.

Friday, August 30, 2013

Lux, sentuhan eksklusif pakar haruman terkemuka dunia...

Variasi wangian mandian Lux
Wangian membantu kita berasa positif pada dirinya dan menggambarkan perasaan sebenar melalui haruman berpanjangan. Justeru, dalam usaha untuk terus memberi inspirasi kepada wanita yang mempercayai Lux dalam memenuhi keperluan pembersihan dan kecantikan harian, Lux bekerjasama dengan beberapa pakar haruman terkemuka dunia seperti Ann Gottlieb. Ann telah mencipta haruman terkenal di dunia antaranya Obsession, CK One dan Eternity untuk jenama Calvin Klein, Daisy (Marc Jacobs) dan J'Adore Christian Dior.

Bagi menghasilkan variasari wangian mandian Lux, Ann bekerjasama dengan pasukan pembangunan pengkhususan wangian di pusat haruman kelas dunia, Givaudan, untuk menghasilkan haruman yang kompleks dan penuh misteri seperti Lux Magical Spell.

Hasil kerjasama ini, mandian badan Lux kini hadir dengan rangkaian wangian elegan mempersona yang menawarkan pengalaman mandian yang mewah dan eksklusif sekali gus memberikan kesan keanggunan kepada setiap wanita.

Variasi mandian Lux:

Lux Soft Touch
Inspirasi dari ladang strawberi, Soft Touch diadun untuk menyampaikan perasaan lembut yang menawan dan sensual. Menggabungkan wangian flora yang lembut dan buah-buahan segar termasuk haruman jambak bunga yang kaya berkontras dengan wangian buah-buahan seperti strawberi dan markisah. Karamel dan vanila melengkapkan haruman kreatif ini. Lux Soft Touch membentuk lapisan berkrim nipis pada kulit agar kulit lembut dan lembap.

Lux Velvet Touch
Memberi haruman asli segar yang merangkumi wangian sitrus, epal dan aldehid. Haruman elegan ini dipertingkatkan bunga melur dan muguet serta diperkaya dengan pic berkrim. Lux Velvet Touch membuat kulit rasa lembut dan licin selepas mandian.
Lux White Impress
Haruman lembut bunga Lily of the Valley, kelopak ros dan melur yang digabungkan dengan kepelbagaian buah-buahan segar yang menyambut deria anda dengan kesegaran seperti di dusun, meninggalkan jejak wangian kasturi, amber dan vanila putih yang menenangkan. Lux White Impress sesuai untuk wanita yang inginkan kulit cerah menawan.

Lux Magical Spell
Gabungan kompleks terdiri daripada lapan ramuan penuh mistik, mandian badan Magical Spell ini menghasilkan ledakan pada deria bau anda. Mengandungi haruman  flora romantik dan sensual (daripada orkid hitam). Gabungan mempesona minyak juniper, kayu-kayan hitam, amber emas dan biji vanila dilapisi dengan penuh kepakaran di bahagian atas untuk menghasilkan wangian eksklusif yang kekal berpanjangan.
Ramuan eksotik terbaik ini diekstrak ketika bunga berada di tahap paling mekar dan diadun sebagai Fragrance Pearls TM halus, memberikan anda haruman yang berkekalan.


Lux Wake Me Up
Bermula haruman sitrus yang menyegarkan, diikuti wangian flora yang lembut serta kasturi dan buah-buahan, menjadikan mandian badan ini sempurna dengan elemen segar, feminin dan penuh kelembutan. Lux Wake Me Up memberi kesegaran pada kulit sepanjang hari.

Mandian badan Lux boleh didapati dalam dua saiz botol berbeza. Botol 700 ml dijual pada harga RM15.90 dan 220 ml pada harga RM6, manakala pek isian semula ditawarkan pada harga RM8.90.

Thursday, August 29, 2013

Casa Del Rio nan mengujakan...

Dicelah kesibukan mengejar dan mengumpul bahan untuk dateline (tinggal 3 hari jek lagi), aku dihantar bertugas ke luar KL. Walaupun cuma ke Melaka (untuk cover event ‘Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket @ Casa Del Rio Hotel, Melaka pada 29-30 Ogos 2013'), tapi perasaan ‘ngeri’ (sebab takut tak sempat proses bahan sebelum dateline menjadi deadline). Apa-apa pun, aku cuba berbaik sangka dengan kemampuan diri sendiri. Jadi, aku gigih usung laptop…konon2 nak menaip dalam bilik hotel nan selesa lagi gah tu hahhaa.

Sayangnya, seperti biasa semangat hanya tinggal ‘semangat’. Muncul ‘semangat lain’ pulak sebaik saja menjejakkan kaki ke lobby hotel. Mungkin sebab dah lama juga tidak ‘bekerja sambil makan angin’, jadi sesi assignment outstation kali ini agak bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Alhamdulillah, memang agak beruntung sebab dapat ‘bekerja dalam mood’ dan tempat yang best. Apa tidaknya, penganjur manjakan media jemputan dengan menyediakan penginapan, makanan dan layanan yang cukup mengujakan.

Lokasi berlangsungnya Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket  ni terletak di pinggir Sungai Melaka dengan panorama cukup mendamaikan. Majlis juga dijalankan dalam suasana cukup santai dan mesra media.

Selepas memanjakan diri di spa, kami bersiap ke acara minum petang sekali gus sesi penerangan mengenai Lux Sensational Fine Fragrance Media Junket. Lebih kurang jam 8.30 mlm, kami dibawa ke dewan khas untuk menikmati makan malam bersama duta Lux, Nur Fazura (nanti saya update info mengenai Mandian bdan Lux dengan wangian terbaik dan eksklusif yang direka pakar haruman terkenal dunia ok).

Ok, nak cerita sikit pasal lokasi penginapan kami yang best ni. Hotel Casa Del Rio Melaka ini menawarkan penginapan serba mewah dan eksklusif sesuai dengan status hotel butik bertaraf lima bintang berkenaan (terletak No.88 Jalan Kota Laksamana, Melaka yang mengadap panorama indah Sungai Melaka penuh bersejarah).

Lebih menarik, hotel ini menampilkan ciri bangunan berkonsep Mediterranean serta turut menggabungkan kehebatan sentuhan seni bina Melaka, China, Arab, Portugis serta Belanda. Menurut beberapa sumber, kewujudan Casa Del Rio menjadi ikon kebanggaan Melaka yang diletakkan di tangga ke 28 dari 45 tempat yang mesti dilawati (menerusi The New Yorks Times 2012).

Sangat mengujakan aku apabila melangkah masuk ke Bar Rio, River Cafe atau River Grill bagi menikmati sajian makan malam atau sekadar minum petang dengan pelbagai pilihan menu antarabangsa atau tempatan.

Paling dikenang, apabila setiap wakil media disediakan sebuah bilik penginapan serba mewah dengan panorama cukup indah (terutama pada waktu malam ) dari jendela bilik yang menghadap sungai.

Bukan saja bilik penginapan yang cukup selesa, pilihan makanan menyelerakan malah kami diberi peluang menikmati sejam rawatan urut badan di Satkara Spa secara percuma. Sangat best, hokeh..

Tqvm Lux Melaka dan semua PR -Shirlyn, Angie dan lain-lain yang melayan kami dengan sangat mesra. Now...Uolls layan gambar ye (macam biasalahkan...hehehehe).

Bangunan yang tersergam tu Casa Del Rio
Pemamdangan dari lobby hotel
Pemandangan dari balkoni bilik saya
Kata aluan daripada Pengurus Jenama (untuk) Pembersihan Kulit, Unilever Sdn Bhd, Tanya Teng
Bengkel wangian eksklusif bersama media kelolaan Pengarah Wangian Global, Givaudan, David Boyd
Bengkel wangian eksklusif Lux
Persembahan pembukaan
Pelancaran variasi mandian badan Lux bersama dutanya, Fazura
Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai
Pose dengan Fazura...hehehee

Sesi makan-makan

Santai-santai sebelum teruskan kerja

Meh manjakan diri...urut jangan tak urut
Dalam hotel ada itik kuning yg cute ni...apa lagi ajak berendam bersama la

Pencuci mulut...wow!
Bergambar lagi sebelum berangkat balik ke KL. Tqvm #LUXMELAKA







Wednesday, August 28, 2013

Rentapan emosi...


Kata dia…

“Aku lihat, engkau meliuk lentuk…lemah
lalu menyembah bumi, rabak merata. Aduh kasihan sekali.
Aku kutip, aku peluk kejap-kejap biar hilang segala ketakutan.
Luka yang merabak aku rawat dengan kasih juga sayang, sangat sayang!

Dengan emosi terlalu sayang, aku pegang erat dan kemas.
Tidak sekali aku lepas pandang, apatah lagi tinggal tanpa pesan.
Waktu yang bergulir, mencambahkan jalinan kasih.
Lalu hati kita bersatu dalam diam, padat dan padu.

Kita berkejaran bersama, terbang bersama angin kasih nan suci.
Tika malam berlabuh, pandangan kita bertautan.
Menghantar rindu dendam tiada taranya.
Lena kita penuh angan semolek bulan dipagari bintang.

Kita…bergandingan menuju puncak kasih
Ironisnya, engkau direntap sekelip mata
Jiwaku goyah, semangatku gugur
Engkau dibawa terbang dan aku tersudut di sini…”

Tuesday, August 27, 2013

Hati yang GEMBIRA adalah UBAT...


  • Jika kita MARAH, selama 5 minit saja, maka imuniti sistem tubuh kita akan depress 6 jam. 
  • Jika kita menyimpan kepahitan atau dendam, maka imuniti tubuh kita mati,disitulah bermula awal segala penyakit, stress, kolesterol tinggi, penyebab darah tinggi, jantung, rheumatik, arthritis, stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah).
  • Jika kita sering membiarkan diri kita stress, maka kita sering mengalami gangguan pencernaan. 
  • Jika kita sering berasa bimbang, maka kita mudah terkena penyakit ngilu bahagian belakang badan. 
  • Jika kita mudah tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit insomnia (susah tidur).
  • Jika kita sering mengalami kebingungan, maka kita akan terkena gangguan tulang belakang bahagian bawah. 
  • Jika kita sering membiarkan diri kita berasa takut yang berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit ginjal.
  • Jika kita suka negative thinking, kita akan mudah terkena dyspepsia (penyakit sulit mencerna).
  • Jika kita mudah emosi dan cenderung pemarah, kita mudah terkena penyakit hepatitis.
  • Jika kita sering berasa 'apatis' (tidak pernah peduli) pada sekeliling, maka kita akan berpotensi mengalami penurunan kekebalan tubuh.
  • Jika kita sering anggap remeh semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit diabetes.
  • Jika kita sering berasa kesepian, maka kita mudah terkena penyakit demensia senelis (memori dan kawalan fungsi tubuh berkurangan).
  • Jika kita sering bersedih dan berasa rendah diri, maka kita mudah terkena penyakit leukemia (kanser darah putih).
Justeru, mari kita selalu BERSYUKUR atas segala perkara yang telah terjadi, kerana  dengan bersyukur, maka "hati" ini menjadi BERGEMBIRA dan menimbulkan ENERGI POSITIF dalam tubuh untuk mengusir segala penyakit diatas.


*p/s: petikan pelbagai sumber

Monday, August 26, 2013

6 tanda kebodohan...

Nasihat Umar radhiyallahu'anhu:

Bismillah,
Diriwayatkan dari al-Hasan bin 'Alawiyah, beliau berkata: "Muhammad bin Manshur berkata: "Ada enam hal yang menandakan KEBODOHAN seseorang:


1. Marah tanpa alasan.

2. Berbicara dalam hal yang tidak ada manfaatnya.

3. Nasihat bukan pada tempatnya.

4. Menyebarkan rahasia.

5. Percaya kepada setiap orang.

6. Tidak boleh membezakan antara teman dan lawan.

Diriwayatkan dari Wadiah al-Anshari, beliau berkata: "Aku mendengar Umar bin al-Khaththab sedang menasihati seseorang, beliau berkata:  "Janganlah engkau mengucapkan sesuatu kecuali hal yang penting bagimu, kenalilah musuhmu dan berhati-hatilah terhadap teman kecuali orang yang sangat dipercaya. Seseorang tidak dikatakan terpercaya kecuali jika ia takut kepada Allah Ta'ala.
Janganlah kalian berjalan dengan orang yang suka melakukan maksiat, karena (jika demikian) dia akan mengajarkan kejelekan kepadamu, dan janganlah kalian menampakkan rahasia dan urusanmu kecuali jika ia takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala .
"

Al-Auza'i berkata: "Aku mendengar Bilal bin Sa'ad berkata:
"Temanmu yang selalu mengingatkanmu mengenai urusan akhirat ketika berjumpa denganmu lebih baik daripada teman yang setiap kali berjumpa denganmu dia memberimu wang sebanyak seribu dinar."

Sunday, August 25, 2013

Walawey, open houzz Syawal...

Hari ni ada open house utk semua penghuni sekitar kawasan rumah aku ni, tapi tgh malam tadi still tak tahu nak bawak apa. Boleh je nak datang tangan kosong, tapi lagi 'manis' kalau bawah 'buah tangan' 'kan ^_^

Fikir punya fikir, aku plan nak baking saja. Senang, lagi pun semua bahan ada. Cuma masalahnya, aku malas. Huh...beberapa dengan malas memang sangat2 'best'! Dok main, nak buat tak nak buat. Nak sukat tepung pun lemah gemalai jek, ater bila kala nak menjadi keknya???

Jam 11.30 mlm, masih dok keluar masuk dapur. Pandang peralatan baking dengan sendunya, Hish...apalah yg malas sgt ni. Time ni terfikir nak bawak kerepek yg masih bersusun elok, tak sempat mkn sejak beli utk raya tu hari. Tapi mcm tak syiok pulak buat kerja senang cam tu...hmmm, dah jgn byk cakap...kom baking time.

Dlm byk2 kek, aku pilih buat 'My Miss Red Velvet' with creamcheese frosting je. Senang sikit nak mengerjakannya, cheese pun ada 2 ketul lagi. Kiranya, memang sedang elok utk sebiji kek size besar. Mcm biasa, aku guna resipi yg buat utk jual tu. Kosnya memang mahal sikit, tapi tak apalah...kasi puas hati orang makan. Lagipun 'kan raya...open house, sure orang nak makan sedap-sedapkan.

Alhamdulillah, selepas 1 jam berperang dengan kemalasan tahap dewa...akhirnya siap jugak keknya. Syukur, kejadiannya sempurna...moist dgn rona 'merah baldu' nya. Oklah...penat lak nak mengetuk keybord ni, apa kata Uolls layan gambar ye.

Kek ni ada beberapa size dan harga, so boleh je nak order versi mana pun. Siapa2 yg teringin nak rasa boleh, order 'My Miss Red Velvet' with creamcheese frosting versi mini dulu. Uolls boleh pm saya di facebook.com/QalischaHomemadeRecipes, sms/whatsapp 010-220 9497atau isi borang kat sini. Sempat lagi promo ye bahahaha!

Oh, deco kek raya ni simple2 dulu, aku 'kan budak baru belajar 'mendeco' kek, setakat ni boleh buat mana yang mahir je dulu.
The making... My Miss Red Velvet Cake with Creamcheese Frosting
Tgk...tgh potong pun dah ada org hulur pinggan...hehehehe
Kakak ni sanggup jadi tukang potong sebab nak jadi org pertama rasa My Red Velvet Cake...


Byk jugak makanan, cuma ketupat je xde...hukhukhuk
Antara kuih raya yang ada...
Orang ni dok depan saya, tgk berapa ketul dia amik...
Gambar sebelum kena serang...
Selepas 30 minit dihidangkan...

Cuma satu perkara je yang aku nak berapa berkenan apabila menghadiri mana-mana jamuan makan, sikap tetamunya yang 'tamak', rambang mata, suka membazir dan tak fikir 'orang belakang'. Ambil makanan byk2, lepas tu tak habis. Ambil byk2 utk tapau (bawak balik), padahal org 'belakang' tak sempat nak merasa lagi.

Tambah sakit mata dan hati, apabila tukang buat perangai tu perempuan. Pakai cantik2, muka pun manis tp tang perangai alahai...bikin malu saja. Kan ada ramai orang, tak segan ke? Hmmm...dah tahun 2013, sikap segelintir kita apabila ke jamuan makan masih tak berubah. Kalau buat konsep 'catuan' agaknya berkesan tak???

Saturday, August 24, 2013

Tip bebas beban hutang...

Just sharing...with love ^_^

"Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang."

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Friday, August 23, 2013

Selepas 7 tahun-Azilah & Sirul bebas...

Rentetan kes bunuh Altantuya Shaariibu-gambar Google
PUTRAJAYA: Doa Cif Inspektor Azilah Hadri untuk menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama tujuh tahun akhirnya dimakbulkan setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Azilah, 37, yang ditemui Bernama sebelum hakim membuat keputusan sempat menyatakan bahawa walaupun fizikalnya tidak berubah sejak didakwa atas pertuduhan itu, namun jiwanya terlalu 'kecil' dan amat berharap akan berada di rumah.
Beliau yang diiringi pegawai penjara sepanjang prosiding, kelihatan terkejut apabila keputusan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Apandi Ali itu dibacakan.

Koperal Sirul Azhar Umar, yang dituduh bersama-samanya, pula sempat menyatakan "Terima Kasih Yang Arif" sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kandang tertuduh.

Azilah berkata beliau amat bersyukur kerana Allah SWT memperkenankan doanya dan berkata dengan nada suara gementar: "Saya masih lagi berdebar-debar".

"Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana...mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu," katanya.
Gambar Google
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu.

Beliau menyatakan doanya dan anggota keluarga supaya Azilah dibebaskan telah dimakbulkan Allah SWT.
Katanya sejak mereka bertunang pada 2006, beliau tidak pernah berputus asa dan sering melawat Azilah di penjara seminggu sekali.

"Saya gementar selepas keputusan dibuat, saya seperti tidak percaya. Saya amat gembira kerana inilah saat yang saya tunggu sekian lama. Syawal kali ini amat indah," katanya.

Sejak didakwa pada 2006 dan melalui proses perbicaraan, Azilah dan Sirul Azhar sentiasa menutup wajah mereka ketika berada di luar mahkamah dan kain yang menutup muka hanya dibuka selepas berada di dalam mahkamah.

Pada kebiasaannya, wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.

Namun, selepas keputusan mahkamah itu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.

Ketika ditanya pemberita Bernama sebelum beliau dan Azilah dibawa semula ke penjara untuk proses pembebasan, Sirul Azhar menunjukkan keramahannya sambil menyatakan kesyukuran.

"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan. Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," katanya.

Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.

Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Ipoh berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.

Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu. - BERNAMA

Wednesday, August 21, 2013

'Meroyan ketupat'...


Kemaruk makan ketupat bermula. Semua gara-gara tak dpt makan ketupat pagi raya. So, habis je puasa enam terus pulun mkn ketupat dengan pelbagai versi. Time raya je seronok nak layan ketupat ni, waktu biasa takde la meroyan sangat nak makan.

So, bermula Isnin tu ari aku pun masaklah beberapa ketul ketupat mini (dlm 15 bungkus ketupat mini). Sabtu lepas ada p cari daun ketupat yg siap anyam kat pasar tani tapi nan ado…sedihlah. So, demi nak melepaskan gian maka beralahlah aku dengan ketupat segera. Walaupun kurang ‘mari’, redha la. Memang inilah padahnya kalau x reti anyam  daun ketupat, tak boleh nak demand.

Bagi meraikan raya enam, aku dah plan buat mcm2 versi ketupat ni. Versi pertama tentunya makan dengan rendang. Lepas tu, buat pulak ketupat goreng. Resipi mudah dan main campak-campak aje, tapi berulang jugak makannya.

Tapi layan sorang-sorang memang tak best, so Aku bawak ke office share dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, habis. So selesai la meroyan makan ketupat, minggu depan plan nak ‘meroyan’ lagi. Hehehe…jgn marah ye.
Versi 1: Ketupat vs rendang ayam
Versi 2: Ketupat goreng
Versi 3: Ketupat goreng with sambal udang superduperspicy


Resipi Ketupat Goreng Sambal Udang
Bahan:
5-10 bungkus ketupat mini, dipotong empat
300 g udang kertas (atau apa jenis udang yang uolls suka)
Minyak untuk menumis
Sedikit sos cili
Garam secukup rasa

Bahan kisar: 
15-20 biji cili kering
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai

Cara membuatnya:
1. Tumis bahan kisar sehingga cili masak.
2. Masukkan sos cili, udang dan garam secukupnya. Gaul rata. Masak hingga garing.
3. Bubuh ketupat mini dan gaul rata. Masak sehingga ketupat sedikit garing. Angkat.

Tuesday, August 20, 2013

Dilema muslimah by Aiman Azlan...

Tulisan Aiman Azlan cukup menarik aku membaca hingga ke noktah terakhir. Bagi aku, ni pencerahan yang 'molek', sesuai dan elok dibaca sebagai ilmu tambahan. Aku panjangkan di sini untuk bacaan bersama. kepada Aiman, tq atas pencerahan ini.

Tulis Aiman Azlan di wall FB:
Seorang Muslimah meluahkan, "Saya dalam proses untuk mengubah diri untuk menjadi Muslimah yang lebih baik. Raya hari tu saya avoid bersalaman dengan bukan mahram saya. Tetapi, dia rasa offended pula. Ibu marah saya dan suruh saya salam dengan dia jugak out of respect. Saya dalam dilemma. Apa patut saya buat?"

Sekadar gambar hiasan
Senang untuk saya kata, "Ignore saja mereka tu!" tetapi jawapan seperti itu terlalu simplistic bagi saya.

Sebelum kita mula berbicara tentang fekah, kita harus acknowledge jihad dalaman yang sedang dilalui oleh Muslimah ini.

Saya bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang memahami hukum agama dan tidak meletakkan budaya sebelum Islam. Tetapi, ada ramai brothers and sisters kita di luar sana yang tidak hidup dalam "luxury" itu. Ada yang terpaksa argue dengan ibu bapa saban hari, semata-mata untuk terus pegang kepada tali Allah.

Ingat senang ke nak katakan "No" kepada ibu kita? Bila saya fikir-fikirkan tentang ibu saya, memang susah. Nak kata "No" kepada Umi ibarat mengoyak hati kecil saya. Saya sayang Umi dan saya tidak rela melihat Umi marah ataupun sedih. Syurga saya di bawah telapak kakinya.

Tetapi between sayang Umi dengan sayang Allah, sudah tentu saya sayang Allah lebih. Syurga saya milik Allah dan Umi juga milik Allah. Mana mungkin dia yang dimiliki melebihi Dia yang Memiliki.

Sayang itu perlukan bukti. Tidak cukup dengan kata-kata. Kadang kala untuk membuktikan rasa sayang kepada Allah, kita harus mengharungi jihad yang cukup hebat.

Begitulah hakikat situasi yang dialami Muslimah ini.

Saya bukanlah arif dalam isu fekah. Demi rasa hormat saya pada agama ini, saya tidak berani untuk jawab tanpa ilmu. Ada individu yang belajar selama bertahun-tahun untuk mendalami ilmu fekah, mana mungkin saya yang ilmu hanya sedalam sudu teh boleh pandai-pandai masuk gelanggang orang lain.

Cukuplah sekadar saya raise awareness tentang dilemma Muslimah kita ini (dan ramai lagi sepertinya) dan harap-harap mereka yang arif dapat memberikan jawapan yang sahih dan adil.

Semoga Allah redha. Ameen.

Lewat setiap sujudku ini...

Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab
Hanya padaMU ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai PENILAI HATI lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahsia itu hanya KAU yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya padaMU ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Rahsia itu hanya KAU yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan semua kasih cintaku padaMU...

'Aku' dolu bukanlah yang sekarang (Part 1)...

"Bukan 'Aku' yang dolu..."
Mood mcm rojak sejak 2-3 minggu ni hanya kerana terlalu kawasan rumah sewa dulu. Lama dowh aku dok menyewa kat Taman Permata, Ulu Kelang ni. ..dekat 10 thn (3 rumah dlm tempoh tu) dan rumah yg last aku tumpang menyewa 6 thn.

Aku cukup suka kawasan perumahan ni, semua kemudahan tersedia dan semuanya dekat2 belaka terutama pasar raya dan bank. Dulu aku menyewa area situ sebab dkt dgn tempat kerja, jln kaki dah sampai…mmg jimat belanja. Lepas tu, apabila aku kena ulang-alik bekerja di Jakarta, Indonesia. Aku tetap tinggal di sini, tak rasa nk pindah mana2 pun.

Apabila pindah tempat, aku masih mahu dan selesa tinggal menyewa di situ. Jauh juga dgn tempat kerja dan aku sanggup pulak beli kereta semata2 x nk tinggalkan kawasan ni.

Sungguh di sini bersemi byk kenangan yg aku tak lupa sampai bila2. Kenangan yg sgt abadi, yg aku tak 'kan mampu lupa buat selamanya dan aku pasti akan terpahat kukuh di hati ini. Waktu di mana aku belajar menjadi gadis dewasa, yg perlu berdikari utk meneruskan hidup…susah senang tanggung sendiri.

Begitu juga waktu aku kenal kawan2 yg banyak ‘mengajar’ aku menjadi manusia dewasa dan matang, terutama ZA. Sungguh, aku sgt rindukan saat2 itu. Di mana kami sama2 mengejar masa dan meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kurang (Alhamdulillah, skrg kehidupannya lebih baik…rezeki lebih melimpah dan aku harap semakin bahagia)…namun kami sgt gembira dan sgt teruja.

Tuhan, setiap kali aku teringat satu persatu peristiwa yg terjadi dlm hidup aku di sini, aku mata ini menitis. Berjurai setiap kali mengenangkan kesungguhan dan kebaikan ZA yg x pernah berkira penat lelahnya pada aku. Paling penting, dialah sahabat paling setia dan dekat yg selalu ada apabila aku perlukan ‘bahu’ utk menangis.

…sayangnya, kami tidak ditakdirkan utk terus bersama. Dia ‘menghilang’ seiring perubahan hidup aku. Dia ‘lari’ jauh, walaupun sebenarnya kami sgt ‘dekat’. Dia buat aku rasa mcm sgt2 tak berguna dan berdosa. Ye, aku harus rasa mcm tu. Aku memang tak patut pisahkan dia daripada hidup aku, tapi segalanya berlaku mcm mimpi dan aku terkedu.

Arghhh…realitikah semua ini? Apakah ini semua mimpi? Kejutkan aku, aku mahu seperti aku yang dulu. Memperkasa diri demi kelangsungan hidup, namun bahagia dlm erti kata paling luar biasa. Aku kini…bukan lagi aku yang dolu...dolu!!!

Monday, August 19, 2013

Jadilah lelaki bukan jantan...!

Apa? minta maaf? Tak Sengaja? Mengajar? Hello...tahu tak, lelaki bacul saja yang berani sepak terajang perempuan. Tak dinafikan dlm rumah tangga sure ada masalah, mcm2...yg tak masuk dek akal pun boleh berlaku dan kadangkala sikap isteri sendiri mengundang api kemarahan suami sekali gus buat suami bersikap pelik dan luar biasa.

Apa pun masalahnya sebagai suami kena bijak. Kalau pun tak berapa nak bijak, kena pandai. Ilmu berumahtangga biarpun tak berapa sempurna, kena ada sikit-sikit. Kekerasan tak mendatangkan penyelesaian melainkan mengundang kebencian juga kemarahan. Nak pulak, isu suami pukul isteri ni memang sensitif. Mana-mana perempuan pun (termasuk aku) akan beremosi (apatah lagi dapat tgk sendiri perbuatannya). 

Apabila mereka beremosi, mereka tak nampak logiknya mengapa si suami sanggup sepak terajang si si isteri. Apa yang mereka rasa, kesakitan yang ditanggung. Masing-masing berharap dgn sangat, semoga ada hukuman yang setimpal atas pelakuan si suami yang tidak berperikemanusiaan itu! 

Senang ckp, apabila sudah rasa bersedia utk memikul tugas sebagai ketua keluarga. Maka bersedialah utk mengisi ilmu yg sepatutnya dlm diri. Paling penting wahai suami, jadilah lelaki bukan jantan!

Sunday, August 18, 2013

Bertabahlah Rita Rudaini...

Sumber gambar & berita: Berita Harian
Kemelut perkahwinan yang dilalui aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar, 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan Abd Razak, 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Tiada apa yang dihairankan, rumah tangga mereka sudah lama bergegar dengan pelbagai kontroversi, malah Aidil juga sudah lebih dua tahun meninggalkan Rita dan anak-anaknya yang masih kecil.
Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

Biarpun diceraikan pada hari baik, bulan baik, tiada apa yang nak dikesalkan, Rita mahupun dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, sudah terbiasa menjalani hidup tanpa nakhoda keluarga. Malah, anak-anak juga tidak lagi mengenali Aidil apabila sekian lama tidak bersua muka.

Buka buku baru
Rita sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.
Di kala sibuk melayani anak-anak yang kian membesar, Rita termenung seketika. Aktres kelahiran Perlis itu berkata, “Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu. Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api.

Bila sudah benci
“Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?
Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?"

*p/s:...tak tahu nak kata apa, mungkin kerana ada yang kekurangan 'ilmu berumahtangga dan berkeluarga'. Buat Rita dan anak-anak, semoga tabah menghadapi ujian daripadaNya.

Friday, August 16, 2013

So sad...

... a sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.

Thursday, August 15, 2013

Gulai Darat Kaki Ayam...

Perghh, dah lama teringin nak mencuba resipi Gulai Darat Kaki Ayam ni, selalu jek tak menjadi dek vitamin M yang melampau-lampau. Biasanya, kalau beli kaki ayam, aku akan buat sup jek. Tapi hari ni betul-betul rajinkan diri mencuba resipi daripada seorang teman yang diwhatsapp sebelum raya tu hari. Katanya kutip daripada laman MyResipi (tapi tak dinyatakan pemilik resipinya, jenuh cari byk jugak yang tempek resipi gulai ni... so tak tahu yang mana satu).

Tak sangka senang je nak membuatnya. Main campak2, tak payah nak tumis bagai. Oklah, sudah-sudahlah kita membebel ye, jom masak skrng *_*

Resipi Gulai Darat Kaki Ayam
Bahan-bahan:
Kaki ayam, secukupnya (saya rebus dulu separuh masak,airnya jangan dibuang-boleh ganti dengan daging atau ayam-ikut suka uolls la ye)
1 biji kelapa-ambil santannya
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa (oh saya guna asam gelugor kampung)
   
Bahan kisar:
2-3 ulas bawang putih
11 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
10 biji cili kering
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan tumbuk kasar:
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar kerisik

Cara membuatnya:
1. Campur dan gaulkan kaki ayam bersama bahan-bahan yang dikisar serta bahan tumbuk  sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi. Masak sehingga kaki ayam empuk (baru sedap makan nanti).
3. Bubuh santan dan garam secukup rasa juga asam gelugor. Kacau sehingga masak.

*p/s:- Ingat nak campak kacang panjang, tapi lupa nak beli.

Tuesday, August 13, 2013

Apabila suami 'sakit mental'...


Rasanya tentu dah ramai yang tonton video di atas, ye sedang hangat diperkatakan. Dalam kemeriahan Syawal, kita disajikan dengan berita begini memang menyakitkan hati. ...awalnya aku elak tgk video ni (fobia/trauma), memang tak sanggup tengok (sbb aku sendiri ada 'sejarah' melihat realiti kejadian depan mata, apabila dah dewasa elak tgk sebab takut mempengaruhi cara fikir dan bertindak).

Atas pengalaman sedia ada, serius aku cukup takut anak-anak mangsa menghadapi keadaan sama (fobia/trauma). Kalau ikut emosi aku waktu tonton video ni, memang aku nak membunuh orang jek hehehe!

Bagi aku, 'pemangsa' tu ada masalah mental. Ye, sakit mental! Dia boleh marah-marah, tapi kalau dah sampai tahap pukul, sepak terajang isteri mcm binatang itu tandanya dia ada penyakit MENTAl yang kronik! Kena jumpa pakar jiwa sebelum terlambat!

Ya Allah, aku amat2 sakit hati, marah dan benci dengan perilaku lelaki ('pemangsa') dlm video ni. Sakit hati dengan sangat! Semoga Allah melindungi mangsa dan anak-anaknya. Dan kalau 'cerdik', harapnya mangsa buatlah sesuatu. Mujur juga aksi ganas / sadis ni dirakam...ada tindakan ke atasnya. Kalau tidak, entah macam mana agaknya.

Sunday, August 11, 2013

Sketsa Syawal (Part 3)...


Raya, pakat bertemulah adik-beradik, sanak-saudara juga sahabat-handai. Selain saling bermaafan, inilah masanya untuk mengeratkan silaturahim. Elakkan ungkit-mengungkit, bangga diri dan menyakit hati sesiapa.

Sayangnya, ramai yang masih alpa. Mungkin seronok sangat dengan kelebihan dan kesenangan hidup, jadi lupa seketika orang sekeliling yang makan hati dengan sikap dan bahasa kita.

Pagi tadi, aku berkumpul bersama sepupu di rumah Makcik. Memang seronok bercerita dan bersembang perkembangan diri masing-masing. Macam biasa, port kesukaan saya tentunya di dapur (orang kampung memang suka bersembang di dapur hehehe).

Suasana di ruang tamu memang meriah, tetapi hangat lagi di dapur. Di sisi aku ada beberapa ‘Mak orang’ yang rancak bersembang pelbagai topik. Aku selesa menjadi pendengar dan tukang ketawa je (sbb tak berapa nak paham apa yang disembangkan…ada masalah bahasa di situ).

Kerana mulut badan binasa...
 
Kak Chik*, Zizah*, Melati* dan Linda* antara yang rancak berborak. Cuma aku perasan, Zizah lebih byk senyum dan angguk2 saja. Bertiga lagi, bukan main berbalas kata dan saling mencelah. Melati nampak teruja mengatur kata. Dibalas Linda dan Kak Chik dengan pantas. Aku merapati mereka, menyua salam dan senyum manis (manis ke hahaha).

Aku: Rancak sembang…(kata aku membuka kata)

Melati: Ni ha, cerita pasal anak-anak. Budak sekarang kalau tak dikasi makan vitamin kurang nak pandai, kita dulu takpe. Zaman tak ada vitamin, redah je masuk dewan exam.

Aku: (Alamak, nampaknya aku salah masuk ‘group’. Aku belum ada anak, xde benda nak share. Dengar je la nampaknya).

Linda: Betul tu, anak aku sejak makan vitamin nampak bersemangat nak belajar. Exam lepas dapat no 5. Oklah, lama-lama nanti naik lah tu.

Kak Chick: Dengar tu Zizah, sayang anak kamu tu. Bagi dia makan benda berkhasiat, memanglah mahal sikit tapi tak rugi. Tengok mcm kami ni, apa saja kami beli untuk anak-anak. Jadi mak kena pandai jaga anak, jgn pandai buat je. Anak ramai buat apa kalau tak pandai!

Aku: (Aduh, setepek2 diaorang ni belasah Zizah. Tapi Zizah hanya senyum, hatinya tak tahulah macam mana ye.)

Zizah: Kak, kita dulu makan ikan bakar tawar cicah sambal kicap je masuk U jugak. InsyaAllah, setiap orang ada kelebihannya.

Linda: Nak bagi ada kelebihan tu kena usaha, Zizah oi. Kalau kau bagi makanan biasa aje, mana maunya anak-anak kau tu pandai. Aku ni, setiap bulan berabih duit borong macam-macam suplemen untuk Along dan Angah. Tak gitu, Kak Chick?

Kak Chick: Iya, setakat vitamin klinik bg tu tak berkesan Zizah. Lagi mahal vitamin tu, lagi bagus. Kalau pandai pun, anak kau jugak!

Tiba-tiba…

Linda…Kak Chick, tu anak-anak kamu dok bergomol dalam bilik Mak Uda. Habis pecah cermin mekap dia, baru beli tu. Meroyan orang tua tu balik nanti!

Aku: (Hmmm…budak-budak terlebih makan vitamin memang gitu agaknya hehehe)

Kak Chick: Ni anak kamulah Linda, ganas mcm samseng. Balik kg tak reti diam, kalau luka anak aku siap dia!

Linda: Hey…apa pulak anak aku. Anak kau tu yang perangai mcm beruk hutan, jakun!

Dan tiba-tiba lagi..

"Melati…anak kamu jatuh longkang ni, koyak dahinya!"

aku: (Satu lagi contoh anak terlebih vitamin. Moralnya: Jangan kutuk anak orang).

*p/s:...(*) bukan nama sebenar