“ABANG, kenapa suka sangat campak tuala basah ni atas katil?
Lepas guna, letaklah di tempatnya, susah sangat ke? Hish…penatlah saya asyik
cakap benda yang sama saja!”
Kebiasaan membebel atau mengomel seringkali disebabkan
perkara remeh, misalnya kebiasaan suami meletakkan pakaian kotor sembarangan
atau bertangguh tugasnya membuang sampah.
Bagaimana pun, kebiasan ini tidak boleh dipandang remeh.
Beberapa kajian menunjukkan sikap ini boleh menimbulkan konflik dalam rumah
tangga dan membawa pada perceraian.
Kebiasaan ini juga dikatakan lebih membahayakan perkahwinan berbanding
kecurangan.
Ketika suami atau isteri membebel, pertengkaran mungkin
boleh berlaku. Apatah lagi jika pasangan fokus pada perkara yang menyebabkan
bebelan dan tidak berusaha untuk mencari penyelesai akar masalah itu. Konflik
seperti ini, jika dibiarkan atau sering terjadi dalam hubungan suami isteri
boleh menyebabkan terjadinya perceraian.
Membebel juga biasanya ditutup dengan sikap menuduh. Pada
awalnya, anda mungkin hanya mengeluhkan kebiasaan suami tidak meletak barang di
tempat asalnyanya. Namun, bebelan itu kemudiannya membawa pada pernyataan yang
membuat pasangan berasa dihakimi. Misalnya, anda mengatakan pasangan sebagai
individu yang tidak terurus, tidak bertanggungjawap dan pandangan buruk
lainnya. Inilah yang membuat bebelan anda memberi kesan buruk pada hubungan
suami isteri.
Ungkapan beremosi ketika membebel perlu diatasi sebaik
mungkin. Anda harus berubah dan ada kesedaran dari dalam diri untuk memperbaiki
diri sekali gus keluar dari kebiasaan buruk ini. Jika maksud bebelan anda
adalah mengingatkan suami untuk tidak mengulang kebiasaan yang menganggu anda,
alihkan ‘sesi membebel’ itu dengan cara lain.
Kesedaran ini boleh muncul kerana pelbagai perkara. Misalnya, anda mulai sedar untuk tidak membebel kerana kehadiran anak. Anda dan pasangan pasti tidak mahu bertengkar kerana hal remeh-temeh di depan anak, bukan? Apa pun alasannya, anda dan pasangan harus mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menghentikan segera kebiasaan ini.
*Petikan daripada Majalah Jelita 2012
No comments:
Post a Comment