.

Saturday, January 26, 2013

Akhirnya jejak Taipei World Financial Center...

Bangunan2 sekitarnya sgt menarik...
Kepesatan...view dari 101 Tower, Taipei
Nak pacak gak kat sini hehehehe...
 

Tempat beli tiket

Wang emas giant size ^_^

Pemandangan kat depan 101 Tower
Sesi pose

Butik berjenama 'meriah' betul dalam gedung ni
Pemandangan waktu mlm...sgt la chantek

Perghhh...tersergam tgh2 bandar
'Meletup' uolls!!!
Budak gemS sibuk posing dlm 101 tower *_*
…YessS!!! Akhirnya, dpt juga menjejakkan kaki ke Menara Taipei 101. Ya menara tertinggi di dunia yang berada di Taipei, Taiwan. Bangunan pencakar langit setinggi 101 tingkat dengan ketinggian 608 meter ni terletak di Xinyi (atau dipanggil Taipei World Financial Center).

…dalam pelbagai aspek, bangunan ni pernah dinobatkan sebagai pencakar langit paling maju. Bangunan ni mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan hingga 1 gigabit per saat. Toshiba telah menyediakan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan puncak mencapai 16.83 meter per saat (63 km/j ) dan lifnya mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat dan pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91.

…satu teknologi untuk mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan pada ancaman gempa bumi, taufan dan angin. Teknologi ni bagus sebab mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.

…101 tower ni dibuka secara keseluruhan pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baru dan dirasmikan Presiden Taiwan, Chen Shui-bian, Datuk Bandar Taipei Ma Ying-jeou serta Speaker Parlimen Wang Jin-pyng.

…yg bestnya, di dalam menara ni juga ada pasar raya setinggi enam tingkat, butik berjenama, restoran, dan tarikan lain termasuk kelab malam.

…dari 2004-2009, Taipei World Financial Center  memang yg tertinggi di dunia. Tapi, sejak Januari 2010, menara ni dikalahkan Burj Khalifa, Dubai dengan ketinggian 818 meter. Apa-apa pun, lifnya masih yg terpantas di dunia ^_^

.....tqvm kepada Scenic Leisure & Event  (SLE)  dan PHP Travel & Tours Sdn. Bhd atas jemputan menyertai trip ni dgn ucapan lain kali jemputku lagi hihihi. Hokey, setakat ni dulu. Nanti aku update story lain sepanjang berada di Taiwan ok.

2 comments:

emef-i said...

Cerita lagi masa kat Taiwan..apa lagi yang menarik??

snapsqueen said...

...will do, tq baca blog ni ^_^