.

Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Sunday, November 2, 2014

Tiara J yang humble...

SAJA nak cerita sikit pasal selebriti 'bergetah' ni. Kebetulan jumpa beliau Jumaat lepas, time sidang akhbar penangguhan Konsert PLG Reunion yang sepatutnya dipentaskan pada 27 November hingga 1 Disember 2014, dianjak ke tarikh baharu iaitu 20-24 Mac 2015.

Sepanjang pembabitan aku dalam dunia penulisan dan kewartawanan, Puan Sri Tiara Jacquelina atau lebih mesra dengan sapaan Tiara memang humble orangnya. Mudah memberi kerjasama dan tak lokek senyum. Paling berkesan di hati, beliau kalau buat sesuatu tak ada istilah 'ala kadar'. Semuanya dilakukan sebaik mungkin demi kepuasan sendiri dan semua orang.

Jumaat lepas, walaupun keadaan kesihatan peti suaranya tak baik tetapi dia tetap gigih nak bercakap dan memberi maklumat pasal penangguhan konsert PGL. Beliau juga masih ada masa 'berkeliling' menyapa rakan media dari meja ke meja, sambil senyum ramah menunjukkan smart phonenya yang tertera gambar (di bawah) dan kuntuman senyum manis - mesra.

Act, aku suka Tiara ni sejak zaman beliau bercouple dengan arwah Hani Mohsin. Bagi aku (waktu itu), mereka pasangan yang sangat serasi. Walaupun mereka sudah berpisah, aku tetap minat mereka berdua (dan walaupun sekarang Hani dah tiada).

Hasil kerja seni Tiara, jarang aku miss. Termasuk yang terbaharu, pementasan teater P. Ramlee The Musical. Bagi aku, Tiara antara wanita berdarah seni yang sentiasa bekerjasa keras untuk menghasilkan hasil seni yang bermutu. Beliau sentiasa mahu memberi yang terbaik, walaupun mengundang risiko besar kepada diri sendiri.

Misalnya dalam keadaan peti suaranya sedang kritikal ketika ini dan dalam proses rawatan pakar, Tiara tetap meneruskan latihan seperti biasa. 'Hilang' suara bukan alasan baginya untuk mengalah pada usaha yang diperjuangkan, sebaliknya dia tak betah diam. Pelbagai cara alternatif dicuba semata-mata nak recover secepat mungkin. Aduhai Tiara, kamu memang wanita awesome!

Beliau juga antara wanita yang 'menyumbang' semangat dan kekuatan untuk aku berusaha menghasilkan karya seni sendiri. One day...yes...one day...aku tengah gigih usaha ni. Uolls doakan, ye.

Get weel soon Tiara J, I dah tak sabar nak nonton PGL Reunion tahun depan.
Banyak yang aku nak bebelkan pasal wanita istimewa seorang ni, tetapi aku ada kerja lain nak kena buat dulu. InsyaAllah, one day (iya...iya...one day lagi...ekekeke!) aku sambung eh.










Tuesday, September 30, 2014

Anuar zain dan WHAM...

PAGI ni terkelam-kabut sikit sebab terbabas, lepas Subuh pi sambung tidur memang 'terbaik'lah kan. Jam 11.00 pagi ada assignment bersama Anuar Zain kat IJN (Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak KL). Huru-hara mandi dan bersiap. Makan memang tak sempat, tak apalah nanti sampai IJN boleh makan dulu kalau sempatlah.

Alhamdulillah, jam 10.40 pagi sampai di lokasi tugasan. Lega, ada masa lagi nak ambik nafas, relax sambil sarapan. Act, dah dua tiga kali ke sini pun still tak hafal lagi arah tujuan nak ke sesuatu bahagian. Masih tercari-cari letaknya kafe awam, dekat 5 minit mencari baru jumpa...arghhh!

Ingat nak makan nasi lemak, tapi tersalah kaunter dan malas nak beratur panjang kat kaunter sepatutnya jadi aku order aje apa yang ada. Pilihan aku untuk sarapan hari ni, Bakso. Simple, kang terkenyang sangat payah nak buat kerja. Silap2 mau berdengkur time PC (press conference).

Siap makan, terus bergegas ke dewan sidang media (press conference). Dah ramai rakan media lain mengambil tempat, ramai juga yang datang walaupun assignment waktu pagi (sebab biasanya assignment hiburan dibuat jam 2pm ke atas, memandangkan ia membabitkan orang2 korporat jadi dibuat waktu pagi...gamaknya la).

Jam 11.30 pagi, Anuar Zain muncul dengan smartnya diiringi CEO IJN dan doktor2 pakar IJN. Sama seperti kebiasaannya, Anuar dengan senyum manis dan ramahnya menyapa media. Dia memang polite dan humble, sebab itu dia disenangi ramai. Bak kata orang kuat IJN, Anuar ni ikon kasih sayang hehehe.



Sidang media pagi ni berkisar mengenai persembahan amalnya pada 5 Disember 2014 dan bertujuan untuk  mengutip dana bagi mengisi tabung pesakit jantung kanak-kanak. Persembahannya pada makan malam anjuran Pusat Jantung Kanak-kanak Kongenital (PCHC), Institut Jantung Negara (IJN) itu diadakan secara jualan tiket individu dan meja.

"Jika kita tidak boleh membantu dari segi kewangan, masih boleh bantu dari segi tenaga dan saya percaya ramai di luar sana berkemampuan untuk menghulur derma bagi membantu tabung Kumpulan Sokongan (Support Group) PCHC yang diwujudkan khusus untuk pesakit dan keluarga kongenital, " kata Anuar yang turut mengakui sebagai selebriti tanah air, dia juga ada tanggungjawab sosial untuk dilaksanakan dan menerusi persembahan amal itu nanti dia juga mengajak orang ramai hadir membantu usaha mengutip dana yang diperlukan. (...untuk berita selanjutnya Uolls boleh baca klik  sini).




Sebelum sesi interview bersama media, Anuar sempat buat lawatan singkat ke wad kanak-kanak pesakit jantung. Allahu Akbar, time ni rasa lemah je hati aku yang sangat 'kapas' ni. Tengok anak-anak kecil berselirat wayar di badan bukan satu pemandangan yang best, ok! Aku juga kagum dengan semangat ibu bapa mereka yang tetap tabah meskipun dilanda ujian hebat. MasyaAllah dan Anuar memang berjiwa penyayang. Lama betul dia peruntukkan masa untuk beramah mesra dengan pesakit dan keluarga. Nampak sungguh aura prihatinnya.

Habis PC, masuk office sekejap. Biasalah kena ketuk story dulu kang editor Inspirasi Magazine memetir Uolls, heheheh! Lagipun malas nak tangguh kerja, sementara ada mood baik proses bahannya cepat-cepat. Kalau dah hilang intro dalam kepala, lebam biji mata depan laptop pun tak siap walau sebaris ayat.

Malam ni ada meeting persatuan wartawan (WHAM), sebelum ke Sri Pacific Hotel, baik aku balik mandi and tukar baju. Dah bau kepam seharian bermandi peluh (dok dalam air cond pun berpeluh Uolls, peluh berfikir ekekeke!)

Jam 8pm aku dah terpacak depan pintu masuk hotel sambil menunggu kawan-kawan lain dan macam biasa, janji Melayu 8.30pm barulah bermula persidangan. Malam ni tujuan utama perjumpaan adalah untuk umumkan perletakan jawatan Presiden yang disandang Fauziah Rauf (penerbit majalah otai ni Uolls). Ahli WHAM sebulat suara melantik Along (Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin) menjadi Presiden WHAM yang baharu. (...untuk berita penuh boleh baca kat sini).



Bagi aku pemilihan Along sebagai presiden WHAM memang sesuai, orangnya pun berpengalaman dan lantang bersuara. Aku harap dengan kepimpinan baharu ni akan memantapkan WHAM. Beberapa nama lain juga disenaraikan untuk jawatan timbalan presiden (Abang Niezam, Mstar Online), Setiausaha (Kak Shikin, URTV) dan barisan AJK baharu. Aku? Hanya ahli biasa yang akan menyokong memperkukuhkan usaha memartabatkan kredibiliti WHAM.

Hurmmm...itulah antara rentetan tugasan aku hari ni. Penat dan letih, tetapi seronok. Sepanjang 17 tahun menjadi wartawan (yang menulis pelbagai sudut berita), tak pernah sekalipun ada rasa jemu dan jenuh bertandang di hati. Alhamdulillah, aku bangga menjadi seorang WARTAWAN!


Wednesday, September 10, 2014

Gila-gila si heroin Rindu Awak 200%...

Kenal tak siapa? Nak baca sikit pasal dia...
Balik2 pasal makanan, emosi...boring kan...nah, kita tukar topik lagi. Ni nak cerita balik kenangan awal tahun, time shooting selebriti bulan ini with Ayda Jebat...heroin drama Rindu Awak 200%. Time shooting tu, belumlah lagi muncul dramanya. Kenapa aku sibuk nak cerita pasal artis sorang ni? Nak tumpang populariti ke? Hello...hahahaha!

Act, ada cerita lucu sebelum shooting. Kejadian berlaku di butik Azza (Elite) di Bangunan Mara, Jln TAR, KL. Waktu tu, tengah shooting dengan Azza. Dah habis kerja, lepak dan sembang-sembang kosonglah dengan bekas anggota kumpulan Elite tu. Seronok sembang, muncul sorang gadis...kecil molek...makeup simple...dengan selamba duduk di sofa butik.

Azza menyapa dia dengan membahasakan dirinya, Angah. Dua kali saya toleh...eh...Wawa Zainal, tapi mana tudung? Aku diam dan biarkan je Azza leka bersembang dengan gadis yang dipanggil Angah tu. Kemudiannya Azza beritahu..."Alang, ni Kak Anis frm Jelita. Dia datang interview Angah...", "Eh Uolls kalau ada slot lagi, bolehlah interview adik kita ni. Dia berlakon jugak...dulu masuk AF."

Hah! Sejak bila Wawa Zainal masuk AF? Rupa-rupanya, bukan Wawa tetapi Ayda Jebat. Serius, sekali imbas mukanya ada iras Wawa. Cara senyum...cuma agak 'aktif' dan 'gila-gila'. Kata Azza, memang ramai yang 'ingat' si Ayda tu Wawa...so, bukan aku sorang je la yang 'salah' pandang 'kan kan kan!

Seminggu kemudian, baru aku sempat call dia (Ayda). Bukan main ceria dia bila aku panggil datang shoot di studio Jelita. Perjanjian kami, dia bawak persalinan sendiri (baju shooting) dan aku sediakan makeup artist. Dia tak banyak songeh...semua ok. So, setlah semua dengan sekali petik hahaha.

Hari yang dijanjikan (lebih kurang dua minggu selepas set date), dia muncul awal 1 jam. Makeup artist aku...Cik Yip pun belum sampai lagi. Sebab janjinya jam 3pm, hari Jumaat pulak tu. So, kami minum2 &  sembang santai sekali gus sesi interview.

Aku tak pasti orang lain, tapi memang ramai jugak kata dia ada iras Wawa Zainal, so itu juga antara topik sembang kami.

Hasil shooting kami...
Setengah hari bersama pelakon genit ni, kesimpulannya aku menyenangi cara dia bawa diri. Tak sombong, ramah, cepat mesra, senang beri kerjasama dan sembang pun main 'lepas' je. Pendek kata, dia memang sempoi. Pose pun kemain handalnya.

Lepas shooting, kami selalu jugak contact walaupun waktu tu dia shooting drama di Korea. Rajin juga dia whatsapp gambar di sana (aku lupa shooting drama apa...tapi dia tampil bertudung dlm drama tu...)

Dek sibuk, masing-masing jarang contact...just saling like2 gambar di IG je. Lepas muncul dalam drama bersiri Ride, dia semakin sibuk dan aku sendiri huru-hara dengan projek baru. Eh tau2 dia muncul jadi heroin Zul Arifin dalam drama Rindu Awak 200%.

Mulanya aku tak perasaan, sampai teman sepejabat beritahu..."Nis,adik ko tengah hot sekarang...jadi heroin, ramai followers drama tu!" Aku terpinga-pinga, maklumlah jarang 'tunggu tibi'. Rupa-rupanya 'adik' yang dimaksudkan, Ayda Jebat. Alhamdulillah...aku tumpang gembira...tumpang bangga tengok peningkatan dan kemajuannya. Lain-lain, aku tak nak tumpang hehehe!

Itu secebis kisah perkenalan kami. Singkat tetapi bermakna (sebab aku memang suka orang yang ceria...'lepas laku' dan tak banyak songeh terutama waktu bekerja). Mungkin sekarang dia semakin sibuk, followers pun semakin ramai nak dilayan...so tak cukup masa untuk saling berhubung. Tak kisah pun, itu perkara biasa dalam kerjaya aku sebagai writer/wartawan. Mereka datang dan pergi... kalau masih sudi berhubung...masih ingat, Alhamdulillah. Ada ruang dan waktu boleh bekerjasama lagi... be professional je.

Monday, September 1, 2014

Chenta hati...

Meh nak share 1 cerita cinta...

Tahun lalu (2013), laman sosial, Instagram menjadi medan temu kali pertama antara aku dengan anak kecil superduper berbakat ni. Danish Harraz namanya. Keletahnya mencuit hati dan yang mengagumkan aku, dia rajin memasak juga bijak.

Pada usia enam tahun (ketika itu), aku kira anak kecil seorang ni memang lain daripada kanak-kanak yg aku kenali. Aku sangat berterima kasih kepada ibunya, Kak Liza atau lebih mesra dengan sapaan Mama serta suaminya yg tak lokek kasih sayang. Sudi berkongsi satu2nya 'nyawa' mereka ni.

Huish...'anak' dengan Ummi dah nak sama beso hahaha
Awal perkenalan, byk berkaitan fasal kerja dan kali pertama bertemu Danish serta keluargnya juga sebab kerja. Sebab itu i love my job, menjadi writer memberi ruang dan peluang untuk aku jumpa orang2 hebat dan luar biasa termasuk kanak-kanak ini. Hingga kini, Danish menjadi antara insan paling istimewa dalam hati aku. Cukup istimewa!

Hari demi hari, tanpa sebab kami sentiasa berhubung. Kalau Danish tak sibuk dengan sekolahnya (oh dia sekarang pelajar tahun 1 di Tenby School, Setia Eco Park) dan kalau ada kelapangan dapatlah kami bertemu, main bersama dan saling topup kasih sayang.

Kenapa aku kata dia istimewa? Sebab dia tak mcm kebanyakan budak. Orangnya penyayang, peramah, sopan, budi bahasa dididik dengan baik, kreatif, suka bahan bacaan dan berani mencuba. Aku cukup terkejut apabila Mama beritahu, Danish mula berminat dan rajin ke dapur seusia awal tiga tahun. Bagi budak lelaki memang Wow la ye!

Chef cilik kat Mama's Red Kitchen hihihi...

Waktu Mama Danish whatsapp gambar ni kat aku, dengan kepsyen...anak tunggu congo bars masak depan oven...Allah syahdunya
Kemain...siap topi chef tu...
Serius congo bars buatan tangan Danish ni memang awesome!!!
Dia ralit setiap kali tengok program tv berkisar mengenai sains dan masakan. Dia selalu kata, dia nak jadi 'A scientist who cooks'! Lagi satu, dia juga model sambilan yg tengah 'naik daun' sekarang ni. Banyak iklan dah tayang bakat dia termasuklah Ribena Raya, Petronas.Mengujakan!

Kalau uolls berminat nak tahu lebih pasal dia, boleh skodeng akaun instagram Danish, di situ banyak dia share aktiviti harian termasuk resipi yang diolah dan telah dicuba sendiri di 'Mama's Red Kitchennya'. Oh ye lagi satu, dia pandai main Ukulele dan kalau bercakap mcm budak tingkatan 5... BI 'nya memang thumb up la... (...aku memang suka dengar budak2 speaking ni hehehe).

Satu hal yang membuat aku terharu dan syahdu apabila Danish panggil aku, Ummi. Dengan suara manjanya, dia sebut Ummi...adoi mencair hahaha! Dan dia, 'Chenta hati' aku...hadirnya dalam hidup aku bagaikan mekarnya kembang sakura yang merimbun setiap kali musim bunga sepanjang jalan menuju Pulau Jeju, kemudian bertukar menjadi hamparan putih dan syahdu seolah-olah berada Di Pulau Nami pada musim dingin. Begitulah perumpamaan perasaan aku kepadanya...sorry ye, agak hiperbola di situ hehehe.

Ummi love u, Danish
Alhamdulillah, tahun kedua ikatan kasih sayang antara kami bertambah erat. Sepanjang 364 hari tahun lalu dan menghampiri 364 hari untuk tahun ini, perjalanannya indah sekali.

Terima kasih Mama, Papa dan Danish...hadirnya kalian dalam hidup Ummi bagaikan bulan jatuh ke riba. Walaupun kita bukanlah siapa-siapa dalam hidup masing-masing, namun kasih yang Allah kurniakan kepada kita amat berharga. Walaupun tak selalu dapat jumpa, tetapi rindu, kasih sayang dan ingatan tetap mewangi dalam hati. Mohon Ummi, maafkan jua segala kekurangan, kelemahan dan kekhilafan sepanjang perkenalan ini. Semoga Allah terus setuju dan restui kasih sayang kita, Aamiin...Aamiin...Aamiin.

Saturday, April 12, 2014

Hanya memuji...


Dia cantik manis, baik dan peramah. Aku selalu suka apabila dapat bekerjasama dengannya, orangnya tak banyak kerenah serta berbudi bahasa. Pendek kata, dia antara golongan selebriti yang mudah didampingi.

Sorry, bunyi macam tgh 'kipas orang ke'? Hahaha...  aku memang tak kisah dan suka puji orang kalau memang layak dibuat begitu. Aku pernah beberapa kali dgn selambanya puji perempuan cantik (padahal aku sendiri perempuan...hahaha).

Misalnya, beberapa bulan lepas saya jumpa seorang perempuan cantik (pada pandangan mata aku 'la) di dalam LRT. Tanpa secalit makeup yang diconteng pada mukanya, dia kelihatan sangat manis dan menawan. Membuat aku tak boleh lari daripada curi-curi pandang ke arahnya yang kebetulan duduk di kerusi bertentangan. Aku nak hadiahkan senyuman kepadanya, tetapi dia hanya menundukkan pandangan...leka dengan telefon di tangannya. Hurmmm...

Alhamdulillah, rezeki. Kami turun di stesen sama, stesen Taman Melati. Cepat-cepat aku berjalan menyainginya. Laju betul langkahnya walaupun berbaju kurung dan bertudung bawal labuh menutupi bahu serta separuh bahagian perutnya.

Sampai di kawasan menunggu teksi dan kenderaan jemputan, matanya melilau memerhati setiap kereta yang melintas di depan kami. Lalu, aku bersuara...

Aku: "Assalamualaikum, adik maaf ye." (dengan senyum aku menyapanya).
Dia: (Dengan muka tercenggang-cenggang, tapi nampak ramah).
Aku: "Adik ni cantiklah, serius suka tengok. Hehehe....ok bye (aku terus berlari ke arah moto si teman yang datang menjemput)."
Dia: (Kelihatan senyum malu-malu tatkala aku berpaling melambainya, aduh manis sekali!)

Sekelumit kisah, jangan marah. Ok kita kembali kepada cerita awal tadi. Sebenarnya aku seronok dan sangat gembira dengan penghijrahan pelakon dan model komersial, Bella Dally ni. Iya, sejak Selasa (9 April 2014) lalu, Bella tampil berhijab sepenuhnya. Syukur, tiba hidayah Allah kepadanya untuk menjalani kehidupan lebih baik.

Kredit foto: Instagram/Bella Dally
Memang ramai yang terkejut, saya tak terkecuali, tetapi apabila Allah berkehendak tiada yang mustahil 'kan. Lebih membanggakan, Bella turut memadam semua gambar yang menampakkan rambutnya di laman sosial termasuk Instagram. Tahniah Bella.

Kata Bella, dia melakukan perubahan secara berperingkat dan mengharapkan sokongan semua pihak terutama peminatnya. Ya, sama-sama kita doakan usaha Bella untuk mencari redha Allah dipermudahkanNya dan terus istiqomah. InsyaAllah.

Kredit foto: Instagram/Bella Dally

Tuesday, February 18, 2014

Umi by Dato' Shake


*p/s: Dato' Shake bakal mengadakan konsert Amal bersempena Hari Ibu pada 10 Mei 2014 di Kuching, Sarawak.

Monday, January 27, 2014

'Projek gila' - Inspirasi Dapur

Jumaat yang penuh berkah, syukur Alhamdulillah. Sebulan bersengkang mata, fikiran sarat dengan macam-macam agenda untuk menzahirkan impian menjadi kenyataan. Syukur ya Allah, pada 25 Januari 2014 kawan aku dan team INSPIRASI MAGAZINE berjaya merealisasikan 'projek gila' mereka yang diberitahu sebelum ini (terima kasih kerana sudi menggunakan pakai buah fikiran aku, ye). 

Allah telah mempermudah usaha mereka untuk menzahirkan e-Magazine (digital magazine) yang diberi nama INSPIRASI DAPUR. Majalah versi digital ini boleh dilayari menerusi laman web www.inspirasimagazine.com

www.inspirasidapur.com

Konsep e-Magazine ini gaya hidup dengan fokus utamanya dunia masakan. Pelbagai tip kesihatan, kecantikan, kekeluargaan dan semestinya masakan dipaparkan di laman ini. Jadi, dengan rendah hatinya mereka menjemput kalian semua untuk 'melawat kawasan'.

Caranya mudah saja, login ke link laman web itu dan daftar masuk (pendaftaran percuma ye). Sebarang maklum balas amat dialu-alukan. Boleh pm mereka di fanpage facebook/Inspirasi e-Magazine Silakan dan terima kasih.*_*

*p/s: Khabarnya, e-magazine Inspirasi Magazine juga bakal menyusul. Bila? Aku akan sampaikan di sini apabila diberitahu kelak. Buat masa ini, Inpirasi Magazine beroperasi sebagai portal online dahulu.

Thursday, December 12, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, tepati ramalan...

Shahrol, Ustaz Azhar Idrus dan Ajak
Bukanlah nak berlagak, tetapi nak juga beritahu bahawasanya filem 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' memang menepati ramalan awal aku. Ok, sebelum tu sorry sebab ambil masa lama untuk buat review. Tak cukup masa, sibuk dengan assignment, kerja-kerja memproses bahan (artikel), nak membaking dan macam-macam hal. Hari ni, aku curi sikit masa untuk buat review ringkas (dari sudut pemahaman peribadi aku).

Filem 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' memang banyak diperkatakan kerana di dalamnya terbabit sama ilmuan agama tersohor, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjadi fenomena luar biasa di kalangan masyarakat khususnya yang dahagakan ilmu agama dengan penyampaian secara santai.

Apabila UAI disebut bakal terbabit di dalam filem ini, maka banyak sekali komen-komen negatif yang 'mengutuk' pembabitannya. Antaranya berpendapatan, UAI 'gila glamor'. Bakal 'dihnyut' populariti, akhirnya UAI 'masuk lubang maksiat' dan pelbagai lagi tohmahan berbisa. Begitu mudah masyarakat berprasangka, padahal filem belum pun ditayangkan. Namun, seperti biasanya UAI sangat santai menangani semua itu. Sangat cool, dengan senyum tetap menguntum.

Alhamdulillah, empat hari tayangan filem ini berjaya mengutip jualan memberangsangkan (dengar kata 1.5 juta) dan tiada kedengaran komen negatif mengenai kemunculan UAI di dalam filem itu. Pelik? Tetapi aku tahu kenapa! Sebabnya, komen-komen negatif yang tersebar sebelum filem ini ditayangkan nyata meleset!

Mana tidaknya, seperti yang aku jangkakan...UAI hanya 'gula-gula' dalam filem ini. Beliau disebut-sebut dari awal penceritaan, namun muncul hanya di penghujung cerita. Bijak pengarahnya 'memperguna aura' luar biasa yang dimiliki ilmuan agama yang menjadi perhatian masyarakat termasuk generasi muda hari ini. Hebat UAI kita ni (oh, aku tak malu nak mengatakan bahawasanya aku adalah peminat setia ceramah UAI. Banyak sekali ilmu yang aku dapat, terima kasih UAI).

Penceritaan menarik, santai tetapi sarat mesej berguna.
Dari segi susunan plot, bagi aku, filem menarik dan kemas. Sebagai pelakon baru, kualiti lakonan Ajak Shiro dan Shahrol Shiro harus dipuji. Lontaran emosi dan dialognya bersahaja, pendek kata tak kekok di mata juga di telinga. Sementara UAI tampil sebagai dirinya sendiri, tetap sempoi, sinis dan berkarisma. Memang tak hairan kenapa auranya mudah diterima generasi muda seperti dalam watak Dadu dan Muiz. 


UAI, tokoh ilmuan agama yang menjadi perhatian masyarakat termasuk generasi muda.
Secara peribadinya, saya suka dengan hasil pengarah Pierre Andre kali ini. Dia bijak 'memanipulasi' populariti dan aura positif yang dimiliki UAI, manakala Ajak-Shahrol daripada Kumpulan Shiro mewakili masyarakat muda hari ini. Misi Pierre untuk memberi mesej kepada anak mengenai kepentingan solat dalam hidup, mudah diterima kerana penyampainya 'telus' dan tidak 'berat'. 

Memetik dialog UAI mengenai mengapa kita (manusia) perlu (kena) sembahyang, "Kita kena sembahyang? Kita ni hamba Allah. Allah yang jadikan kita. Dulu kita tak ada, Allah jadikan kita, Bukan jadi saja, Dia beri semuanya. Mata boleh tengok, telinga boleh dengar. Kaki boleh jalan, beri rezeki lagi. Semua beri, udara ni kita bernafas hak Dia. Jadi, tanda kita membalas budi diwajibkan ke atas kita lima kali sehari saja. Satu kali, lima minit saja untuk menguji kita adakah kita ini manusia yang bersyukur. Tanda merendah diri, membalas budi kepada Allah. Itu saja. Kenapa kita tak boleh sembahyang?  

Friday, November 29, 2013

Tiz Zaqyah prihatin kanser serviks...

Duta produk MAY, Tiz Zaqyah.
Ni, nak buat kempen khidmat masyarakat sikit. Siapa peminat setia Tiz Zaqyah?

Kalau nak tahu, artis popular juga duta produk MAY, Tiz Zaqyah memberikan sokongan penuh kepada kempen kesedaran kanser servik anjuran MAY dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama  pasar raya Giant yang diadakan pagi tadi.

Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri, Nur Kasih ini pada majlis pelancaran kempen 'May Cares For You 2' di ruang legar pasar raya Giant USJ1, Subang Jaya, turut melahirkan perasaan teruja untuk bertemu peminatnya di samping menekankan kepentingan pengesanan dan pencegahan awal kanser serviks.

"Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada kempen ini, sekali gus membantu mendidik wanita mengenai penyakit ini dan pentingnya pengesanan awal serta pencegahan yang boleh membantu menyelamatkan nyawa mereka. Kempen ini bersempena bulan kesedaran kanser servik pada Januari 2014," kata Tiz Zaqyah pada majlis pelancaran kempen 'May Cares For You 2'.

Sementara itu, sebagai rakan kempen, Giant menyumbang 5% daripada hasil jualan produk May yang dijual di semua cawangan Giant bermula 27 November 2013 hingga 31 Januari 2014 kepada NCSM.

Sebagai masyarakat prihatin, anda juga boleh menunjukkan tanda sokongan  dengan menulis ikrar pada dinding aplikasi ‘May Cares For You’ di laman www.facebook.com/may.shower.range.

Presiden NCSM, Dr Saunthari Somasundaram.







Apakah kanser serviks? 
  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak dengan luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh. Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.
Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.
Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
 * Sumber: myservik.gov.my

Kempen kesedaran kanser serviks bersama May & Tiz Zaqyah:





Thursday, November 28, 2013

Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang...

Hari ni siapa nak 'dating' dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI), angkat tangan. Hehehe...aku tak malu nak cakap, hari ni aku sangat teruja nak menonton 'lakonan' pendakwah terkenal ini menerusi filem sulungnya, Ustaz, Mu (Mung) Tunggu Aku Datang, arahan Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre  dan diterbitkan MIG Production (MIG).

"Alah, UAI berlakon pulak...tak lama lagi 'hanyut' ke laut la. Biasalah dah jadi artis!" Begitu respon beberapa teman juga komen yang aku baca di facebook berkenaan pembabitan UAI dalam filem ini. Biasalah, mentaliti kebanyakan kita memang begitu 'kan. Mudah sangat judgmental.

Apa-apa pun bagi aku, tidak adil kita menjatuh hukum selagi kita tak tengok filemnya. Walaupun pada fikiran aku boleh agak bagaimana 'lakonan' UAI 'difilem' 'kan, namun sebaiknya aku tonton sendiri kemudian baru komen (takut juga fikiran aku itu tersalah, maklumlah aku orang biasa-biasa je...nak menilai orang bukan boleh main pukul rata saja 'kan.)

Oklah, untuk itu aku simpan lebihan penceritaan mengenai UAI dan filemnya selepas menonton Ustaz, Mu (Mung) Tunggu Aku Datang nanti ya. Buat sementara ini, kita baca sinopsis dan tonton trailernya dulu.



Filem ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke sehari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup.

Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka, tetapi untuk kembali ke jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.

Wednesday, November 27, 2013

Johan As'ari pilih Lana Nordin...

Serius dan jujur kata, aku terkejut tatkala membaca berita di bawah. Dan serentak dengan itu datang bisikan halus dalam hati aku, "Jangan persoalkan jodoh orang".

Ya, benarlah kata orang bijak pandai, jangan sekali-kali kita 'berandai-andai', "berkalau-kalau" kerana semua itu kerja syaitan. Janganlah kita mempertikai apatah lagi mempersoalkan ketentuan Allah, kerana sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu RAHSIA Allah, Dia Yang Maha Mengetahui segalanya. Kita? Cukuplah dengan bersangka baik kepadaNya, kerana bukan selayaknya kita untuk mempertikaikan semua itu.

"Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya."

Akhirnya Johan As'ari pilih Lana Nordin
SETELAH beberapa waktu namanya dikaitkan bercinta dengan penyanyi popular, Shila Amzah, akhirnya pelakon, Johan As’ari dikhabarkan sudah melamar pelakon seksi, Lana Nordin untuk menjadi suri hidupnya.

Berita itu sudah tentu mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminatnya bahkan mungkin ada yang menyifatkan ia hanya sebahagian promosi filem atau drama.

Berkata kepada Berita Harian, Johan melamar Lana selepas tiga hari berjumpa. Johan turut mengakui mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana ketika menjayakan sebuah program, bulan lalu. Tiga hari kemudian, Johan nekad melamar Lana untuk dijadikan isteri.

“Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan-NYA. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu. Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” katanya.

Akui tempoh tiga hari itu terlalu awal, Johan yakin cinta bakal disemai selepas berkahwin. Pelakon filem Paku itu juga akui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan memimpin keluarga.

“Ketika melamarnya, Lana beritahu dia mahu mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjaid insan lebih baik. Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan. Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa,” katanya yang enggan berkongsi tarikh pernikahan.

Sejak bercinta, Johan memberitahu bahawa Lana sudah mengelak memakai skirt pendek.

“Saya nampak ketulusan hatinya, walaupun terkejut saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan. Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya minta dia bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius,” katanya.

Ketika nama Shila Amzah dibangkitkan, Johan berkata sudah menjelaskan bahawa keakraban mereka sebatas abang dan adik. Kata Johan, hubungannya dengan Lana sudah dimaklumkan kepada ibu Shila dan mereka merestuinya. (Sumber berita: Sinar Harian/Berita Harian)