.

Saturday, March 31, 2012

Dalam Mihrab Cinta...

...teringat waktu pergi ke Jakarta penghujung 2011 lalu, sakan memborong novel2 daripada penulis asli Indonesia. Sedih juga, sebab banyak novel2 yg dilistkan tiada dlm stock mereka. Adoyai...dah dtg jauh2 x ada pula! Apa nak, maybe x ada rezeki. Tak apa, lain kali boleh dtg & cari lagi ;-)

...sejak 15 thn kebelakangan ini mmg aku lebih beri perhatian pada karya2 dari Seberang, secara peribadi aku rasa idea dan perkisahan karya mereka lebih matang. Bukan bermaksud menidakkan karya penulis M'sia. Ramai yg bagus2, tp susah nk jumpa. Dan aku masih setia membaca karya penulis M'sia, itu x perlu dipertikaikan sebab selera masing2 la. Juga bukan maksud aku semua karya2 dari Seberang itu bagus2 belaka. Senarionya lebih kurang mcm di negara kita juga, if pandai memilih dan menilai, maka bertemu la buku dgn ruasnya ;-)

...misalnya mcm novel karya Habiburrahman El Shirazy, Dalam Mihrab Cinta (DMC). Ralit membaca setiap plotnya, setiap watak yg direka bagaikan hidup di depan mata. Mengujakan. Bertuahnya penulis ini sebab dikurniai kelebihan dan keistimewaan sedemikian.Selesai membacanya, terdetik dlm hati...alangkah bagusnya kalau naskah ini turut diadatasikan ke layar lebar seperti mana Ayat-Ayat Cinta.

...Alhamdulillah, akhirnya harapan jd kenyataan. Novel ini diadaptasi ke layar lebar dan diarahkan sendiri  penulisnya. Sgt cantik la...pasti hasilnya lebih hebat. Apatah lagi tunggak utamanya dipegang aktor yg cukup aku minati, siapa lg kalau bukan cik abgku (...ewahhh), Dude Herlino.

...okeh lah, masuk bab filem pulak. Permulaanya, DMC ni agak sedih apabila Syamsul Hadi (Dude Herlino) difitnah teman sebiliknya, Borhan. Syamsul Hadi dikeluarkan dari pesantren (sekolah pondok) dengan cara yang cukup mengaibkannya. Dia diheret dgn paksa dan dibotakkan di khalayak ramai (di depan pelajar pondok lain). Lebih malang, keluarga Syamsul marah dan tak percayakan dia lg kecuali ibu dan adiknya, Nadia (suka cara dia bertudung, kemas je).Akhirnya Syamsul keluar dari rumah.

...kehidupannya sebagai pelarian mmg banyak dugaan. Dek desakan hidup, dia betul2 jadi pencopek (pencuri), dia memilih jd pencuri sebab terdesak duit. Malangnya, tabiatnnya itu diteruskan lagi selepas mendapat galakkan daripada kawan2 dalam penjara. Tapi, syukur akhirnya dia sedar malah jd ustaz (oh sgt cair tgk penampilannya yg ala2 'suci' hehehehe).

...byk mesej menarik dlm filem ini, kalau nak tahu korang kena tgk sendiri la. Secara peribadi, aku layan cerita ni, tambah pula dah layan 2 versi (novel + filem)...mmg layan habis. Sebagai pelakon, Dude Herlino berjaya membawa watak Syamsul Hadi dgn baik.

...selain plotnya yg menarik, lagu2 latarnya pun best. Malah, Dude Herlino turut menyumbang suaranya berduet dgn Asmirandah (mereka ni dulu sempat bercinta sekejap, tp skrg dgr2nya dah putus...hehehehe). Aku dah, link kan lagu2 mereka korang boleh tgk dlm post yg lepas. Oh ya, antara lagu2nya Bunga-Bunga Cinta (mcm tajuk lagu Misha Omar lak) dan Dalam Mihrab Cinta (ini nyanyian Afgan-sgt mendayu suka).

...kalau korang paham (aku paham dan malas pulak nk tolong edit utk korang (mood tgh x berapa nk rajin) hehehehe), boleh layan sinopsis di bawah ini;-

Sinopsis novel 'Dalam Mihrab Cinta'
Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir kerana dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian kerana keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencuri. Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya? (cari kat youtube, mesti ada org upload filem ni hehehehe)


Puas dpt baca novelnya (walaupun dlm bahasa Indonesia, x kisah sebab aku paham sepenuhnya)
Cantik poster promosi filem DMC ni
Para pelakon dan pengarah DMC
Babak awal, Syamsul tolong Zizi dlm keretapi
Nadia, adik yg sgt penyayang
Nadia terkejut apabila abgnya di penjarakan, mmg dia tak sangka Syamsul betul2 jd pencuri. Di sini juga Syamsul belajar mcm mana nk jadi pencuri...hehehhee
Kesian dua beranak ni, Nadia dan ibunya sedih sebab Syamsul 'ghaib' selepas di jamin keluar dr penjara
Silvi ni awek Borhan, kemudian jatuh cinta pada Syamsul
Syamsul akhirnya pilih Silvi jd isterinya, bukan Zizi
Dari awal, aku lebih suka Syamsul Hadi pilih Zizi daripada Silvi ;-(
Dude ku yg cute ni digondolkan...sadis betul ;-(

Cute sgt Dude waktu senyum mcm ni...sweet dowh...ngeh...ngeh...ngeh ;-)

Friday, March 30, 2012

‪Bunga-Bunga Cinta


...entah kenapa, suka dengar lantunan vokal Dude dlm lagu ini. Vokalnya boleh dikatakan sgt serasi dgn pasangan duetnya, Andah. Kedengaran sgt romantis sekali. Sememangnya melodinya menangkap hati, sekali dgr sudah terpaut (utk pendapat peribadi aku...org lain x tahu lah). Saja tempek kat sini, utk kenang-kenangan sendiri ;-)

Thursday, March 29, 2012

Adoyai...

...demam + migraine + deadline = MATI! Hehehehe over x intro ni? 'Hover' sgt kan, tp itulah yg tgh aku alami skrg (aceli tiap2 bulan camgini kejadiannya). Kebetulan bulan ni kena buat 3 advertorial (yg pasti bahagian ni aku x dpt sesen pun, kira hangus la).

...oh serius, semak kepala otak! Semua benda nk kena pk dlm satu masa. Rasa mcm x cukup je 24 jam tu utk urus semuanya (update blog pun guna iphone jek...). Oh Tuhan, bila kala la semua ni nk selesai. Tp yg peliknya, masih gigih nk layan semua ni setiap bulan. Masih berkira2 nk hulur surat resign, syg sgt la konon. Hahahaha...!

...kadang bila pk nk berhenti kerja, aku mesti pk apa kerja yg sesuai lg utk aku selain menulis. Bila x dpt menulis sehari pun aku dah gian, mcm mana kalau x menulis langsung? Oh tidak, nantilah2 aku pk kan. Sekarang pk mcm mn nk selesaikan semua kerja ni, apa pun caranya deadline mesti kena 'bungkus' tepat waktunya.

Gaya hidup aku ketika ini ;-(

Sunday, March 25, 2012

Afgan - Dalam Mihrab Cinta

...sgt suka lagu ni, tgh x jemu mendengarnya...menusuk ke hati sgt kapas hatiku ini ;-)

Pergi tak kembali...

...jam 8.45 pg, dpt sms drpd teman sepejabat (Kak Azeda)-katanya Wak (ayah dia) dlm keadaan kritikal. Mujur dah bgn awal2 sbb plan nak ke rumah Ila (juga teman sepejabat) di Rawang, smlm dia sms nk follow ziarah wak Kak Azeda di hospital Selayang. So, mmg saja bersiap awal biar sampai Rawang cepat sikit.

....sebaik sj dpt sms Kak Azeda, terus jd kalut semacam. Berdebar2 dan terkocoh2 bersiap, haih la...mcm2 hal bila dilanda panik. Capai tudung dan kunci kereta, aku pecut En Omee x ingat dunia. Masa tu air mata dah meleleh sakan. Adoi...hope sgt2 aku sempat jumpa Wak.

...perjalanan dr Danau Kota ke Hospital Selayang x ada la jauh mana, tp pg ni aku rasa jauh sgt2. Aku tepuk2 dada biar tenang sikit, tp sebaknya x boleh nak tahan.

...wak mmg bukan sesiapa dlm hidup aku, tp sejak aku kerja bersama Kak Azeda maka aku kenal juga Wak. Malah, x sampai seminggu lalu aku ada bekalkan pau yg aku buat utk wak dan Kak Azeda. Mmg, wak dah lama x berapa sihat...al-maklumlah umurnya pun dah 81. Tapi, saat ini aku masih berharap wak dlm keadaan baik2 saja hendaknya.

...namun kuasa Tuhan tiada siapa boleh menghalang. Aku x sempat tgk wak, hanya sekujur tubuh kakunya menyambut kedatangan aku. Masih terbayang2, tgh hari semalam waktu aku melawatnya...pergerakkan wak masih aktif. Sungguh x sangka, dia pergi buat selamanya pg ini.

...tiada kata yg mampu aku ucapkan. Sayu hati melihat wajah sugul Kak Azeda, doa ku tak putus utknya semoga dia tabah dan cekal menghadapi kehilangan besar ini.

...hari ini juga sepanjang hari, aku rela lapangkan masa utk bersama Kak Azeda.Aku x mampu beri apa2, kecuali sedikit perhatian dan bahu utk dia tumpang berpaut. Sungguh, walaupun terkadang terkecil hati namun aku akui manusia tiada yg sempurna. Dia dan aku juga begitu, tetapi dlm keadaan begini aku benar2 ikhlas mahu berada di sisinya. Menemaninya melalui detik2 kalut dan emosi. Semoga dikau terus tabah dan sabar wahai kakakku.
setia menunggu wak dimandikan di bilik ini


Wak disemadikan di Tanah Perkuburan Tanjung Karang, Kuala Selangor tepat jam 3ptg

Kebasahan...

…dekat 3 bulan x cuci kereta, hari ni semangat berkobar2 nak hantar En. Omee mandi biar bersih2. Sian beliau, cukup lama x dipedulikan. Serius, bukan x nak ambil tahu hal beliau, tp x cukup masa. Terlalu banyak benda yg diuruskan, maka terpaksa la mengabaikan beliau buat seketika.

…tp hari ni nasib x berapa baik, tgh2 syok En Omee mandi, tetiba hujan maha lebat pun turun. Aduhai, ngilu hati tgh En Omee kuyup tgh hujan. Apa nk buat redha je la, maybe ada tempat lain yg memerlukan hujan biarlah dia turun. Buat En Omee, jgn sedih ye nanti kita mandi lagi ;-)


En Omee ku kekuyupan di tgh hujan...hukhukhuk

Tahniah Irma Hasmie...

(Sumber berita: Mstaronline):
SUNGAI BULOH: Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.
Dari kiri: Ibu Irma, Ropitah Abdul Hassan, Azizah Osman dan Irma. Foto UTUSAN

"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.
Irma bersama ibu dan bakal ibu mentuanya ;-)

Saturday, March 24, 2012

The making...Bubur Jagung

...mlm ni malas nk main masak2 sgt, just masak benda paling simple untuk alas perut. Apa yg terfikir di kepala, nak masak Bubur Jagung je. Kebetulan dua hari lepas p Care4, ada jagung murah.Rm 0.69 seketul. Aku dah rembat 7 ketul, so mlm ni boleh la main masak2 simple. Resipinya mudah jek: Jagung, gula melaka, santan dan sedikit garam. Siap!!!

Taraa...dah siap dah Bubur Jagung, meriahkan kalernya ;-)

Mlm ni mkn 2 senduk jek, masuk peti sejuk esok makan lg

Friday, March 23, 2012

Demi cinta, kurela...

Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

Kerana cintaku ikhlaskan
Segalanya kepadanya
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga


Wednesday, March 21, 2012

Ku terima kamu apa adanya...


Seorang lelaki dan wanita berkahwin dan majlis perkahwinan mereka sungguh meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia itu. Suatu acara yang luar biasa mengesankan semua orang.

Pengantin perempuan begitu anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dalam tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Sayang, saya baru membaca sebuah artikel di majalah mengenai bagaimana menguatkan tali perkahwinan" katanya sambil menghulurkan majalah itu.

"Begini, kita sama-sama mencatat hal-hal yang kurang kita sukai daripada pasangan kita. Kemudian, kita membahas bagaimana mengubah hal-hal itu dan membuat hidup  kita bersama lebih bahagia"

Suaminya setuju dan mereka mulai memikirkan hal-hal daripada pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal itu untuk kebaikkan bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah kamar dan mencatat apa yang terlintas dalam benak masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka siap mendiskusikannya.

"Saya akan mulai duluan ya", kata si isteri. Dia lalu mengeluarkan daftarnya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 halaman. Ketika dia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai daripada suaminya, dia memperhatikan bahwa airmata suaminya mulai mengalir. "Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan" jawab suaminya. Lalu si istri terus membacakan semua yang terdaftar, lalu melipat kertasnya dengan sopan dan di letakkan di atas meja kemudian berkata dengan bahagia... "Sekarang giliran abang membacakan daftarnya".

Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatu pun di kertas ini. Bagi Abang, bahawa kamu sudah sempurna, dan Abang tidak mahu mengubahmu. Kamu adalah dirimu sendiri. Kamu cantik dan baik bagi Abang. Tidak satu pun daripada peribadimu yang Abang rasa kurang"

Si isteri tersentak dan tersentuh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya, dia tunduk dan menangis.
Dalam hidup ini, banyak kali kita berasa dikecewakan, tertekan dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal itu.

Hidup ini penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan sisi buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah di sekeliling kita?

Kita menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan cuba melupakan yang buruk.

Cinta tidak pernah memandang kekurangan orang yang kita sayangi dan cintai. Cinta hanya membawa kebahagian dan saling berkongsi untuk memahami kekurangan masing-masing. Mencintai dengan apa adanya.

Cinta tidak pernah menyakiti, sebaliknya menambah kedewasaan dan cara berfikir untuk memandang hidup, sebagai kasih kurnian Allah yang terbaik. Cintailah semua makhluk dengan harapan semua berbahagia katakan kepada pasangan kita : I Love U Just The Way You Are....

Jangan biarkan kekurangan yang kita lihat daripada pasangan kita akan mengalahkan dan menutupi semua kelebihan, kebaikan dan keutamaan pasangan kita...no body perfect! 

p/s: dikutip drpd laman sesawang dan diedit semula. Sharing-caring with luv ;-)

Sunday, March 18, 2012

Biar hati bicara...

Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Friday, March 16, 2012

The making...Pau GebuS ;-)

…dah seminggu semangat nak ‘mengepau’, tapi dek kerja yg bertimbun2 kat opis n asyik balik dlm kepenatan dan kestressan, terpaksa pendamkan semangat tu dlm2. Tapi mlm ni, walaupun penat yg amat sgt, gigih nk buat pau. Nasib baik semua bahan dah siap dibeli tinggal nk buat je.

…10pm, susun semua bahan atas meja. Bubuh satu demi satu bahan dalam mangkuk adunan. Semua main pukul rata, x timbang2 bagai sebab malas. Leceh satu hal, biasalah kerja org malas ‘kan.

…aceli byk resipi yg berjaya dikutip dlm internet, pilih je nk yg mcm mn dan seperti biasa tentunya aku pilih resipi yg paling mudah n terbukti menjadi (berdasarkan komen2 org yg pernah mencubanya).

…dengan resipi paling mudah dan dikatakan mmg menjadi tu, maka aku penuh semangat menguli adunan. Lebih kurang ½ kilo tepung diuli. Intinya cuma kacang merah, plan nk buat kari ayam tp x time la nk berkari2 bagai. Sumbat je la kacang merah tu.

…selepas 2 jam, kejadian pau hasil tangan comel ku menunjukkan sesuatu yg memberangsangkan. Kejadinnya sgt gebu n montok. Kemain hepi perasaan aku tgk pau menggebu dlm pengukus (bercermin lut sinar).

…mcm biasa, sesi pose-mengepose x kan dilupakan. Pau yg tgh panas2 tu aku ajak pose, oh sgt lah hepi.

…selesai mengukus, masuk bekas siap2 sebab plan nk bg budak opis merasa sikit begitu jugak anak2 buah. Itu satu kemestian apabila cuba resipi baru. X kisah apa komen depa, yg penting aku ikhlas bg depa rasa. Dah, jom kita layan pose ;-)
Tepung siap diuli
Puaslah menggodek2 adunan nk jd kan bentuk pau mcm kat kedai tu
Siap susun dlm pengukus
part2, tunggu turn nk dikukus
Inilah kejadian pau hasil ku uli td, sgt montok kan
Taraaaa...pau inti kacang merah
Susun elok2 dlm bekas nak bahagi2 kat kengkawan n anak buah

Thursday, March 15, 2012

Chenta...

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Tuesday, March 13, 2012

Kuasa chenta...

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Sunday, March 11, 2012

Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah...

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Thursday, March 8, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet



...tak tahan melihat linangan airmatanya, sebak bergautan di dada. Ya Allah, manis ada manusia berhati keji. Langsung tiada perikemanusiaan memperlakukan ibu kandung seperti ini. Ya Allah, Engkau bimbinglah aku semoga aku tidak menjadi manusia keji di kalangan mereka (yang keji). Lindungi dan kasihani ibu bapaku sebagaimana mereka melindungi dan mengasihiku sewaktu masih dalam kandungan lagi. Amin113x

With SimplySiti

...hari ni mmg bz giler, tp terpaksa gak lapangkan masa utk p assg SimplySiti kat Mariott, Putrajaya IOI Resort City, jm 2pm. Kalau boleh ngelat, mmg aku dah ngelat. Tp disebabkan ini client majalah aku so kena la layan. Nanti apa pulak kata depa kalau x dilayan, susah pula staff marketing nak buat kerja lain kali.

...btw, majlis hari ni berkenaan Penyampaian Hadiah SimplySiti Di Hati. Geng media tak ramai, boleh bilang dgn jari. Maybe sebab ada assg lain kat TV3 waktu sama, so ramai yg ke sana n payah dtg tempat jauh.

...aceli x de benda nk citer sgt, cuma assg ni aku ambil gambar sendiri termasuk gambar Datuk Siti. Lepas tu layan pulak bergambar dgn beliau. Hahaha...lama x buat keje gedik gitu. Hahahaha...;-P
Gambar Datuk Siti ni akan dipublishkan kat Majalah Jelita hehehehe
Cenderahati utk rakan media yg disediakan SimplySiti (boleh agak kat dlm ada apa)
Inilah bendanya yg memang menepati ramalanku...
Bolehlah layan, kalau x rajin nk tempek kat muka sendiri leh bagi sesapa yg nk nanti

Sunday, March 4, 2012

M.A.L.A.S...

...sgt malas! Tak segan nk ngaku bahawasanya sejak kebelakangan ni tahap kemalasan dah sampai paras hidung, sikit lg boleh lemas terus. Punya la malas, sampai org yg ada hobi memasak mcm aku ni boleh kena virus malas masak.

....dek kerana melayan angin malas, meh ler kita makan kat luar jek...senang x payah nk pening kepala mikir apa nk di mkn or masak. Order je, terus dpt...yg penting tekak boleh telan sudah. And seperti biasa, bila malas masak aku angkut En. Omee p Kg. Baru. Walaupun sendat sana sini, mmg payah giler nk parking En Omee tp tetap nk p sana jugak. Nasib baik En Omee sgt slim, so sedikit senang nk diurus ;-)

...apa yg aku nk mkn sgt kat Kg Baru ni? Apa lg kalau bukan Mihun Celup n BP Steak. Byknya makan...hahahahhaa ;-)

Mihun Celup...ini la rupanya, versi sgt pedas tanpa kacang tumbuk
Sgt sedap sosnya, suke2

Saturday, March 3, 2012

Gundah memamah setiap inci kegembiraan...

Nasib nenek kerana ubi kayu...

...sekadar mahu kongsi kisah ini dgn kalian semua. Kala membaca, sayu bergayut di tangkai hati. Semoga apa yg dipaparkan ini menjadi ikhtibar kita bersama. Sharing-caring with luv ;-)


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa s...ebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Apa itu DISLEKSIA?

Taare Zameen-Best!
...mungkin korang mcm aku gak, dah tgk movie ni kat tv td. Mungkin ada yg masih tak faham apa itu Disleksia. Ptg ni aku terlebih rajin sikit, sj google mengenainya. Berikut ini petikan yg aku jumpa drpd pelbagai sumber

Sumber 1: http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Sumber 2 (rajin2 p google k, kalau petik ke sini nanti pjg lak post ni): http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Lain2: Korang taip je DISLEKSIA nanti byk la info mengenainya. tqvm sudi membaca ;-)

Taare Zameen Par-Really make me cry...so touching


... mata mengantuk tp, movie yg tgh tayang kat TV ni tambah best lak. Pernah tgk sikit kat 'rumah' Puan Sri You Tube, tp time tu internet lembab (zaman belum ada Unifi + x taw camna nk download videa dr You tube, tp la ni dah taw la...dh mcm2 video aku 'sedut' kat You Tube tu).

...dek kegigihan (usaha tangga jaya hahaha), selesai nonton movie yg sgt best n touching habis (really make me cry-terus jd hati kapas). Really luv the movie!!!

...yup, setiap kita ada own talent-so jgn buang masa dengki-mendengki or menjatuhkan org lain utk dipandang juga duduk di atas. Kita lahir setia 'sempurna', hargai sebaiknya. Thanks Taare Zameen-mengisi petang ini dgn sgt rasa damai ;-)

Friday, March 2, 2012

A Rational Reason to Cover my Head?

...entah, lupa baca kisah ni kat blog mn. Waktu baca, aku terus copy n paste kat notepad. Bila aku baca balik, rasa nk share dgn korang. Moga manfaat drpd cerita ini dpt dikongsi bersama.

Gambar-hasil carian Google ;-)
Kenapa saya bertudung...ada sebab yang rasional?
Tidak pula saya pernah membukanya atas apa sebab jua pun. Saya tidak dapat pandangan yang serong kecuali sedikit dan tidak dapat cemuhan kecuali dari orang yang jahil.. Saya  dapati saya telah dapat, dengan cara berpakaian saya untuk membuktikan bahawa prasangka mereka terhadap Muslimah bertudung adalah palsu kesemuanya. Saya berilmu, berakhlaq baik, mampu berdiskusi dan berdebat, boleh ketawa dan bersikap sederhana, sama sekali tidak terkongkong atau terhalang dengan mengamalkan Islam sebaik mungkin.  Saya adalah Wanita Muslim, yang fundamental tetapi kontemporari memahami hukum hakam di dalam konteks dunia masakini..

Saya ditanya soalan ini oleh seorang sahabat. Bila saya cuba fikirkan untuk menjawab soalannya ini tanpa menyebut dalil Al Quran dan Hadith, nyata saya tidak dapat memberi sebab yang rasional. Saya dapat kemukakan banyak sebab tetapi tidak dapat kemukakan sebab tanpa kaitan dengan Al Quran dan Hadith. Tidak semua perkara yang saya lakukan bersandarkan logik dan rational.  Kerap kali saya lakukan sesuatu sebab hati saya aman dengan melakukannya

Memakai tudung bukanlah sesuatu yang saya lakukan dari kecil, malahan saya telah kesekolah sehingga tamat sekolah dengan skirt dan kemeja. Saya ke Universiti memakai skirt atas paras lutut  . Saya mula memakai tudung pada umur 18 tahun semasa belajar di Mesir.Semasa itu, di Malaysia tudung kepala hampir tidak kelihatan tetapi di Mesir sudah menjadi perkara biasa dikalangan pelajar universiti.

Pada tahun 1976 semasa saya pulang ke Malaysia untuk bercuti seketika, saya telah pun memakai tudung dan pada masa ini, di Malaysia ia masih suatu yang janggal dan tidak diamalkan. Semasa saya berada di Masjid Tanah, kampung suami saya, saya diludahi di muka oleh seorang gila. Ini mungkin disebabkan cara saya berpakaian, dengan tudung kepala , mungkin orang gila ini melihat perkara ini suatu yang pelik dan meludahi muka saya. Suatu pengalaman perit yang tidak dapat saya lupa berkaitan dengan memakai tudung! Semasa ke Pulau Pinang pula, saya terasa saya di negeri asing, suatu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini...kepala manusia berpusing-pusing untuk melihat wajah saya yang bertudung! 

Mengapa saya masih bertudung juga apabila ditimpa berbagai dugaan setelah memakai tudung? Bukan mudah untuk saya membuat keputusan untuk memakai tudung.  Salah seorang guru saya telah mengelar saya sebagai anak nakal sebab kedua-dua rakan serumah  saya telah memakai tudung sedangkan saya masih mempertahankan skirt pendek saya.

"Mengapa perlu tutup kepala ? Saya telah bertanya , "Kalau anda boleh berikan saya sebab yang kukuh bahawa ia adalah hukum di dalam Islam saya akan lakukan ujar saya kepada Tahani, guru  saya yang berbangsa Mesir.Tahani merujuk pada surah An Nur ayat 31 dan juga mengemukakan beberapa hadith Nabi.

Lama juga masa untuk saya memikirkan tentang implikasi memaki tudung sedangkan masyarakat di Malaysia belum dapat memahami atau menerimanya. Namun demikian keimanan saya pada Islam menebal dan keyakinan saya tentang wajibnya menurut perintah Allah sememangnya kuat maka, setelah saya berasa yakin bahwa ada kebenaran di dalam perbuatan mereka yang memakai tudung, maka saya pun memakai tudung!

Zaman itu adalah zaman kereta tiada hawa dingin dan kedai pun tidak berhawa dingin. Saya beruntung melatihkan diri bertudung di Mesir, sebab cuaca Mesir kering dan di musim panas sekalipun, kita  tidak berpeluh walau berapa lapis tudung dan jubah. Tidak begitu di Malaysia! Saya berasa sangat terseksa dengan bertudung dan berjubah , dan setiap perjalanan dengan kereta seolah saya berada di dalam neraka dunia yang begitu panas. Cuma takutkan nerakalah saya masih tidak meningalkan pakaian tersebut! Sampai suatu ketika saya berasa marah kepada Tuhan sebab menyeksa saya sedemikian rupa sehingga saya menjadi letih dan tidak selesa!

Syukurlah saya mulai sedar, bukan Tuhan yang menyeksa saya tetapi saya yang menyeksa diri sendiri sebab tidak pandai menyesuaikan pakaian pada iklim negeri saya. Saya pun buang jubah dan tudung tebal, dan memakai kain yang sesuai dengan iklim. Tidak jarang tetapi nipis dan boleh serap peluh, namun tetap bertudung!

Selepas kesusahan awal yang saya lalui untuk untuk menegakkan Islam di dalam diri, saya dapati saya menjadi lambang kebangkitan Islam dan tingkah laku saya diperhatikan oleh masyarakat! Saya dapati saya perlu berhimmah dalam pertuturan dan perbuatan sebab saya dilihat sebagai seorang yang mencerminkan Islam. Kerap juga saya gagal memenuhi peranan ini. Saya gagal berilmu, saya gagal menunjukkan akhlaq yang sebaiknya, saya gagal mengawal marah dan banyak lagi kegagalan saya.

Namun, demikian setiap kegagalan di ikuti dengan mujahadah untuk perbetulkan yang silap dan berusaha lagi untuk menjuadi Mukminah yang baik. Mujahadah yang saya mulakan dengan memakai tudung berterusan sehingga sekarang. Sudah banyak ide-ide awal yang saya fikirkan benar telah saya buang untuk menerima ide yang lebih mantap, namun demikian tudung tetap saya amalkan.

Ini adalah keyakinan diri saya sendiri namun demikian saya tetap menghormati wanita Islam yang tidak mempunyai keyakinan yang sama. Bagi saya tudung adalah simbol keislaman saya , namun demikian siapalah saya untuk menghukum orang yang tidak mempunyai keyakinan  seperti saya? Biarlah Allah sahaja yang menentukan hal ini di akhirat kelak!

Lama kelamaan saya mulai sedar bahawa apa yang saya mulakan sebagai tanda patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul menjadi lambang dan simbol kebangkitan Islam di dalam jiwa saya. Tudung fokus  mengubah diri saya untuk menjadi insan yang lebih baik

Sekarang saya di dalam usia 46 tahun  dan saya mula bertudung semasa umur 18 tahun pada zaman tujuh puluhan, zaman pop yeye. Yang saya boleh perkatakan semenjak saya bertudung , saya tidak menerima sebarang gangguan atau usikkan dari lelaki. Saya di beri penghormatan kemana jua saya pergi dan saya memang banyak menjelajah dunia. Mesir, Syria, Greece, England, Australia, Indonesia , India, Pakistan, Eropah dan Amerika adalah negara dan benua yang saya kunjungi malahan ke Cina dan Rusia pun sudah saya sampai dengan pakaian bertudung ini.

Tidak pula saya pernah membukanya atas apa sebab jua pun. Saya tidak dapat pandangan yang serong kecuali sedikit dan tidak dapat cemuhan kecuali dari orang yang jahil.. Saya  dapati saya telah dapat, dengan cara berpakaian saya untuk membuktikan bahawa prasangka mereka terhadap Muslimah bertudung adalah palsu kesemuanya. Saya berilmu, berakhlaq baik, mampu berdiskusi dan berdebat, boleh ketawa dan bersikap sederhana, sama sekali tidak terkongkong atau terhalang dengan mengamalkan Islam sebaik mungkin.  Saya adalah Wanita Muslim, yang fundamental tetapi kontemporari memahami hukum hakam di dalam konteks dunia masakini..

Dr Suriyakhatun Osman
2003

Thursday, March 1, 2012

The making of...Dadih

...dadih? YupS, walaupun x minat sgt makan tp entah kenapa mlm ni teruja nk buat. Aceli brg2 nk buat dadih dh sebulan dok menjanda kat tepi dinding bilik bakery. Cuma mlm ni ada vitamin R nk masuk cooking zone...hihihi

...sok Jumaat, so aku pk cantik gak kalau 'belanja' kengkawan kat opis pencuci mulut buatan sendiri. X kisahlah kalau ada yg x suka, kalau rasa sedap mkn...kalau x sedap bg komen positif sudah. Aku ni jenis x kisah sebenarnya, org je suka pk yg bukan2 pasal aku. Pelik? Aku ke derang? Ah! Abaikan, semua tu tak penting skrg. Skrg yg penting mcm mn nk buat dadih utk kali pertama-x pernah seumur hidup buat dadih sendiri.

...resipinya dah aku 'cilok' awal2 'rumah' Mr. Google & Puan Yahoo, so x de masalah. Masalahnya skrg mcm mn nk mulakan langkah pertama? Oleh krn mlm ni ada sikit angin perasan, so aku pun 'verangan' la buat dadih ikut resipi menggunakan serbuk agar2. Sgt simple, tp x tau la menjadi ke tidak!

...kalau rujuk resipi bahan semua dh lengkap. Apa yg diperlukan? Depa suruh sediakan serbuk agar2, susu cair 1 tin, gula (secukup rasa), air (aku bantai air mineral hahahaha) & perasa (ini pun ikut suka hati nak letak perasa apa janji suka rasa tu la)...oh satu lagi, api drpd dapur gas or dapur kayu hahahahaha

...marilah mendadih wahai member2 blogger sekalian. Jgn dok copy resipi jek, buatnya tidak (mcm aku hahahaha). Dah, tak nk meraban byk2, kita layan gambo2 yg aku snap kat bawah ni ye (bz sungguh, satu tgn nk pegang iphone, 1 tgn lagi utk kerjakan bahan2 dadih ni...demi blog yg dah bersawang nih) hahahaha. Dah JomS!!!

Mula2 kasi potong dadu isi mangga
Lebih kurang mcm ni la bentuk dadu ciptaan aku hahaha
Nyaris tinggal setengah mangkuk sebab mulut sibuk meratah hahahaha
Buat kerja ditemani Yuna ;-)
Tinggal biji jek sapa nk???
X caya Yuna teman aku buat dadih, ini buktinya wakakakaka ;-P
Air, gula n susu sudah terjun dlm periuk
Sudah berubah kaler kuning, ohw i likey
Comel2 susun dlm bekas, bersama isi mangga ...yummy
Tunggu dadih jd pejal n bole la ngap hahahhaa