.

Friday, June 10, 2016

Blogku terbiar sepi...

Ya Allah, lambat nak mati blog aku ni terbiar sepi tanpa khabar...cewahhh...sendiri malas post entry bikin ayat sendu lak. Puihhh!

Sebenarmya, banyak benda nak share dengan korang...cuma cari masa sesuai untuk disharinglan (hehehehe...macam biasa). Nanti aku postkan sikit-sikit ye. Hari ni sebagai permulaan (ini pun time kat phone, jenuh dok kecik beso...kecik beso 'kan screennya huhuhu...nampak tak tahap kemalasan aku? Nampak???), kita santai-mantai je ye.

Actually tengah panaskan lauk untuk sahur, sambil tu layan blog yang dah bersawang-mawang nich! Puasa korang macam mana setakat ni, meja mesti penuh dengan makanan 'kan. Aku macam biasa, 1 lauk (pedas punya) & 1 sayur (or ulam), cukup. Bukan nak jimat, malasnya yang berbakul-bakul. Lagi satu, malas nak buat tayangan ulang siaran dalam peti ais & meja makan. So, macam tu je la caranya untuk elak semua tu.

Allah, serius aku rindu sangat nak post entry kat blog aku nich. Macam-macam nak cerita, nak ngadu nak share. Nantilah eh, kita post satu persatu. Nak recall balik apa dah jadi sepanjang 'kehilangan & kemalasan' aku nich.

So korang, hidup baik-baik. Puasa elok-elok. Banyakan doa...doa...doa sebab kita berada di bulan penuh berkah, rahmat dan keampunan. Sepanjang bulan ni kita pakat-pakat rebut peluang buat amal banyak-banyak, bukan berebut nak post makanan siapa paling dahsyat kat fb/ig tu. Tak kisahlah kalau nak post pun, tapi tak payah nak gigih sangat. Ala kadar sudahlah...kan...kan...kan ^_^

Oklah, kita jumpa lagi di lain entry, tolong doakan aku supaya jadi blogger yang rajin post entry kat blognya macam korang ^_^

Salam Ramadhan & selamat berpuasa.

Wednesday, September 30, 2015

Alhamdulillah...

Syukur, blog ni dah berfungsi dengan normal semula. Sayangnya, aku dah terlanjur buka dan selesa di ruang blog baru. Jadi, sudilah kirannya kalian semua singgah ke teratak baru aku ye. Pengisian masih sama (hampir semua ini entry di sini aku pindahkan ke blog baru tu *_*), jumpa di sana ye ^_^

Kita bertemu dan berteman di sini pulak ye Uolls... http://snapsqueen.blogspot.my/

Wednesday, November 19, 2014

Pengumuman: Blog aku error sana-sini...!

DENGAN sedih dan berat hatinya aku nak beritahu, untuk update entry selepas ini dan akan datang, sila ke blog baru aku http://snapsqueen.blogspot.com/ .

Blog sedia ada ni masih aku kekalkan, cuma aku tak tahu kenapa aku tak boleh upload gambar, buka bahagian setting dan lain-lain. Aku dah email pihak berkenaan (pengurusan Blogger), mereka tengah cari sebab-sebab kenapa berlakunya error di sana sini dalam blog http://ayuqhaatami.blogspot.com/ ni.

Serius, aku sedih gila. Aku dah guna blog ni dari tahun 2006 sampai sekarang dan dan banyak entry aku buat kat sini. Apa-apa pun, redha je 'lah, benda berkait sistem ni memang macam-macam hal boleh berlaku, salah satunya apa yang sedang berlaku kat blog aku. Aku cuba copy paste semua entry yang ada dalam blog ni, tapi makan waktu sikit sebab tak boleh nak ekspress download - semua part dah error ni. Adoi tak pahamlah! Siapa yang ada pengalaman dpt masalah macam ni boleh share dengan kat kat blog baru http://snapsqueen.blogspot.com/ ye.

Nak masukkan entry ni pun jenuh jugak menggodek. Aku harap Uolls semua boleh baca. Kepada yang sudi, boleh follow entry aku di blog baru ye http://snapsqueen.blogspot.com/ . Snapsqueen tu aku gunakan untuk semua rangkaian laman sosial aku termasuk Instagram dan Twitter. Sekarang jenama Snapsqueen aku gunakan sebagai nama blog pulak. Senang nak ingat dan sebut.

Itu je aku nak sampaikan kat Uolls semua, tak berani nak taip panjang2 takut tak sempat nak publish dan error lagi. Terima kasih semua dan jumpa Ullos di http://snapsqueen.blogspot.com/  ok. Adios.

Monday, November 17, 2014

Aku vs ahli motivasi (part 1)...

SEJAK dua tiga bulan ni, tiba-tiba aku menjadi manusia super-busy. Tak cukup dengan kerjaan yang bertimbun, aku gigih menyita waktu untuk mendengar luahan teman-teman yang memerlukan telinga, bahu dan mulutku. Eh, hebat sangat ke aku ni?

Mungkin, kalau tak kenapa aku dicari-cari dengan ayat-ayat;

"Nis, aku nak jumpa ko sekarang!"

"Beb, ko ada mana? Aku perlukan ko, sekarang!"

"N, tolong I...I kena jumpa u hari ni, please!!!"

"Gua lagi perlu Lu ni, call back...super-urgent ni!"

"Kak, tolong saya...tolong bagi saya semangat. Saya tengah lemah ni!"

Hampir setiap hari, talian whatsapp / telegram / private call / private sms, malah inbox fb/instagram aku penuh dengan 'permohonan-permohonan' begitu dan aku acapkali rasa sangat bersalah kalau terlupa, atau tak cukup waktu nak melayani permintaan mereka.

Memang aku tak dapat duit daripada memenuhi semua itu, tetapi aku dapat imbuhan lebih besar dan berharga iaitu KEPUASAN.

Iya, aku puas, gembira, tenang dan bahagia bilamana dapat MEMBANTU mereka bertenang, lega, senyum kembali, semangat semula dan paling penting, MOVE On daripada apa-apa juga permasalahan yang dicerita dan dikongsikan kepada aku.

Aku berasakan aura positif itu sejak 10 tahun dulu, bilamana teman-teman sering curhat (curahan hati) kat aku mengenai masalah mereka. Ada macam-macam, sampai kadang aku nyaris tak lena tidur gara-gara mencari solusi untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Siapa aku untuk membantu menyelesaikan masalah mereka? Kaunselor bertauliah? Ahli motivasi terlatih? Pakar psikologi?

Tidak, aku tak mempunyai sehelai pun sijil / diploma / ijazah / master/ PHD atau apa-apa saja pengiktirafan secara formal dalam bidang 'menyelesaikan konflik hidup orang lain'.

Kalau minta aku hulurkan semua itu, memang aku tak ada! Aku hanya seseorang yang dari dulunya sampai sekarang menekuni bidang Journalism. Aku gembira berada dalam bidang ini, kerana aku mampu 'bertemu' siapa saja melalui tulisan-tulisanku. Sama ada di blog ini, majalah, web portal, post motivasi aku di wall fb mahupun di Instagram. Aku bahagia sekali.

Sebatas kemampuan aku, aku amat bahagia, gembira dan bersyukur dapat membantu mereka mencari jalan keluar daripada kemelut masalah. Walau apa pun juga permasalahan mereka, aku cuba biar hanya sekadar mampu memberi buah fikiran.

Modal aku cuma air liur dan insyaAllah, keikhlasan.

Alhamdulillah, ada saja teman dan kenalan yang mencari. Walau ada dikalangan mereka hanya mencari 'waktu perlu' saja kemudian 'menghilang' selepas itu, bagi aku itu biasa. Berbaik sangkalah, mungkin mereka segan nak ganggu hidup aku yang sentiasa busy dengan kerjaan dan hobi mengarut meraban. Mungkin juga mereka malu nak tanya pendapat atau nasihat aku (mana tahu, masalah itu sangat sensitif dan bersifat peribadi), atau apa sajalah... dan waktu mereka 'kembali' mencari aku untuk berbahagi rasa, aku terima dengan lapang dada.

Paling penting bagi aku, dapat membantu apa-apa saja yang termampu. Biar aku tak punya wang untuk membantu, tetapi masih ada banyak cara lain buat meringankan beban di hati dan fikiran mereka.

"Alhamdulillah Nis, leganya hati aku ni lepas dengar cakap ko."

"Kenapalah aku tak terfikir macam tu ye, beb. Huh...nasib baik aku jumpa ko!"

"Berkat nasihat U, sekarang I dah boleh berfikir dengan tenang. Walaupun kita jarang jumpa, tetapi U selalu sudi dengar problem I."

'Kak, terima kasih ye. Selalu bagi saya semangat, selalu ada bila saya perlukan seseorang untuk mencari kekuatan."

ALLAHU AKBAR respond begitu sudah cukup mahal buat aku. Buat aku tersenyum-senyum bahagia depan laptop (waktu baca email), phone (waktu baca sms / whatsapp / telegram / belek post IG / fb) dan surat. Benarlah kata bijak pandai, membahagiakan orang lain itu kesannya turut membahagiakan hati kita. "Ikhlaskan waktu kamu untuk mereka yang memerlukan, insyaAllah Dia memberi kamu lebih berharga daripada itu." Alhamdulillah.

Hari demi hari, aku berasa tidak semestinya aku bukan siapa-siapa maka aku terhalang daripada memberi manfaat kepada orang lain. Tidak semestinya aku bukan seseorang yang berpengaruh dari segi sijil, nama atau kuasa, maka aku terbantut untuk menghulur buat fikiran, nasihat atau semangat kepada orang lain.

Pucuk pangkalnya, 'kan kemahuan...hati dan mana tahu, semua ini adalah latihan, ujian dan sumber pengalaman untuk aku menjadi MOTIVATOR suatu hari nanti? Siapa tahu'kan, Allah itu Perancang Maha Hebat! Dia punya rencana terbaik untuk aku disebalik semua ini. InsyaAllah, Aamiin.

Jumpa lagi di part II, ada cerita lebih hot untuk aku kongsikan. Aku nak sambung kerjaan nih ^_^

Sunday, November 16, 2014

Bertemu 'ratu rania'...


Diarah bagai ratu rania...

SELASA minggu lepas aku ke event Safi Rania Gold bersempena mengumumkan pelantikan Nora Danish sebagai duta barunya.

Kenapa Nora? (...aku sempat dengar orang keliling bergosip - dalam majlis tu - actually, awalnya pihak Safi pilih selebriti lain yang khabarnya baru lepas bersalin (siapakah itu, biarlah rahsia hahaha). Jadi, akhirnya memilih Nora - ni gosip ye, kalau rajin aku selidik lagi ekekeke).

Tetapi rata-ratanya menyifatkan pemilihan Nora sebagai teraju utama jenama ini dilihat menepati pakej yang dimilik, walaupun sibuk mengukir nama dalam kerjaya, tetapi masih menitik beratkan penampilan diri. 

Kecantikan dan aura yang dimiliki telah memberi kelebihan pelakon kecil molek ini diangkat sebagai duta generasi ke-3  produk kecantikan Safi Rania Gold. Pesona dan keyakinan, pelakon dan ibu ini pasti menjadi inspirasi wanita seusianya.

Kecil molek, dah ada anak 1 tetapi penampilan macam 'gadis-gadis'...oh ...jeles!
“Ini penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada jenama produk penjagaan wajah yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal.

Bagi saya, kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat wanita. Semakin kita matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan. Jadi, penjagaan kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda," ujarnya ketika ditemui pada majlis mengumumkan pelantikannya sebagai duta baru safi Rania Gold, di Hotel Royal Chulan, Damansara, 11 November 2014.

Aku setuju dengan pendapat Nora, apatah lagi wanita terdedah pada masalah penuaan pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Jadi, usaha menjaga kulit mesti dimulakan dari awal. Perkasakan rejim antipenuaan kita seawal usia 26 tahun (oh...aku dah terlepas...) bersama rangkaian produk anti penuaan Safi Rania Gold yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.
Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold dipasarkan sebagai produk anti penuaan kontemporari seiring kehendak syarak buat  pengguna. Generasi terbaru Safi Rania Gold hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim kecantikan antipenuaan wanita. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan.

Uolls boleh baca atikel penuh SAFI RANIA GOLD di sini 

Terima kasih Safi Malaysia sebab bagi aku dan rakan media lain (termasuk tetamu khas) full set Safi Rania Gold ni. Aku memang pengguna safi, habis yang diberi percuma time event, aku beli sendiri. Paling aku suka, pencuci muka dan serumnya. Serasi dengan kulit aku. Alhamdulillah. 
Orang lain gigih Q nak posing dengan Nora Danish, aku santai-mantai pose dengan Pengurus Kumpulan Produk safi, Puan Mahsuri Sulaiman.