.

Saturday, February 16, 2013

Konsert Anuar Zain 3 Dekad...Auranya luar biasa




Layan...berbaloi...puas hati

Penuh stadium

Ini gambar Google.Com

Hehehehe...
Berbaloi kerja mlm minggu uolls

...akhirnya Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta &Sanubari bertemu peminat setianya dia Stadium Malawati, Shah Alam. Selain cover konsert utk bahan berita, aku sendiri mmg teruja nak tgk x-factor jejaka idaman Malaya nih.

...serius, konsert ni mmg kena bagi 5 bintang (*). Sepanjang 2 jam persembahan. Bagi aku (secara peribadinya) konsert ni lengkap hampir kerana setiap aspek cukup teliti termasuk vokal, susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan.

... lebih penting, suara Anuar tak pancit langsung dan pastinya yg paling diingati peminat 'aksi romantis & nakal' nya menarik perhatian penonton. Sorakan dan jeritan kuat penonton mengisi segenap ruang stadium setiap kali Anuar mengusik dgn gurauan dan telatahnya. Pendek kata, penyanyi popular ni berjaya memukau lebih enam ribu (kalau x silap la) penontonnya.

... Anuar buka tirai konsert jam 9 malam menerusi lagu I'm The Lucky One dengan iringan 26 pemuzik bersama empat penyanyi latar. Seterusnya, Bila Resah yg mendapat sentuhan baharu di bawah pimpinan Mac Chew.

... selain lagu rancak Selamat Pagi Sang Suria,  Anuar menghiburkan peminatnya dengan lagu popular termasuk Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Ajari Aku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu, Ketulusan Hati, Bidadari, Semua Untukmu, Kain Pelikat, Teman Terulung dan Lelaki Ini.

... bukan saja kemunculan Nora Danish di pentas (yg disambut Anuar dgn penuh mesra dan romantis) suasana stadium gamat apabila Anuar mendendangkan lagu Cinta Tak Harus Memiliki bersama tiga penyanyi wanita Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira sebagai penyanyi iringannya. Lebih menarik lagi, klip video lagu terbaharu berjudul Sempurnakan Aku buat julung kali di hadapan khalayak.

...  bukan hanya kekuatan vokalnya yg konsisten dan lantang, malah persembahan Anuar juga berlatarkan paparan visual menarik pada setiap lagu dan pencahayaan berwarna-warni.

... 2 jam bagaikan tak terasa, sedar2 Anuar melabuhkan tirai persembahan dengan lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih.

... selain penonton, kedua ibu bapa Anuar, kakaknya penyanyi Ziana Zain dan rakan artis lain seperti fara Fauzana, Hafiz, Fazli Zainal dan Datuk Rahim Razali.

...yg pasti, menonton konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari cukup berbaloi.

No comments: