.

Tuesday, April 19, 2011

...motivasi diri

...beberapa minggu lepas, aku terjumpa sajak ni...
menarik & buat aku byk berfikir...
cuba korang baca n fikir2 kan jugak...hehehehe

SIKAP
Semakin lama saya hidup, semakin saya sedar
akan pengaruh sikap dalam kehidupan

Sikap lebih penting daripada ilmu,
daripada wang, daripada kesempatan,
daripada kegagalan, daripada kejayaan,
daripada apapun yang mungkin dikatakan
atau dilakukan seseorang.

Sikap lebih penting
daripada penampilan, kurnia, atau keahlian.
Hal yang paling menakjubkan adalah
Kita memiliki pilihan untuk menghasilkan
sikap yang kita miliki pada hari itu.

Kita tidak dapat mengubah masa lalu
Kita tidak dapat mengubah tingkah laku orang
Kita tidak dapat mengubah apa yang pasti terjadi

Satu hal yang dapat kita ubah
adalah satu hal yang dapat kita kawal,
dan itu adalah sikap kita.

Saya semakin yakin bahawa hidup adalah
10 peratus daripada apa yang sebenarnya terjadi kepada diri kita,
dan 90 peratus adalah bagaimana sikap kita menghadapinya.

Kesimpulannya: Seluruh pilihan terletak di tangan Anda, tiada JIKA atau TETAPI. Andalah pengemudinya. Andalah yang menentukan JALAN HIDUP ANDA…!

No comments: