.

Thursday, November 22, 2012

New day...14 day's with InnerShine RubyCollagen Essence

...hari ni, lepas proses beberapa bahan untuk Jelita edisi Disember, aku ke G-Tower, Jln Tun Razak, KL. Huh, ni pertama kali attend event kat sini. So, mmg ler sengal2 ubi jap. Tapi, sebab kedudukannya agak senang dan biasa dilalui so tak ada la masalah sgt.

...btw, aku attend launch product- InnerShine RubyCollagen Essence.Aceli tak susah pun nak ke G-Tower ni, dari opis ikut Smart mmg senang, kebetulan jalan tak jem. Lebih kurang 20 minit aku dah tercegat kat lokasi event (huhuhu mood sgt syiok sebab x yah redah jem mcm biasa tu).

...lepas daftar kehadiran, PRnya terus bawa ke Tanzini (tempat event diadakan). Dah ramai juga geng media yg sampai, blogger pun ramai...hmmm. Dek kerana hari ni mood skit rajin, so aku snap gambar sendiri. Kiranya, hari ni buat dua kerja dalam satu la.

...dekat 3.30pm, event pun start la. Muncul pengacara yg ceria dan ramah, Azura Zainal. Sweet sgt, lama tak jumpa dia hehehehe. Kemudian datang pula model dan pelakon cantik, Carmen Soo. Sambil catat info yg patut, aku snap moment yg sesuai. Huhuhu...mcm bz sgt la aku time ni hahahaha, poyo tak?

...ok la, malas borak pjg2. Aku dah 'karang' skit info pasal new kologen ni utk korang. Dari segi rasa, mmg sedap (sbb aku boleh minum 2 botol sekali gus-nampak betapa nak cantiknya aku hahahaha). Dan mcm biasa, aku dapat sekotak free. Sekotak ada 14 botol, lepas habis nanti aku cerita kat korang apa hasilnya ye. Now...korang baca infonya sampai habis tau. Lepas tu, cepat2 p cari kat kedai, beli & minum. Serius, tak rugi!


Info produk:-
JADUAL kerja yang tidak menentu kadangkala membuat kita terlupa untuk menjaga kecantikan diri. Manakala faktor usia yang meningkat akan mengurangkan kandungan kolagen pada kulit, sekali gus mempercepatkan proses penuaan. Faktor alam sekitar seperti sinaran ultra ungu (UV) serta gaya hidup seperti tabiat merokok dan tekanan bekerja juga mempercepatkan kehilangan kolagen pada kulit.
Bagi mengatasi masalah ini, Innershine kini tampil dengan InnerShine RubyCollagen Essence. Makanan tambahan antipenuaan ini membantu melambatkan proses penuaan dengan melancarkan tiga tindakan penting iaitu mengekalkan, melindungi serta menyokong kesihatan kulit.
Jadi, dengan adanya makanan tambahan seperti InnerShine RubyCollagen Essence ini, kita dapat mengekalkan kecantikan wajah walaupun tanpa secalit make-up.
Innershine Ruby Collagen mengandungi adunan mikro-kolagen berkualiti yang mudah diserap daripada ikan dan astaxanthin iaitu ekstrak mikro-alga khas didatangkan dari Sweden.


Komen Carmen Soo (model dan pelakon, juga wajah baru kempen 360 darjah pemasaran Innershine Ruby Collagen ):-
“Setiap hari, saya bekerja 24 jam kerana memenuhi jadual lakonan di dalam dan luar negara, penggambaran iklan, sesi fotografi atau menghadiri majlis tertentu. Jadi, saya selalu kurang tidur, badan penat dan muka lesu. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mengamalkan beberapa petua dan makanan tambahan untuk kesihatan kulit serta tubuh.
“Lebih-lebih lagi bagi wanita yang menginjak ke usia 30-an, perkara membabitkan kecantikan sentiasa menjadi keutamaan diri. Memanglah  kita semua akan tua, tapi tidak salah ambil langkah selamat dan sihat untuk memperlahankan proses penuaan atau seumpamanya.
“Sebelum menerima tawaran menjadi ‘wajah baru kempen 360 darjah pemasaran InnerShine Ruby Collagen, saya cuba minum dulu untuk tengok hasilnya. Percubaan, kira-kira sebulan (sebelum pelancaran), saya dapati kulit wajah semakin lembut dan segar.”

Komen Saintis Kanan Cerebos Pacific Limited, Dr Lua Bee Leng:
“Kehadiran astaxanthin yang berfungsi sebagai pelindung semula jadi, selain melindungi kulit daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan kolagen. Pada masa sama, menyokong peredaran mikro untuk menyalurkan nutrien kepada sel kulit dengan berkesan.
“Sinaran ultraungu (UV) menyumbang kira-kira 80 peratus daripada punca penuaan kulit. Jadi, pengambilan Innershine Ruby Collagen secara kerap membantu memperlahankan penuaan kulit.”

Esen Innershine Ruby Collagen boleh didapati di farmasi dan pasar raya terkemuka pada harga RM142.90 untuk 14 botol (50 mililiter). Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 1300 228 300 atau layari www.innershine.com.my/rubycollagen.

Jom layan gambar2 pulak:
Deko simple di tempat launch
Banner kat luar Tanzini
Hehehe ini pun aku nak snap kan...
Wajah baru-InnerShine RubyCollagen Essence
14 botol2 comel hehehe...
Inilah rupanya ye InnerShine RubyCollagen Essence
Dan bermula la 14 hari bersama InnerShine RubyCollagen Essence

No comments: