada…dan esok aku sambung lagilah cerita ni ya…skrg nk tido…

No comments: