.

Friday, January 13, 2012

Macam-macam ada...

Kami lepas acara Potluck..segala pinggan mangkuk dok tunggu tu (kalau nk tgk gambar acara Potluck kami, boleh skodeng kat https://www.facebook.com/pages/Majalah-Jelita-Rasmi/121820151211007)
…mlm td tak lena tido, badan rasa lemau semacam…nk demam agaknya walaupun baru je lepas demam, batuk n selesema. Ikut hati mmg nk sambung tido lg, kalau x kerana pg ni ada xtvt Potluck kat opis mmg aku dh amik EL or MC! Hehehehe…

…mlm td dh buat rombongan dgn geng opis memborong barang2 kat NSK Jln Kelang Lama. First time p, suasana NSK mmg best cuz besar dan ada mcm2 brg. Rambang mata, nk pulak aku mmg hantu pasar…paling suka dpt tgk ikan…udang…sotong dan mcm2 lg! Pelik ke? X de la pelik pun kan!

…sampai rumah, dh kul 9pm. Mandi dan kuar mkn sat kat Hayaki-bantai Mee Sup n Nes Ais. Mee Sup x luak mana, x tau la kenapa…sama ada kurang sedap or badan yg penat.

…balik terus terkam bahan2 utk masak pg esok. Aku plan nk buat Sambal Tumis Sotong dan Sayur Campur Moden (…gatai bg nama canggih skit). Membersihkan sotong amat lah lengguhnya dibuatnya, nk pulak aku sibuk dok buang kulit sotong tu. Aku x berapa gemar mkn sotong yg ada kulit, nanti melekat2 kat celah gigi. Sotong nk kerjakan sotong sebanyak 1 ½ kg tu bukan ler kerja senang…remeh-temeh betui!

…kemudian potong segala sayur yg nk digoreng sok, ada brokoli, carrot, cendawan jepun, kacang sepat dan cili besar. Bubuh je la, malas nk pk sayur apa yg sedap…sebab byk sayur ada kat NSK tu. Kalau ikut aku, masak lemak pucuk paku or tumis kicap yg the best sekali.
Tgh tumis sambal
Dah jadi sambal
Sayur campur moden
...dekat pukul 1.30am siap proses semua bahan utk dimasak. Bukan apa, senang kerja sikit… bangun pas Subuh tu boleh terus masak. X de la terkial2 nk potong itu ini, cili pun dah siap blend. Jd, senang kerja ;-)

…Mula2 buat Sambal Tumis Sotong, amboi kembang kempis hidung menahan pijar cili. Siap je, terus masak sayur pulak. Perghhh lengguh la pg2 dh masuk dpur, sok kalau dh ada anak mcm mn la gayanya ;-(

…kul 8.30 siap masak. Mandi dan bersiap p kerja. Tapi yg x bestnya jalan sikit punya jem…entah apa hal x tau. Yg pasti aku nampak lori DBKL dok kat line paling kanan sibuk siram pokok. Muka pemandu lain x yah ceritalah, x kuasa nk pandang…semua emo semacam je. Biasalah, pg2 kena hadap jem, sapa suka kan!

…masuk opis, rupanya ramai lg yg x sampai. Sibuklah sediakan juadah masing2 agaknya tu. Yang pasti, bila semua masuk pakat bawak bekas masing2.

Syikin (Norashikin Md Nor) bawak Samal Tumis Sardin, Kak Emma (Sarimah Husin) bawak Gulai Lemak Ikan, Kak Zeda (Raja Azeda Raja Uda) bawak Ayam Goreng Special, Izni (Nurul Izni) bawak Sayur Jawa (…hala yg ada tempe, suun n kacang pjg bagai tu) Sambal Belacan n Cup Cake Oren, Ila (Shahila Ahmad) bawak ulam-ulaman, Fred (Mohd Fadzli) bawak Pulasan, Longan, Pisang dan Duku Langsat. Chot (Ridhuan Ramli) pula bawak Longan Dalam Tin utk buat minuman, Ai (Aishah Muhamed Shah) senyum lebar dengan Puding Milo Susu yang kali pertama dibuatnya.

…acara Potluck kami sgtlah sederhana tp meriah dgn tetamu. Alhamdulillah, share rezeki serba sikit. Hujung tahun nanti baru jumpa Potluck lg (biasanya dlm bulan Syawal).
Can't sleep-huh stress ooo
…now, rasa sgt2 lemau n nk tido. Baru perasan, sejak 2/3 menjak ni asyik x lena tido. Mimpi pun pelik2, tp x kuasa la nk pk nanti migraine pulak!!!

No comments: