SEJAK dua tiga bulan ni, tiba-tiba aku menjadi manusia super-busy. Tak cukup dengan kerjaan yang bertimbun, aku gigih menyita waktu untuk mendengar luahan teman-teman yang memerlukan telinga, bahu dan mulutku. Eh, hebat sangat ke aku ni?
Mungkin, kalau tak kenapa aku dicari-cari dengan ayat-ayat;
"Nis, aku nak jumpa ko sekarang!"
"Beb, ko ada mana? Aku perlukan ko, sekarang!"
"N, tolong I...I kena jumpa u hari ni, please!!!"
"Gua lagi perlu Lu ni, call back...super-urgent ni!"
"Kak, tolong saya...tolong bagi saya semangat. Saya tengah lemah ni!"
Hampir setiap hari, talian whatsapp / telegram / private call / private sms, malah inbox fb/instagram aku penuh dengan 'permohonan-permohonan' begitu dan aku acapkali rasa sangat bersalah kalau terlupa, atau tak cukup waktu nak melayani permintaan mereka.
Memang aku tak dapat duit daripada memenuhi semua itu, tetapi aku dapat imbuhan lebih besar dan berharga iaitu KEPUASAN.
Iya, aku puas, gembira, tenang dan bahagia bilamana dapat MEMBANTU mereka bertenang, lega, senyum kembali, semangat semula dan paling penting, MOVE On daripada apa-apa juga permasalahan yang dicerita dan dikongsikan kepada aku.
Aku berasakan aura positif itu sejak 10 tahun dulu, bilamana teman-teman sering curhat (curahan hati) kat aku mengenai masalah mereka. Ada macam-macam, sampai kadang aku nyaris tak lena tidur gara-gara mencari solusi untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.
Siapa aku untuk membantu menyelesaikan masalah mereka? Kaunselor bertauliah? Ahli motivasi terlatih? Pakar psikologi?
Tidak, aku tak mempunyai sehelai pun sijil / diploma / ijazah / master/ PHD atau apa-apa saja pengiktirafan secara formal dalam bidang 'menyelesaikan konflik hidup orang lain'.
Kalau minta aku hulurkan semua itu, memang aku tak ada! Aku hanya seseorang yang dari dulunya sampai sekarang menekuni bidang Journalism. Aku gembira berada dalam bidang ini, kerana aku mampu 'bertemu' siapa saja melalui tulisan-tulisanku. Sama ada di blog ini, majalah, web portal, post motivasi aku di wall fb mahupun di Instagram. Aku bahagia sekali.
Sebatas kemampuan aku, aku amat bahagia, gembira dan bersyukur dapat membantu mereka mencari jalan keluar daripada kemelut masalah. Walau apa pun juga permasalahan mereka, aku cuba biar hanya sekadar mampu memberi buah fikiran.
Modal aku cuma air liur dan insyaAllah, keikhlasan.
Alhamdulillah, ada saja teman dan kenalan yang mencari. Walau ada dikalangan mereka hanya mencari 'waktu perlu' saja kemudian 'menghilang' selepas itu, bagi aku itu biasa. Berbaik sangkalah, mungkin mereka segan nak ganggu hidup aku yang sentiasa busy dengan kerjaan dan hobi mengarut meraban. Mungkin juga mereka malu nak tanya pendapat atau nasihat aku (mana tahu, masalah itu sangat sensitif dan bersifat peribadi), atau apa sajalah... dan waktu mereka 'kembali' mencari aku untuk berbahagi rasa, aku terima dengan lapang dada.
Paling penting bagi aku, dapat membantu apa-apa saja yang termampu. Biar aku tak punya wang untuk membantu, tetapi masih ada banyak cara lain buat meringankan beban di hati dan fikiran mereka.
"Alhamdulillah Nis, leganya hati aku ni lepas dengar cakap ko."
"Kenapalah aku tak terfikir macam tu ye, beb. Huh...nasib baik aku jumpa ko!"
"Berkat nasihat U, sekarang I dah boleh berfikir dengan tenang. Walaupun kita jarang jumpa, tetapi U selalu sudi dengar problem I."
'Kak, terima kasih ye. Selalu bagi saya semangat, selalu ada bila saya perlukan seseorang untuk mencari kekuatan."
ALLAHU AKBAR respond begitu sudah cukup mahal buat aku. Buat aku tersenyum-senyum bahagia depan laptop (waktu baca email), phone (waktu baca sms / whatsapp / telegram / belek post IG / fb) dan surat. Benarlah kata bijak pandai, membahagiakan orang lain itu kesannya turut membahagiakan hati kita. "Ikhlaskan waktu kamu untuk mereka yang memerlukan, insyaAllah Dia memberi kamu lebih berharga daripada itu." Alhamdulillah.
Hari demi hari, aku berasa tidak semestinya aku bukan siapa-siapa maka aku terhalang daripada memberi manfaat kepada orang lain. Tidak semestinya aku bukan seseorang yang berpengaruh dari segi sijil, nama atau kuasa, maka aku terbantut untuk menghulur buat fikiran, nasihat atau semangat kepada orang lain.
Pucuk pangkalnya, 'kan kemahuan...hati dan mana tahu, semua ini adalah latihan, ujian dan sumber pengalaman untuk aku menjadi MOTIVATOR suatu hari nanti? Siapa tahu'kan, Allah itu Perancang Maha Hebat! Dia punya rencana terbaik untuk aku disebalik semua ini. InsyaAllah, Aamiin.
Jumpa lagi di part II, ada cerita lebih hot untuk aku kongsikan. Aku nak sambung kerjaan nih ^_^
Showing posts with label Inspiring. Show all posts
Showing posts with label Inspiring. Show all posts
Monday, November 17, 2014
Tuesday, November 11, 2014
Lebih berat lagi...
Dalam hidup ini, apakah yang paling berat untuk kau kalahkan?
Kalau aku?
Kalau aku, hal yang paling BERAT dan SUSAH dikalahkan adalah DIRI SENDIRI!
Lah, kenapa?
Kerana diri sendiri itu 'kerjanya' paling cepat 'menjudge' diri sendiri!
Eh...tak fahamlah...
Ni, misalnya..."Aku tak buat karipap! Aku mesti tak boleh buat karipap, silap hari bulan jadi lempeng...tak pun bola golf yang boleh pekong (baling) ke dinding!!!"
Tengok, betapa cepatnya kita menghakimi diri sendiri. Hebat, 'kan!!!

"Hakuna Matata & we are what we think."
Monday, November 10, 2014
Why bother...?
PERLU ke kita minta orang lain faham atau hormat perasaan kita? Perlu?
Contoh, kau update status patah hati kat facebook / twitter / Instagram. Sekali, ada seorang makhluk ni komen dengan ayat 'menganjing', kau rasa? Marah...rasa nak hencap makhluk tu cukup-cukup?
Jangan buang tenaga dan waktu kau dengan melayan semua tu!
Kenapa, sebab secara warasnya hanya berapa ketul sangat yang nak prihatin dengan apa yang kau rasa, apa yang kau tengah hadap. Kau kena terima hakikat ni, bahawasanya mencerita masalah yang bersifat peribadi kepada orang lain...hasilnya;-
Terkejut? Ya, kau kena percaya tu!
Memang fitrah kita, nak ada orang beri semangat, pujuk hati yang tengah luka parah...tetapi kalau nantinya yang kau dapat hanya sakit hati...rasa nak hencap orang...better keep for yourself. Mengadu pada Pencipta, Dia Maha Tahu. Maha Mengerti, segalanya dalam genggaman Dia. Luahlah, merayulah, Dia tak akan sekali-kali tinggalkan kau sendirian. Yakin, istiqomah. InsyaAllah.
Hidup baik-baik...Adios!

70 % tak peduli, 20 % suka kita ada
masalah - bermasalah, 10% gigih nak membantu.
Terkejut? Ya, kau kena percaya tu!
Why bother?
Memang fitrah kita, nak ada orang beri semangat, pujuk hati yang tengah luka parah...tetapi kalau nantinya yang kau dapat hanya sakit hati...rasa nak hencap orang...better keep for yourself. Mengadu pada Pencipta, Dia Maha Tahu. Maha Mengerti, segalanya dalam genggaman Dia. Luahlah, merayulah, Dia tak akan sekali-kali tinggalkan kau sendirian. Yakin, istiqomah. InsyaAllah.
Hidup baik-baik...Adios!
Sunday, November 9, 2014
Kita vs pilihan...
"DETIK
tidak pernah melangkah mundur, tetapi kertas putih itu selalu ada.
WAKTU tak pernah berjalan mundur dan HARI tidak pernah terulang,
tetapi
PAGI selalu menawarkan CERITA baru untuk semua pertanyaan yang belum
terjawab."
Dalam hidup ini, kita punya pilihan.
Sangat banyak.
Dalam
melakukan pilihan itu kita harus berfikir banyak, kenapa?
Kerana
lama-lama pilihan kita yang membentuk kita menjadi seperti APA dan
SIAPA!
First we make our choices. Then our choices make us.
#SnapsqueenQuotes #pesanutkdirisendiri
Thursday, November 6, 2014
Chenta vs Petai...
Chenta macam petai, busuk kohong sekali pun tetap nak makan.
Merembes liur mengenang kenikmatan rasanya.
Chenta... Jangan sampai mati waras!
Wednesday, November 5, 2014
Oh uncle teksi...
TADI hantar kereta pegi service, petang baru siap sebab tak book dulu. So,
kenalah ambik teksi nak balik. Dapat teksi dengan pemandunya Cina, umur
lingkungan 50-an, tapi fasihnya cakap Melayu berloghat Kelantan.
Aku: Uncle asal Kelantan?
Uncle teksi: Dok, kito orang Kedoh. Tapi gak, Mok kito nikoh kali keduo dgn ore kelate. Muloh (arwah) Mek (mak) ni sayang benar ko 'Cik" (ayah). Lepah nikoh, terus dok Pasir Puteh sampai ko habis umur dio.Kito ikut sekali...ngaji...nikoh pun sa'no.
Aku: Ooo...dah lama Uncle duduk KL?
Uncle teksi: Ado dale (dalam) 4 tahun. Tapi gak, beso doh kecek kelate...jadi pekak (pekat loghat kelantan).
Aku: Anak Uncle berapa orang?
Uncle: 5 ore jah, besa belako doh. Hok bosu baru jah buleh anok minggu lepas. Suko la kito boleh cucu baru. Bose dok grumoh...cucu dok asrama.. tu bawak teksi ni...ada saing boleh lawan kecek. Serupo adik la...nok kecek dengan kito. Tapi gak, rama ore KL ni tok suko ko ore kelate. Pelik la...kelate tu dok atas bumi Malaysia jugok...buke wujud kot dunio lain. Oh...pelik la!
Aku: Tak semua macam tu Uncle, tapi memang ada.
Uncle teksi: Bakpo tak doknyo...rama...cer adik tengok kalau berlaku apo-apo hok tok molek...pakat tuduh ke ore kelate dok buat. Kalau miskin tu napok ke negeri kelate jah...gi kelate dok lagi tok tahu! Gi la tgk sendiri...memey la ado hok susoh...tapi gak hok kayo belana...ghumoh besar2...kijo sendiri. Demo tok jadi kuli ore...muda-muda jadi bos.
Aku: Kenapa Uncle tak dok kelate?
Uncle teksi: Ore grumoh kito dok jago menantu kat Damansara. Dia ada kanser perut...anok kecik lagi. Kito kalau boleh memey nok hidup mati kelate jah...tapi gak Tuhan kata ada kijo besar...kita selesai dulu lah. Pahtu...pikirlah pasal hidup kito pulok. Menantu pun serupo anok jugok...dio pun anok yatim...ngaji tinggi...kijo bagus...comey...tapi gak, ujian Tuhan ni tak kiro sapo...
*Bengkak dada aku dengar cerita Uncle teksi tu. Terkedu. Orangnya sangat tenang...ramah. Katanya, dia saja keluar bawak teksi sebab bosan duduk KL, tak boleh nak berkebun mcm kat kg dia. Allahu Akbar...pengorbanan ibu bapa...besar sgt!

Hangat...
Hanya satu kata buatmu; Hangat!
Iya, chenta kamu seperti secangkir kopi...hangat, pahit tetapi enak. Asyikkk...
#coffee #chenta
Sunday, November 2, 2014
Tiara J yang humble...
SAJA nak cerita sikit pasal selebriti 'bergetah' ni. Kebetulan jumpa beliau Jumaat lepas, time sidang akhbar penangguhan Konsert PLG Reunion yang sepatutnya dipentaskan pada 27 November hingga 1 Disember 2014, dianjak ke tarikh baharu iaitu 20-24 Mac 2015.
Sepanjang pembabitan aku dalam dunia penulisan dan kewartawanan, Puan Sri Tiara Jacquelina atau lebih mesra dengan sapaan Tiara memang humble orangnya. Mudah memberi kerjasama dan tak lokek senyum. Paling berkesan di hati, beliau kalau buat sesuatu tak ada istilah 'ala kadar'. Semuanya dilakukan sebaik mungkin demi kepuasan sendiri dan semua orang.
Jumaat lepas, walaupun keadaan kesihatan peti suaranya tak baik tetapi dia tetap gigih nak bercakap dan memberi maklumat pasal penangguhan konsert PGL. Beliau juga masih ada masa 'berkeliling' menyapa rakan media dari meja ke meja, sambil senyum ramah menunjukkan smart phonenya yang tertera gambar (di bawah) dan kuntuman senyum manis - mesra.
Act, aku suka Tiara ni sejak zaman beliau bercouple dengan arwah Hani Mohsin. Bagi aku (waktu itu), mereka pasangan yang sangat serasi. Walaupun mereka sudah berpisah, aku tetap minat mereka berdua (dan walaupun sekarang Hani dah tiada).
Hasil kerja seni Tiara, jarang aku miss. Termasuk yang terbaharu, pementasan teater P. Ramlee The Musical. Bagi aku, Tiara antara wanita berdarah seni yang sentiasa bekerjasa keras untuk menghasilkan hasil seni yang bermutu. Beliau sentiasa mahu memberi yang terbaik, walaupun mengundang risiko besar kepada diri sendiri.
Misalnya dalam keadaan peti suaranya sedang kritikal ketika ini dan dalam proses rawatan pakar, Tiara tetap meneruskan latihan seperti biasa. 'Hilang' suara bukan alasan baginya untuk mengalah pada usaha yang diperjuangkan, sebaliknya dia tak betah diam. Pelbagai cara alternatif dicuba semata-mata nak recover secepat mungkin. Aduhai Tiara, kamu memang wanita awesome!
Beliau juga antara wanita yang 'menyumbang' semangat dan kekuatan untuk aku berusaha menghasilkan karya seni sendiri. One day...yes...one day...aku tengah gigih usaha ni. Uolls doakan, ye.
Banyak yang aku nak bebelkan pasal wanita istimewa seorang ni, tetapi aku ada kerja lain nak kena buat dulu. InsyaAllah, one day (iya...iya...one day lagi...ekekeke!) aku sambung eh.
Sepanjang pembabitan aku dalam dunia penulisan dan kewartawanan, Puan Sri Tiara Jacquelina atau lebih mesra dengan sapaan Tiara memang humble orangnya. Mudah memberi kerjasama dan tak lokek senyum. Paling berkesan di hati, beliau kalau buat sesuatu tak ada istilah 'ala kadar'. Semuanya dilakukan sebaik mungkin demi kepuasan sendiri dan semua orang.
Jumaat lepas, walaupun keadaan kesihatan peti suaranya tak baik tetapi dia tetap gigih nak bercakap dan memberi maklumat pasal penangguhan konsert PGL. Beliau juga masih ada masa 'berkeliling' menyapa rakan media dari meja ke meja, sambil senyum ramah menunjukkan smart phonenya yang tertera gambar (di bawah) dan kuntuman senyum manis - mesra.
Act, aku suka Tiara ni sejak zaman beliau bercouple dengan arwah Hani Mohsin. Bagi aku (waktu itu), mereka pasangan yang sangat serasi. Walaupun mereka sudah berpisah, aku tetap minat mereka berdua (dan walaupun sekarang Hani dah tiada).
Hasil kerja seni Tiara, jarang aku miss. Termasuk yang terbaharu, pementasan teater P. Ramlee The Musical. Bagi aku, Tiara antara wanita berdarah seni yang sentiasa bekerjasa keras untuk menghasilkan hasil seni yang bermutu. Beliau sentiasa mahu memberi yang terbaik, walaupun mengundang risiko besar kepada diri sendiri.
Misalnya dalam keadaan peti suaranya sedang kritikal ketika ini dan dalam proses rawatan pakar, Tiara tetap meneruskan latihan seperti biasa. 'Hilang' suara bukan alasan baginya untuk mengalah pada usaha yang diperjuangkan, sebaliknya dia tak betah diam. Pelbagai cara alternatif dicuba semata-mata nak recover secepat mungkin. Aduhai Tiara, kamu memang wanita awesome!
Beliau juga antara wanita yang 'menyumbang' semangat dan kekuatan untuk aku berusaha menghasilkan karya seni sendiri. One day...yes...one day...aku tengah gigih usaha ni. Uolls doakan, ye.
![]() |
| Get weel soon Tiara J, I dah tak sabar nak nonton PGL Reunion tahun depan. |
Thursday, October 30, 2014
Dare to be, when...
"When a new day begins, dare to smile gratefully.
When there is darkness, dare to be the first to shine a light.
When there is injustice, dare to be the first to condemn it.
When something seems difficult, dare to do it anyway.
When life seems to beat you down, dare to fight back.
When there seems to be no hope, dare to find some.
When you’re feeling tired, dare to keep going.
When times are tough, dare to be tougher.
When love hurts you, dare to love again.
When someone is hurting, dare to help them heal.
When another is lost, dare to help them find the way.
When a friend falls, dare to be the first to extend a hand.
When you cross paths with another, dare to make them smile.
When you feel great, dare to help someone else feel great too.
When the day has ended, dare to feel as you’ve done your best.
Dare to be the best you can –
At all times, Dare to be!"
Sunday, October 26, 2014
Tujuh Sunnah Nabi setiap hari...
Aku just nak share info yang aku dapat ni, semoga bermanfaat untuk kita semua. Sumber info, khabarnya daripada Ustaz Don, tetapi tak pastilah. Aku share untuk bacaan bersama, sebab info ni sangat baik untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada yang berkongsi;
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui
batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul
menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT., tetapi itulah
kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka
pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju
akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari;
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
![]() |
| Gambar sekadar hiasan. |

Wednesday, October 22, 2014
Be different...
"How
would your life be different if…"
You stopped making negative judgmental assumptions about people you encounter?
Let today be the day…You look for the good in everyone you meet and respect their journey.
#pesanutkdirisendiri #quotes
Sunday, October 12, 2014
Lelaki vs wanita...
This is a man's world, this is a man's world
But it wouldn't be nothing, nothing without a woman or a girl
You see, man made the cars to take us over the road
Man made the trains to carry heavy loads
Man made electric light to take us out of the dark
Man made the boat for the water, like Noah made the ark
This is a man's, a man's, a man's world
But it wouldn't be nothing, nothing without a woman or a girl
Man thinks about a little baby girls and a baby boys
Man makes then happy 'cause man makes them toys
And after man has made everything, everything he can
You know that man makes money to buy from other man
This is a man's world
But it wouldn't be nothing, nothing without a woman or a girl
He's lost in the wilderness
He's lost in bitterness

Monday, September 29, 2014
Bila Fynn Jamal berkongsi pesan...
Perkongsian daripada Fynn Jamal...
ibu pesan pada aku pada hampir malam perkahwinan aku-- macammana payah pun hidup suami isteri satu hari nanti..tidur berasingan jangan walau sekali.
Marah macammana, bengang macammana-- ajar diri agar tidak biasa tidur tanpa salah satunya.
Rimas macammana, merajuk macammana-- tidur mesti satu selimut berdua.
Pastu bangun pagi tu buat2lah terlanggar tersangkut jari tersauk rangkul konon2 tak sengaja. hahaha.
Padahal. HAHAHAAH.
This is the man Allah amaanah me with. no marriage face no difficulties. giler apa lancar je hidup. mana ada.
But we can all try to make things easier for each other.
Buruk mana pasangan kita-- buruk kita entah macammana; kira untung dia sudi terima kita. kan?
Mari jadi perfect for each other, dan bukan kita nak yang perfect sahaja. kita pun bukan perfect mana.
thank you
#fynnJamal #kongsi #sharing

Thursday, September 11, 2014
Runtuhnya tembok jati diri...
Kita,
kadang kala terlalu optimis dengan keinginan kita hingga lupa matlamat sebenar
juga kesannya pada masa mendatang. Kita seronok mencipta kebanggaan, hingga
lupa suatu waktu kelak 'kebanggaan' itu membunuh jati diri.
Banyak
perkara yang aku fikirkan beberapa minggu ni, sangat banyak. Sampai semak otak!
kalaulah boleh, aku nak freeze sekejap sel-sel otak ni...jadi aku boleh
'berehat' daripada berfikir macam-macam. Hurmmm...
Tadi,
tengah belek-belek fb, jumpa artikel ni. Seronok baca sebab ada kebenarannya.
Iya kadang kala kita tak terfikirkan. Aku sharing kat sini untuk manfaat kita
bersama. bak kata orang bijak pandai (yang tak kedekut ilmu), ada ilmu
kongsi-kongsi...jangan simpan sorang-sorang...RUGI!!!
![]() |
| Gambar: Google |
Tembok
China vs jati diri...
Ketika
orang China mahu hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan
anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya
dalam 100 tahun pertama saja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap
kali musuh mereka nak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok
besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.
Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang
kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.
Seorang orientalis berkata: kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada tiga cara;
1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.
Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.
Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.
Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ulama, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.
MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?
~sharing is caring with love~

Wednesday, September 3, 2014
Kadangkala kita terleka...
Aku suka baca pasal 15 things you probably never knew or thought about.... dan nak share dengan uolls semua. Hopefully, uolls pun suka jugak *_*
1. At least five people in this world love you so much they would die for you.
2. At least fifteen people in this world love you in some way.
3. The only reason anyones would ever hate you is because they want to be just like you.
4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.
5. Every night, someone thinks about you before they go to sleep.
6. You mean the world to someone.
7. If not for you, someone may not be living.
8. You are special and unique.
9. Someone that you don't even know exists loves you.
10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.
12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
13. Always remember the compliments you recieved. Forget the rude remarks.
14. Always tell soemone how you feel about them; you will feel much better when they know.
15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.
*p/s: ...agak-agaknya faham tak apa benda yang cuba saya nak sampaikan kat uolls menerusi 15 things you probably never knew or thought about.... ni? Faham? Good! Hehehe...

Tuesday, September 2, 2014
Tak payah mana pun nak appreciate orang...
Kadang 'kan,
kita ni suka menyusahkan keadaan sampai jadi susah sgt nak cari sebab appreciate orang sekeliling kita.
Terutama orang penting dlm hidup kita (kat mak ayah, suami, isteri, tunang, anak, adik-beradik, kawan, staff, bos or siapa aje la yg menjadi orang penting tu 'kan).
Punya la gigih fikir cara paling awesome nak ucap terima kasih, sayang or cinta. Padahal, tak payah nak gigih beria sangat la wey... boleh je buat random actions. Simple je, tak semestinya kena hulur benda mahal utk appreciate & make people that matters to us HAPPY.
Paling penting, biar dari hati. Iya, ikhlas tu urusan kita dgn Allah. Tapi, suntikan ikhlas ni boleh rasa sampai ke ulu hati tau. So, moh le laju-laju create happy moments orang penting dalam hidup kita.
Jangan nantilah..tunggulah dulu. Takut nanti... kalau kita dok bertangguh-tangguh, menyesal tak sudah. Hidup mati kita ni dalam genggaman Allah. Kita berusaha sebab kita tak tahu apa akan jadi esok hari. Sama ada dia pergi dulu atau kita.
So, jom...kita bermurah hati saling 'topup' kasih sayang. Letak tepi sat ego tu. Hulurlah 'sesuatu' semampunya. Jangan bebankan diri, kalau tak berduit sgt, boleh je buat diy... Bake la cake, cookies, kuih, dessert or dakapan kasih (Note: pelakuan ni untuk yang HALAL aje ye). Part yang ni bukan je buat penerimanya teruja, kita sendiri pun enjoy. Betul tak? Setuju? Angkat 🙋

Monday, September 1, 2014
Chenta hati...
Meh nak share 1 cerita cinta...
Tahun lalu (2013), laman sosial, Instagram menjadi medan temu kali pertama antara aku dengan anak kecil superduper berbakat ni. Danish Harraz namanya. Keletahnya mencuit hati dan yang mengagumkan aku, dia rajin memasak juga bijak.
Pada usia enam tahun (ketika itu), aku kira anak kecil seorang ni memang lain daripada kanak-kanak yg aku kenali. Aku sangat berterima kasih kepada ibunya, Kak Liza atau lebih mesra dengan sapaan Mama serta suaminya yg tak lokek kasih sayang. Sudi berkongsi satu2nya 'nyawa' mereka ni.
Awal perkenalan, byk berkaitan fasal kerja dan kali pertama bertemu Danish serta keluargnya juga sebab kerja. Sebab itu i love my job, menjadi writer memberi ruang dan peluang untuk aku jumpa orang2 hebat dan luar biasa termasuk kanak-kanak ini. Hingga kini, Danish menjadi antara insan paling istimewa dalam hati aku. Cukup istimewa!
Hari demi hari, tanpa sebab kami sentiasa berhubung. Kalau Danish tak sibuk dengan sekolahnya (oh dia sekarang pelajar tahun 1 di Tenby School, Setia Eco Park) dan kalau ada kelapangan dapatlah kami bertemu, main bersama dan saling topup kasih sayang.
Kenapa aku kata dia istimewa? Sebab dia tak mcm kebanyakan budak. Orangnya penyayang, peramah, sopan, budi bahasa dididik dengan baik, kreatif, suka bahan bacaan dan berani mencuba. Aku cukup terkejut apabila Mama beritahu, Danish mula berminat dan rajin ke dapur seusia awal tiga tahun. Bagi budak lelaki memang Wow la ye!
Dia ralit setiap kali tengok program tv berkisar mengenai sains dan masakan. Dia selalu kata, dia nak jadi 'A scientist who cooks'! Lagi satu, dia juga model sambilan yg tengah 'naik daun' sekarang ni. Banyak iklan dah tayang bakat dia termasuklah Ribena Raya, Petronas.Mengujakan!
Kalau uolls berminat nak tahu lebih pasal dia, boleh skodeng akaun instagram Danish, di situ banyak dia share aktiviti harian termasuk resipi yang diolah dan telah dicuba sendiri di 'Mama's Red Kitchennya'. Oh ye lagi satu, dia pandai main Ukulele dan kalau bercakap mcm budak tingkatan 5... BI 'nya memang thumb up la... (...aku memang suka dengar budak2 speaking ni hehehe).
Satu hal yang membuat aku terharu dan syahdu apabila Danish panggil aku, Ummi. Dengan suara manjanya, dia sebut Ummi...adoi mencair hahaha! Dan dia, 'Chenta hati' aku...hadirnya dalam hidup aku bagaikan mekarnya kembang sakura yang merimbun setiap kali musim bunga sepanjang jalan menuju Pulau Jeju, kemudian bertukar menjadi hamparan putih dan syahdu seolah-olah berada Di Pulau Nami pada musim dingin. Begitulah perumpamaan perasaan aku kepadanya...sorry ye, agak hiperbola di situ hehehe.
Alhamdulillah, tahun kedua ikatan kasih sayang antara kami bertambah erat. Sepanjang 364 hari tahun lalu dan menghampiri 364 hari untuk tahun ini, perjalanannya indah sekali.
Terima kasih Mama, Papa dan Danish...hadirnya kalian dalam hidup Ummi bagaikan bulan jatuh ke riba. Walaupun kita bukanlah siapa-siapa dalam hidup masing-masing, namun kasih yang Allah kurniakan kepada kita amat berharga. Walaupun tak selalu dapat jumpa, tetapi rindu, kasih sayang dan ingatan tetap mewangi dalam hati. Mohon Ummi, maafkan jua segala kekurangan, kelemahan dan kekhilafan sepanjang perkenalan ini. Semoga Allah terus setuju dan restui kasih sayang kita, Aamiin...Aamiin...Aamiin.
Tahun lalu (2013), laman sosial, Instagram menjadi medan temu kali pertama antara aku dengan anak kecil superduper berbakat ni. Danish Harraz namanya. Keletahnya mencuit hati dan yang mengagumkan aku, dia rajin memasak juga bijak.
Pada usia enam tahun (ketika itu), aku kira anak kecil seorang ni memang lain daripada kanak-kanak yg aku kenali. Aku sangat berterima kasih kepada ibunya, Kak Liza atau lebih mesra dengan sapaan Mama serta suaminya yg tak lokek kasih sayang. Sudi berkongsi satu2nya 'nyawa' mereka ni.
![]() |
| Huish...'anak' dengan Ummi dah nak sama beso hahaha |
Hari demi hari, tanpa sebab kami sentiasa berhubung. Kalau Danish tak sibuk dengan sekolahnya (oh dia sekarang pelajar tahun 1 di Tenby School, Setia Eco Park) dan kalau ada kelapangan dapatlah kami bertemu, main bersama dan saling topup kasih sayang.
Kenapa aku kata dia istimewa? Sebab dia tak mcm kebanyakan budak. Orangnya penyayang, peramah, sopan, budi bahasa dididik dengan baik, kreatif, suka bahan bacaan dan berani mencuba. Aku cukup terkejut apabila Mama beritahu, Danish mula berminat dan rajin ke dapur seusia awal tiga tahun. Bagi budak lelaki memang Wow la ye!
![]() |
| Chef cilik kat Mama's Red Kitchen hihihi... |
![]() |
| Waktu Mama Danish whatsapp gambar ni kat aku, dengan kepsyen...anak tunggu congo bars masak depan oven...Allah syahdunya |
![]() |
| Kemain...siap topi chef tu... |
![]() |
| Serius congo bars buatan tangan Danish ni memang awesome!!! |
Kalau uolls berminat nak tahu lebih pasal dia, boleh skodeng akaun instagram Danish, di situ banyak dia share aktiviti harian termasuk resipi yang diolah dan telah dicuba sendiri di 'Mama's Red Kitchennya'. Oh ye lagi satu, dia pandai main Ukulele dan kalau bercakap mcm budak tingkatan 5... BI 'nya memang thumb up la... (...aku memang suka dengar budak2 speaking ni hehehe).
Satu hal yang membuat aku terharu dan syahdu apabila Danish panggil aku, Ummi. Dengan suara manjanya, dia sebut Ummi...adoi mencair hahaha! Dan dia, 'Chenta hati' aku...hadirnya dalam hidup aku bagaikan mekarnya kembang sakura yang merimbun setiap kali musim bunga sepanjang jalan menuju Pulau Jeju, kemudian bertukar menjadi hamparan putih dan syahdu seolah-olah berada Di Pulau Nami pada musim dingin. Begitulah perumpamaan perasaan aku kepadanya...sorry ye, agak hiperbola di situ hehehe.
![]() |
| Ummi love u, Danish |
Terima kasih Mama, Papa dan Danish...hadirnya kalian dalam hidup Ummi bagaikan bulan jatuh ke riba. Walaupun kita bukanlah siapa-siapa dalam hidup masing-masing, namun kasih yang Allah kurniakan kepada kita amat berharga. Walaupun tak selalu dapat jumpa, tetapi rindu, kasih sayang dan ingatan tetap mewangi dalam hati. Mohon Ummi, maafkan jua segala kekurangan, kelemahan dan kekhilafan sepanjang perkenalan ini. Semoga Allah terus setuju dan restui kasih sayang kita, Aamiin...Aamiin...Aamiin.
Sunday, August 31, 2014
Merdeka ke-57...
![]() |
| Gambar hiasan frm Mr. Google |
Dgn gediknya, aku boleh terbau2 aroma #nasilemak bungkus daun pisang with #sambalbilis pedas meleleh, #roticanai with kuah kari + sambal, #tehtarik dan supercool #cendol . Dgn tak semena2nya, tak lena tido. Keluar masuk dapur mcm kucing hilang anak. Sengal2 ubi jadinya.
Alhamdulillah, Msia tahun demi tahun meraikan kemerdekaannya sebagai tanda penghargaan dan memperingati pengorbanan wira2 negara yg berjuang mendapatkan kebebasan serta keamanan buat anak cucu. Apakah kita benar2 menghargainya? Bukti?
Hakikatnya, apabila kita sendiri (segelintirnya) tak rasa 'kesakitan' utk mendapatkan sesuatu, kita selalunya bersikap santai, sambil-lewa kerana berada di zon selesa. Pastikah kita akan berasa selesa dan selamat selalu???
Kita tak mampu jawab, lebih tak mampu kalau kita tak turut menyumbang sesuatu utk menjaga keamanan zon selesa kita.
Kita adalah apa yg kita fikirkan. Jgn asyik persoalkan tanggungjawab pemimpin2 negara, kita sendiri juga ada tanggungjawab yg akan dipersoalkan nanti - paling tidak anak cucu kita.
Jadi, mari kita #samasama memaknakan kemerdekaan ini. Biar benar2 rasa, #disinilahirnyasebuahcinta kerana #iniMalaysiakita . Selamat hari #merdeka57 #Malayasiaku
Wednesday, August 20, 2014
I've learned that...
![]() |
| You learn something every day if you pay attention. |
Aku selalu percaya, kita tak 'berpapasan' dengan seseorang atau sesuatu tanpa sebab. Pastinya ada, cuma antara kita sedar, perasan, tak mahu ambil kesah or malas nak tahu. Orang yang bijak, banyak belajar daripada pengalaman orang lain. Mereka tak perlu menempuhnya sendiri, tetapi bijak melihat dan memanupulasi pengalaman orang lain sebagai 'benteng' diri mereka.
...dan ni, aku nak share sesuatu yang agak menarik untuk rujukan bersama. Aku tak nak simpan sendiri, aku nak kita share, semoga ada manfaatnya ye.
- I've learned that we don't have to change friends,If we understand that friends change.
- I've learned that something that you do in an instant, can give you heartache for life
- I've learned that you should always leave loved ones with loving words, it may be that last time you see them.
- I've learned that we are responsiable for what we do, no matter how we feel.
- I've learned that either you control your attitude, or it controls you
- .I've learned that my best friend and I , can do anything or nothing and still ahve a good time.
- I've learned that sometimes the people you expect to kick you when you are down, will be the one who helps you get up.
- I've learned that sometimes when i am angry i have the right to be angry, but that doesn't give me the right to be cruel.
- I've learned that just because someone doesn't love you the way you want them too, doesn't mean they don't love you with all they have.
- I've learned that maturity has more to do with what types of expirences you've had and what you learned from them, and less to do with how many years you have lived.
- I've learned that it isin't always enough to be forgiven by others, but sometimes you have to learn to forgive yourself.
- I've learned that just because two people argue, doesn't mean they don't love eachother. And just because they don't argue, it doesn't mean they do love eachother.
- I've learned that you shouldn't be so eager to find out a secrect, it may change you life forever.
- I've learned that sometimes the people that you love most in lfe, are taken from you too soon.
- I've learned that you can't make someone love you. All you can do is be someone who can be loved, and the rest is up to them.
- I've learned that no matter how much i care, some people just dont care back.
- I've learned that it takes years to build up trust, and just seconds to destroy it.
- I've learned that it's not what you have in life, but who you have that counts.
- I've learned that you can keep going, long after you think you can't.
- I've learned that their are people who love you dearly, but just don't know how to show it.
- I've learned that even when you feel you have no more to give, a friend cries out and you find the srenght to help.
- I've learned that our backgrounds and circumstances may have influenced our lives, but we are responsiable for who we become
Monday, August 11, 2014
Pabila jadi style stalker...
Aku suka warna dan bentuk, tambah ghairah apabila terbabit
dalam dunia penulisan. Menjadi writer di surat khabar dan majalah buat minat pada bidang kreatif
lebih menyerlah terutama fesyen. Sayangnya, kalau uolls tgk gaya harian aku
memang ke laut la bahahaha!
Serius aku suka fesyen, waktu jadi writer di beberapa buah
majalah lifestyle dulu setiap bulan
kena fikir pasal konsep, gaya fesyen terkini, cari baju, model, makeup, pose, assg' fashion show
dan semuanyalah. Perghhh...Penat, tapi seronok sebab banyak benda baru dapat belajar.
Sampai sekarang pun masih buat benda sama cuma medium media
berbeza. Dulu di majalah versi print, sekarang portal online dan bagusnya tak
rasa bosan. Apatah lagi kalau dapat team yang menyenangkan. Kerja jadi enjoy
dan lebih kreatif.
Kalau kat Instagram tu, aku suka jadi follower utk IG
berkait fesyen. Puas je rasa dapat belek setiap masa hehehehe. Btw...bercakap
pasal fesyen dan gaya, terkini aku suka aura fesyen percikan daripada Olivia
Palermo. Kelibat wanita cantik
ni memang selalu ada je di mana-mana fashion show brand-brand fesyen terkenal termasuk Chanel,
Christian Louboutin dan Prada.
Menariknya
pasal selebriti berusia 27 tahun ni, apapun yang dia pakai selalu nampak fashionable (... sebab
itu dia diberi julukan 'The IT girl'). Hah, dia ni memang ada sense fashion yang awesome
dan elegan, jadi tak hairanlah kalau dia selau je tersenarai dalam kategori
Best Dressed di setiap acara yg dihadirinya. Hebatkan. Bagi aku hebatlah, sebab gaya dia selalu
chic, tapi tetap nampak santai dan effortless.
Siapa Olivia Palermo ni? Ha, whether you’re into high
fashion or vintage finds, you’ve most likely seen this face. Olivia Palermo
first hit the scene when she premiered in the 2008 MTV spinoff The City, dia
kerja dengan Diane Von Furstenberg as a public relation’s assistant. Sejak tu, dia created quite a name for herself
in the fashion arena for her remarkable sense of style.
Dia juga menjadi pilihan cover beberapa high end fashion magazines, termasuk Elle
Mexico, Marie Claire UK, Asos, Harper’s Bazaar Argentina dan banyak lagilah. Lagi
best, dia pernah menjadi juri jemputan untuk Project Runway and Britain’s
Next Top Model. Hah, lagi satu Palermo
ni dulu pernah muncul dalam reality show The Hills dan sekarang dia juga jadi blogger di webnya sendiri (www.oliviapalermo.com). Haruslah dalam blognya tu meriah dengan gambar2 mood fesyen dia, 'kan.
Bercakap pasal Palermo ni, jujur kata aku selalu rasa terinspirasi
bila tengok gaya dia yg stylish tu. Perghhh...beranganlah
kalau2 aku ni bertubuh tinggi macam dia, bentuk badan cantik, slim je pakai
apa pun terletak kat badan. Kalaulah aku 'Olivia Palermo'...Huishhh...berangan ni bab paling best 'kan. Bukan kena bayar pun, 'kan... bahahahaha!
Labels:
Anis boleh,
fesyen,
Informasi,
Inspiring
Subscribe to:
Posts (Atom)