.

Friday, May 20, 2011

Tinggallah kenangan...

...betul ke kena pindah ni???

…mood mcm rojak sejak 2-3 minggu ni hanya kerana kena pindah rumah! Ye, kena pindah rumah. Bukan sebab kena halau dek tuan rumah, tp sebab aku bakal buat satu anjakan paradigma yg cukup besar dalam hidup aku akhir bulan ni. Jadi, mahu tak mahu…suka tak suka, aku kena pindah jugak hukhukhuk!

…sgt sedih apabila memikirkan aku kena pindah rumah. Lama dowh aku dok menyewa kat Taman Permata 2, Ulu Kelang ni. ..dekat 10 thn (3 rumah dlm tempoh tu) dan rumah yg aku duduk skrg ni dah 6 thn aku ‘tumpang menyewa’.

…aku cukup suka kawasan perumahan ni, semua kemudahan tersedia dan dekat2 belaka terutama pasar raya dan bank (mmg strategic, kan…sbb tu aku syg sgt2). Dulu aku menyewa area sini sebab dkt dgn tempat kerja, jln kaki dah sampai…mmg jimat belanja. Lepas tu, apabila aku kena ulang-alik bekerja di Jakarta, Indonesia. Aku tetap tinggal di sini, tak rasa nk pindah mana2 pun.

…skrg, apabila aku kerja di Taman Desa, Jln Klang Lama, aku masih mahu dan selesa tinggal menyewa di kawasan ni. Walaupun jauh juga dgn tempat kerja, tp aku masih mahu menyewa di sini. Malah, sanggup pulak beli kereta semata2 x nk tinggalkan kawasan ni.

…sungguh di sini bersemi byk kenangan yg aku tak mungkin lupa sampai bila2. Kenangan yg sgt abadi, yg aku xkan mampu lupa buat selamanya. Dan aku pasti, semua kenangan dan pengalaman yg aku dpt sepanjang tinggal di kawasan ni akan terpahat kukuh di hati.

…waktu di mana aku belajar menjadi gadis dewasa, yg perlu berdikari utk menyara hidup…susah senang tanggung sendiri. Begitu juga waktu aku kenal kawan2 yg banyak mengajar aku menjadi manusia dewasa dan matang, terutama Zarul. Sungguh, aku sgt rindukan saat2 itu. Di mana kami sama2 membentuk masa depan demi mengubah kekurangan diri dan meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kurang. Namun kami sgt gembira dan sgt teruja.

...cukup x suka sesi pindah2 neh!!!
…Tuhan, tak sanggup rasanya utk aku tinggalkan semua ini. Setiap kali aku teringat satu persatu peristiwa yg terjadi dlm hidup aku di sini, airmata ini menitis tanpa mampu kukekang lg. Berjurai setiap kali mengenangkan kesungguhan dan kebaikan Zarul yg x pernah berkira soal penat lelahnya sepanjang persahabatan kami (kami sgt2 BFF okeh). Paling penting, dialah sahabat paling setia dan dekat yg selalu ada apabila aku perlukan bahu utk menangis.

…susah aku nak teruskan menaip ayat demi ayat, airmata tak berhenti mengalir. Jadi, apa kata aku berhenti menaip setakat ini dulu. Kalau ada jiwa dan rasa, aku sambung lagi ye.

No comments: