.

Monday, March 30, 2009

Pok Hang ku beringus vs Talentime

Sampai ke sudah, aku x berkesempatan jugak nk tgk filem ni. Kata kengkawan, termasuk Pok Hang...citer ni sgtlah menyentuh hatinya (walaupun dia bukanlah peminat filem2 Yasmin), cuma dia ngaku x leleh ayak mata je sedangkan memember sebelah dah beringus-ingus...
Aku tanya Pok Hang, apa yg best benar...jawabnya maintain jek...(Beb...tgk sendiri...rasailah sentapan perasaan itu...ewah-ewah...)

Sayang, aku x dak peluang. Nampak gaya kena tgk cd jek la...emmm layan ka?


Sinopsis
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh.

Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.
Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak.

Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu.

Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.
Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.

Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah.

Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri.

Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya?

Di malam Talentime, segalanya terungkai.

Saturday, March 14, 2009

Aku, dia & kamu di Belum Rainforest Resort...





Seronok dlm kepenatan...maklum le mkn angin sambil bekerja, bila otak bekerja badan pun rasa penat. Apa pun selama 3 hari 2 mlm di Resort Pulau Banding, ia suatu pengalaman yg sukar nk aku jelaskan dgn kata-kata. Meredah hutan dan pulau2 kecil sekitarnya buat otak rasa lapang...x percaya, pergilah dan rasai sendiri. Di tgh2 keindahan ciptaan Tuhan itu, aku rasakan betapa kerdilnya diri ini...betapa DIA Maha Kaya...Maha Sempurna...Masya Allah...



Info(dr pelbagai sumber):
  • Pusat eko pelancongan terkemuka ini menjadikannya sebagai pintu masuk utama atau ‘Gerbang Ke Alam Semulajadi’ terunggul.
  • Kompleks Hutan Belum Temenggor merupakan khazanah alam semulajadi yang meliputi kawasan seluas 300,000 hektar yang dikelilingi air (Tasik Temenggor) yang berkeluasan 45,000 hektar, hutan simpan, hidupan liar, flora dan fauna yang dipelihara dan diurus dengan baik supaya generasi akan datang dapat terus menikmati keindahan alam.
  • Ia terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum.
  • Kawasan ini adalah antara kawasan hutan hujan tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua dari Hutan Amazon dan Hutan Congo, Afrika.
  • Dari keluasan Kompleks Hutan Belum Temengor ini, hanya Taman Negeri Diraja Belum berkeluasan 117,500 hektar yang diberikan status sebagai Taman Diraja pada 31 Julai 2003 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan digazetkan sebagai Taman Negeri Diraja Belum pada 3 Mei 2007.
  • Bagi memastikan keindahan yang tidak ternilai terus dipelihara, Kumpulan Emkay memajukan Belum Rainforest Resort dan Pulau Banding Rainforest Research Center untuk menjadikan Pulau Banding laluan keluar masuk ke alam semulajadi.
  • Belum Rainforest Resorts adalah kemudahan infrastruktur untuk pelancong dan Pulau Banding Rainforest Research Centre adalah satu lagi pusat penyelidikan dalam bidang bio-diversiti dan pharmaseutikal.
  • Daerah Hulu Perak memiliki alam semulajadi dan Hutan Diraja Royal Belum kaya dengan biodiversiti hutan tropika yang telah berusia 130 juta tahun.
  • Ia merupakan projek pelancongan yang amat bernilai jika dibangunkan secara holistik dengan memastikan bahawa khazanah negeri terus terpelira.
  • Projek ini dilancarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlah Shah pada 9 Julai lalu.
  • Bagi merealisasikan projek ini, Kumpulan Emkay, yang diterajui Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar selaku pengerusi, telah melabur jutaan ringgi bagi menaik taraf kemudahan penginapan kepada 70 buah bilik bertaraf tiga hingga empat bintang.
  • Ia adalah salah satu daripada lima fasa pembangunan Pulau Banding bagi tempoh 10 hingga 15 tahun.
  • Resort ini lengkap dengan kemudahan tambahan seperti Restoran Hornbill, bilik mesyuarat, surau dan kemudahan serta pakej rekreasi ke Kompleks Hutan Belum Temenggor serta jeti yang menempatkan beberapa buah bot dan sebuah bot penyelamat.
  • Kumpulan Emkay melalui Yayasan Pulau Banding turut menjalankan kajian bagi pemuliharaan hidupan akuatik di Tasik Temenggor terutamanya bagi pembiakan anak benih ikan kelah dan temoleh yang semakin pupus ekoran pembalakan tidak terkawal di kawasan tersebut.
  • Projek ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan melantik Usains Holdings untuk membuat kajian bagi mengatasi masalah kepupusan spesies ikan di Tasik Temenggor yang menjejaskan kehidupan dan pendapatan masyarakat Orang Asli di sini.
  • WWF Malaysia pula menjalankan kajian terhadap bilangan harimau yang masih wujud manakala penyelidik daripada FRIM mengkaji tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu kawasan hutan itu masih terpelihara untuk digunapakai apabila sesuatu pembangunan hendak dijalankan di kawasan lain.
  • Dengan adanya kajian perintis ini, ia diharap akan menggalakkan kedatangan lebih ramai penyelidik dari dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan terhadap kepelbagaian khazanah alam yang terdapat di Kompleks Hutan Belum Temenggor demi manfaat manusia sejagat.

Wednesday, March 11, 2009

Nak tgk apa sebenarnya...



Tak sure...kalau aku berpeluang tgk citer ni apa fokus sebenar aku... pelakonnya... ceritanya... muzik...or tari...tp 2/3 kerat kengkawan aku kata, depaorg nk tgk tubuh sasa Samuel Rizal...'geletisnya' Nani (Sharifah Amani) dlm citer ni. Aku x pasti pulak part mana geletisnya Nani, sebab dia dgn selambelen memeluk Samuel pujaan depaorg atau mmg ada aksi geletis-geletisan dlm tu. Apa pun, aku tgh mencari waktu nk tgk citer ni. Kalau x dpt pun ok je, x de la rasa sadis pun...


Sinopsis

Mia ialah seorang gadis yang begitu obses dengan tarian hip hop. Tapi bagi beliau adalah cukup mustahil untuk merelisasikan impiannya itu. Tapi semua itu berubah apabila hadirnya Remi dalam hidup beliau. Remi adalah seorang penari yang cukup berbakat dan berjaya menawan perhatian Mia. Mereka berdua disertai bersama Dafi dan Robby yang juga turut mahu merelisasikan impian mereka bersama dengan menyertai pertandingan tarian seluruh negara itu. Dengan begitu hampir memenangi pertandingan tersebut bapa Mia cuba untuk menghentikan segala cubaan Mia dalam bidang tarian ini termasuk cintanya terhadap Remie. Dengan kepercayaan mereka yang teguh kumpulan mereka hampir memenangi pertandingan tersebut sehingga Remie secara mengejut rebah di lantai...

Friday, March 6, 2009

Kata-kata...


Aku selalu bising sendiri, konon belum cukup sibuk dan aku selalu tensen bila org lain huru-hara dgn kesibukan tapi aku dok maintain jek. Susah betul hati aku dibuatnya, dan aku dikatakan pelik sbb ade pemikiran mcm tu. Sungguh, aku jenis x reti nk duduk diam. Tensen kalau x ada benda nk difikir dan nk dikerjakan.

Dan sebulan yg lalu (lepas beberapa bulan bising nk jd manusia sibuk), akhirnya ‘permintaan’ aku termakbul. Februari berlalu begitu pantas. 28 hari tak terasa, sampai aku terkezut beruk bila ‘tiba-tiba’ jek dah masuk bulan Mac. Oh... sungguh, tiba-tiba jek aku jd manusia super busy... berlambak-lambak assignment & artikel nk disiapkan, sebulan tu aku kerja mcm org gila...balik rumah terus pengsan, kadang pengsan dgn baju kerja sampai ke pagi...masya Allah, buruk perangai aku, kan!!! Lantak lah...x ada sapa nk peluk cium pun...(sebab tu bantal busuk aku jd busuk...hahahahaha).

Apa pun, aku hepi...dlm tensen aku tetap hepi. Tak kisah la org lain nk kata apa, gila kerja ke...gila duit ke...ada aku kesah? Lantak koranglah, kalau aku gila duit pun bukannya aku gilakan duit korang...hihihihi

Aku harap, semangat yg aku ada blh layan kesibukan ni. Walaupun tak lari bidang, songeh &n sengelnya susah nk diterima akal sihatku...tp insya Allah. Moga Allah SWT., berkati usaha & kesibukan ini. Dan insya Allah, Subuh aku bukan ‘Subuh Gajah’ lg...

Sunday, March 1, 2009

Aku & 'wanita'...

Aku tgk atas-bawah...kiri-kanan...secara logiknya aku mmg pempuan, tp knp org selalu ckp aku x mcm pempuan...ok fine, aku mmg x reti nk melaram ngan baju kurung, kebaya pendek or skirt...gaya aku setiap hari (biarpun ke tmpt keje) 'anak jeans', aku x blh buat keje tanpa jeans...rasa serabut...rimas...lemas + geli-geleman..

Mungkin sbb keadaan tu wat derang ckp aku bukan pempuan sejati...tolonglah...aku pakai apa yg aku selesa...dan aku tak mampu nk pakai gaya yg bukan utk diri aku, aku x mampu nk bawak...jiwa aku terbang entah ke mana...mmg problem!!!

Tp aku selalu yakin, aku adalah pempuan yang lengkap dgn perasaan keperempuaan...serba serbinya lengkap! Walaupun dok lu-gua...gua-lu, tp tu x bermaksud aku ni bukan pempuan...ok! Knp aku bukak cerita ni, pasal semenjak dua ni ramai sungguh yg dok hasut aku supaya jd lebih feminin...aku garu kepala, perempuan tu mesti pakai baju kurung or skirt ke? Kalau x pakai x nampak feminin ke?

Tu pemikiran deranglah...aku x kesah, asalkan aku selesa sudah. Kadang terpaksa juga 'jd org lain'. Mmg x seronok...mmg rasa hipo'...sedangkan aku x reti nk jd manusia jenis itu!!