.

Thursday, January 10, 2013

Artis popular minta token utk photoshoot...

...hohoho, tetiba dtg mood nak ajak korang 'bergosip-gosipan' (...act nak luahkan rasa marah hahahaha). Ok merujuk tajuk post ni, aku mmg gatai jari-jemari nak mengetuk story pasal aktres popular sorang ni. Mmg la dia tgh popular, sana sini drama dok tempek muka dia...ok la dia popular.

...tp aku bukan nak cerita pasal dia popular atau tidak. Cuma nak sebut beberapa perkara, terutama berkaitan urus kerja dgn org media. Rasanya korang sedia maklum, apa fungsi orang media, bukan! Kami cari berita, segala maklumat utk pembaca. Sama ada berita pasal negara, ekonomi, cuaca, pertanian atau hiburan. Itu semua bergantung pada skop masing-masing.

...dan aku bekerja di majalah gaya hidup wanita. Banyak perkara dan topik yang kami kupas setiap bulan, termasuk hiburan. Biasanya, untuk cover kami tempek muka selebriti. Artis popular sorang ni antara cadangan nama sebagai cover dan aku rasa dia sesuai juga jadi cover walaupun byk kontroversi. Mungkin ramai yang menyampah baca cerita dia, tapi aku pasti ramai juga yang nak tahu. Ok fine, kita set buat cover.

...sayangnya, ketika berurusan dengan PA si artis popular ni aku naik hangin sekejap apabila tiba2 dia bertanya soal token. Hello, sejak bila media beri publisiti kepada artis kena bayar token? Lain la kami panggil buat show atau berlakon!

...walaupun sentap, aku masih melayan soalan2 si PA dgn profesional. Tambah si PA ni lagi, waktu buat photoshoot dgn satu majalah ni (x yah la sebut majalah mana kan), artis popular ni diberi token sejumlah 2K. OMG!!! Serius!!! Sejak bila perkara mcm ni berlaku???

...bab carikan pakaian dan makeup artist tu mmg aku nafikan, tapi bab kena bagi token tu aku rasa ini pertama kali dgr berita mcm ni. Waima buat photoshoot cover dgn penyanyi no 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza pun tak pernah dia minta token. Begitu juga dengan Erra Fazira, Ella, Lisa Surihani, Ziana Zain dan ramai lagi. Mereka atau PA mereka tak pernah sebut pasal token utk datang photoshoot!!!

...sekali lagi, sejak bila perkara mcm ni berlaku? Betulkah artis popular (dramatis senang ckp) ni tetapkan kena ada token kalau nak panggil photoshoot? Aku teringin sgt nak bercakap sendiri dgn artis kontroversi ni. Nak tanya dia, kena diva sgt!!! Anda belum tahap DIVA ok, even artis tersohor yg diberi julukan DIVA pun tak pernah buat perangai DIVA mcm anda.

...huh, mcm2 dunia hiburan ni. Skrg aku kena buat siasatan, betul ke ada magazine or paper yg beri token kepada dramatis ni utk photoshoot. Kalau betul, mmg tak lama lagi industri hiburan ni dah makin 'menakutkan'. Kalau tak betul, siaplah!!!

...oklah korang, chow dulu, sebelum amarah aku semakin mengarut2 pulak lepas ni. Setakat ni dulu laporan meja berita aku hahahaha...bye!!!

No comments: