.

Monday, September 26, 2011

Dia bukan super woman...

Datuk Siti teruja bikin album Inggerisnya.
Hari ni dari pg kelam-kabut dgn asimen. Ptg pulak kena cover event Datuk Siti Nurhaliza-Pelancaran album Inggeris-All Your Love. Sgt penat, tambah penat bila kena buat dua kerja ptg ni...writer + tukang amik gambar. Nak pulak ambik gambar diva, x senang kerja tu...sakit badan kena tolak sana sini, kiri-kanan...atas bawah dok jerit Siti...Datuk Siti...T...CT...mcm2 bunyik!

Hari ni bukan saja beliau melancar album, malah buat persembahan depan rakan media dan peminat2nyer. Diselangi penyanyi2 jemputan seperti Shila Hamzah dan Azlan & The Typewiter.

Cuma sebutan Bahasa Inggeris Tok Ti masih banyak perlu diperbaiki lg. Apa pun, usaha beraninya ini harus diberi pujian. Dia, bukanlah super woman...so kira ok lah!
Komen aku mengenai album Datuk CT? Biasa saja. Tiada yg istimewa, tp mungkin kepada yg nk sgt dgr CT nyanyi lagu Inggeris bolehlah beli album ni. Seperti kata CT, bukan berniat nk menunjuk2 yg dia boleh menyanyi lagu Inggeris, cuma mahu mencabar kemampuan diri sendiri. Mahu lakukan perubahan dan cuba sesuatu yg baru dlm kerjaya seninya.

Secara peribadi, aku lebih suka Tok Ti nyanyi lagu2 Melayu. Suaranya yg lemak merdu sgt sesuai dgn lagu Melayu.
Malah, anak jati Kuala Lipis, Pahang ni menyifatkan kelahiran album ini sgt istimewa buat dirinya. Katanya pada majlis pelancaran albumnya itu, "Selama ini sudah pelbagai jenis lagu di dalam bahasa Melayu yang sudah saya nyanyikan. Kali ini, saya telah mencabar diri untuk muncul dengan album Inggeris.Lagipun selama ini ramai yang bertanya bila saya mahu buat album Inggeris. Sebenarnya, memang sudah lama saya berniat melakukannya, tapi baru sekarang dapat direalisasikan."

Antara lagu yang terkandung dalam album ini seperti All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love dan Stand Up.


Monday, September 12, 2011

Tensi + masak time = jiwa kacau!

Udang Tempoyak Berserai
Apa yg korang buat bila sedih? Menyanyi? Tgk movie? Ke pantai? Tido? Dgr radio? Tulis puisi? Or what? Hmmm...aku? kalau x dpt ke pulau atau ke pandai, membingarkan jiwa kalut...aku pilih memasak! Masak? Hello, sesi membesarkan badan lg ke? Tak jugak, diet bagai pun org dok kata aku gemuks gak!!!

Ye, memasak pilihan kedua paling tepat utk aku. Kadang masakan tu menjadi dan sgt lah lazatnya sampai menjilat 10 jari. Ada masa, layak campak kat tong sampah jek!

Sebenarnya aku buat mcm2 versi bila tgh kemaruk tensi, aku x leh dok diam nanti aku mengamuk sakan. Aku tak suka bila kepala semak, nanti cepat migraine. Bila migraine dtg, susah nk dihalau balik ke tempat asalnya dan aku akan dpt masalah lebih besar iaitu x mampu bekerja dgn sebaik2nya...lebih teruk lg aku akan layan MC hahahaha!

Knp aku tensi? Byk mcm hal. Kadang benda x berkait dgn hidup aku pun boleh mendatangkan tensi. Cth, org x nk tegur or bercakap dgn aku tanpa sebab. Tetiba je ada sesi, dia buat hal dia dan aku buat hal aku...oh dan aku baru perasan keadaan tu selepas beberapa hari berlaku.Lepas gigih berfikir aku masih belum dpt jawapan logik. Dan aku kena gigih pk dn pk lg...oh satu keadaan yg aku paling pantang nk hadap.

Aku jgk boleh tensi bila org x buat kerja dgn baik. Lebih kurang mcm melepaskan batuk ditangga, nk pulak kalau benda tu aku tahu boleh dibuat lebih baik. Jgn sampai aku yg buat sendiri benda tu, alamatnya padah lah org tu.

Ah, hidup ni ada mcm2 masalah yg boleh bikin siapa pun tensi. Org kata masalah jgn difikir sgt, buat x tau sudah. Hello, ada masalah yg boleh buat tak tahu...tp ada yg x boleh. Hmmm...masing2 punya pendapatlah. Bagi aku simple, hidup jgn bagi masalah pd org lain. Sesusah mana pun hidup aku, seboleh mungkin aku tak mahu susahkan org. Bukan bermaksud aku ego, tp x mahu jd manusia manja. But, if aku x jumpa jalan keluar barulah aku mintak tolong org.

Udang berlumur tempoyak dan cili dlm kuali ;-)
Tetiba rasa mcm malas nk mengarang, so korang layan la gambar yg aku masa time tgh melayan tensi. Kali ni aku masak udang tempoyak versi menjadi dan sedap, tahap kepedasannya pun boleh buat telinga berdesing, Mahu cuba? Bila2 aku free, aku tempek resipinya yg sangat mudah ok. Bye

Thursday, September 1, 2011

Beto Oh Beto...;-)

Beto-Gambar Mr. Google
...Beto? Beto Kusyairy? Serius, aku x pernah tau nama tu. Dgr org sebut apatah lagi.   Eh, jap2...rasa2nya aku pernah sekali la tgk nama dia terpampang kat tv bujang aku yg bersize 21 inci (beberapa thn lepas). Hah, betullah...ada2...tp aku x amik pot sgt la time tu. Eh, tak juga...sebab aku ada try search ttg dia kat Internet. Tp time tu x byk info yg aku dpt mengenai dia...so buat dek je la ;-p.

Citer ni mkn dlm dowh...tahniah Beto sebagai Rosli Dhoby. Ceh...ceh puji gitew, gua ikhlas ni bro x dak udang2 sebalik mee goreng mamak bagai...serius ikhlas niii ;-p
Beberapa thn kemudian (cewah...cam tgh wat drama pentas lak), ada 2/3 drama lakonanya diupload kat you tube. Hey, byk lak dia berlakon...eh...ke aku je yg ketinggalan LRT...hukhukhuk sadis sgt gitew khenn! Salah aku gak kot, cuz x berapa minat nk nonton citer2 Melayu kat tv...bukan la nk kata aku ni versi pandang ke Barat...cuma kadang tu bila tgk drama Melayu yg klise naik nyampah lak, tah bila kala nk maju gamaknya!

Bila aku jumpa Sesungguhnya dan Uri lakonannya...Sejak tu, aku mula rajin search pasal dia kat Mr. Google, rupe2nya mmg la sah aku ni tertinggal flight...dh byk pun entry kat blog-blog pasal dia. 

Serius...bila drg ni dicouplekan sgt sweet ;-)
Nurkusyairy Zakuan bin Osman (tetiba lak font kaler romantik gitew...so gedikz iolls ni kheen...*wink*). Begitulah nama sebenar dia yg aku baca kat satu blog ni, yg memuja-muji bagai tiada habisnya pasal dia, tp sori dia dh ada yg punya...hukhukhuk biasalah handsome and nice guy already taken ;-(

Ok, apa yg m'yebabkan aku pun gedikz gak nk buat entry pasal dia ni kat blog aku? Hehehe...alasan2nye adalah seperti berikut:-
1. Dia handsome-sapa x setuju byr sendiri teh tarik korang!
2. Dia smart-ko ado?
3. Kulit dia x putih mcm pempuan-motif?
4. Bila dia senyum, aku pun berjangkit senyum gak-sgt gedikz khennn!!!
5. Senyumnya so sweet-bikin hati cair beb!
6. Dia mmg sesuai jd hero Melayu-dia sgt Melayu hokeyyy!!!
7. Cara dia act, sgt natural, sempoi + bersahaja. Kadang tu x nampak mcm dia tgh berlakon pun (terutama bila dia dicouplekan dgn Sharifah Amani-so sweet jek, agak2 bini dia reti jeles x tgk 'kimia' derang ni?)-tp kalau dicouplekan dgn Fasha Sanda or Lofa (Neelofa) x sweet la...ceh...ceh...ceh ayat2 dengki binti mengade.
8. Dia ada quality yg sgt hot sebagai actor. Kira gagah bin perkasa la sebagai hero.
9. Akhir sekalinya, aku in luv sejak mengamati wajah klasiknya tu-kiranya muka versi susah nk jumpa dh zaman 'aliran K-Pop' ni...tetiba khennn...so bila berlakon citer ala2 sejarah ni mmg sesuai sgt la dgn muka dia.

Sgt Melayu khenn muke beliau...
Google dan google lg...akhirnya mr. google 'dedahkan' dh byk drama dan ada a few films lakonan hebatnya.  Huh, hampehhh...nape la aku lambat kenal mamat neh???

Now tgh looking forward to all his works, tak kira lah drama, film or apa2 je la.  kalau boleh, nak tengok  lakonannya. Member aku kata, selain berlakon dia pun rajin buat stuntman termasuk utk Cicakman & Bilut-ye ke info nih? kalau betul?...hayo...rugi tuh muka smart2 kasi buat stunt jek, rabun ayam hape???


Btw, otak dh imprint rupa dia yg sgt sempoi mcm dlm drama Sesungguhnya & Uri. Serius, aku suka tgk muka dan kelaku dia dlm drama tuh.  Dek dh minat sgt kat Beto ni, aku siap like page dia.  Huhuhuhu sgt gumbira jiwa raga gua...tetiba gedikz khenn!

Gosip pesbok kata ini soulmate beliau-Gambar curik kat Mr. Google
Walaupun...ye walaupun dia tak kenal siapa pun aku ni, i would like to wish him all the best in his career, live happily ever after with soulmate dia yg cute tu.  All the best, Bro...!!!

Hampeh, aku miss tgk muka dia dlm Rosli Dhoby, Cita & Cinta, Kashaf Imani...dan byk lg agaknya...tp aku ttp gigih cari sampai jumpa...hahahahaa! Dan, hope i day aku dpt jumpa dia 4 mata...snap gambar dia byk2...sembang smpi lebam...hahaha poyos!!!
 

Erti sahabat?