.

Sunday, February 10, 2013

'Kak Har' & kekhilafan diri...

... aceli aku x tahu nak mula dari mana citer ni. Serius, benda yg berlaku depan mata ni cukup mengganggu emosi. Semuanya berlaku secara spontan apabila aku tergerak hati nak ziarah dan melawat tapak 'Kak Har' berniaga.

...siapa 'Kak Har'? Tak perlu la aku gebang pjg2 pasal siapa dia dlm hidup aku, cukup aku katakan...dia seorg wanita yg sgt aku hormat dan syg. Dia sentiasa ada utk dgr bebelan dan emosi aku. Dia juga selalu berkongsi cerita2 lawaknya, pendek kata kami berkongsi byk benda bersama.

... nak dijadikan cerita, hari ni lepas siap mengemas rumah, update blog neh (^_^). Aku tergerak hati nak p ziarah 'Kak Har', lagipun dah byk kali dia ngajak dtg ke tapak dia berniaga secara kecil-kecilan. Aceli aku masih rasa mcm mimpi bila 'Kak Har' ckp dia dah berhenti kerja dan skrg berniaga sepenuh masa.

...ye aku tahu, 'Kak Har' mmg suka berniaga. Sepanjang mengenalinya mcm2 benda dia dah jual, dia suka cuba mcm2. Mulanya aku x setuju apabila 'Kak Har' nak berhenti kerja, selain anaknya agak ramai. Aku rasa dia masih muda dan bagi seorang wanita berpelajaran sepertinya cukup syg kalau dia
pencen' awal.

... tapi dah tertulis rezeki 'Kak Har' makan gaji x lama. Akhirnya, daripada part time skrg dia jd peniaga full time. Aku x mampu kata apa2, keadaan memaksa dia perlu 'pencen' awal. Walaupun minggu2 pertama tu dia nampak down, tapi lepas tu aku tgk dia dah normal semula (kepada 'manusia' yg buat dajal kat 'Kak Har', percayalah balasan Allah itu pasti dtg pada Lu!).

... sejak berhenti kerja 'Kak Har' sibuk membaking. Badan dia dah mcm bau roti dan kek hari2... kemudian bau laksa, mee kari dan bau pasar mlm. Tapi biasalah, adat org berniaga pasti ada pasang surutnya. Apa lagi bagi org baru mcm dia.

...setelah agak lama x bertemu muka dan bersembang, hari ni aku menziarahinya. Lagipun teringin nak merasa makanan yg dijualnya. Aku juga rasa bersalah sebab sebelum ni aku x sempat ziarah tapak dia berniaga. So kiranya hari ni membalas hutang lama la kan.


Gigih...
... aku sampai kat gerai 'kak Har' sekitar jam 3pm. Time ni tak ramai org dan dia pun nampak relax skit. 'Kak Har' nampak comel dengan apron tergantung kat badan. Dia sengeh lebar bila nampak muka aku terjongol dpn gerainya. Muka cerianya yg menyambut kedatangan aku, buat aku rasa sgt bersalah dan malu.

... 'Kak Har' maintain ramah dan mesra menyambut aku, walaupun muka dia berkilat dipanah mentari. Dia jemput aku duduk dan hidangkan maknan yg dia jual (tauhu bakarnya meletup uolls!). Kami chit-chat2 byk hal, dia teruja bertanyakan kesibukan aku.

...lama kami bersembang, pada masa sama aku ralit memerhati gerak -geri 'Kak Har'. Langit petang berlabuh, aku nampak 'Kak har' terkocoh2 mengemas gerai. Rupa-rupanya dia dapat sms drpd hubby, x boleh dtg on time sebab ada kerja so 'kak Har' kena naik teksi sebab anak2 ada di rumah tanpa jagaan.

... beberapa kali dia minta maaf daripada aku sambil dia dok kalut kemas gerai. Aku tolong apa yg patut, ikut kalut dibuatnya. Memandangkan plan nak balik ke rumah Ma ditunda malam nanti, aku offer diri nak hantar dia balik. Aku bg alasan dah lama x jumpa anak2nya.

...'Kak Har' peluk erat bahu aku, sambil sepasang matanya yg comel berkaca2. Lepas berkali2 ucap terima kasih, dia terus kalut mengemas. Paling aku tak tahan apabila tgk badannya yg kecil digagahkan utk angkat meja, payung dan semua peralatan jualan. Ya Allah, tabahnya 'Kak Har'.

...sekonyong2 aku diserbu keinsafan, betapa selama ni aku asyik merungut pasal kerja, stress dan tension yg aku lalui setiap hari. Mcm tak reti nak bersyukur atas nikmat yg Allah beri. Melihat 'kehidupan' 'yg dilalui 'Kak Har' aku sgt2 terpanah dgn kekhilafan diri. Ya Allah, ampunilah aku. Maafkan kekhilafanku selama ini.

Berdikari...
... selepas teman 'Kak Har' beli bekalan jualan utk esok, aku pecut kereta kecilku laju2. Air mata tak tertahan nak tumpah, aku x nak 'Kak Har' nampak nanti dia byk tanya.  Sampai di rumahnya, kami disambut keriangan anak2 kecil yg ceria di muka pintu. Anaknya yg paling kecil rakus menarik plastik di tgn 'Kak Har'. Biasalah budak2 kan...

... belum pun hilang penat berniaga dan membeli bekalan di pasar, 'Kak Har' sibuk menyiapkan makanan utk anak2nya. "Macam ni la akak hari2, Nn. Dah biasa, pergi la duduk kat depan sana. Akak bole buat ni," kata 'Kak Har' apabila aku cuba nak bantu dia di dapur. Aku buat x reti je, terus potong sayur utk di masak. "Kerja sendiri mcm ni la, Nn. Kena kuat semangat, dugaannya tak sama mcm kita mkn gaji. Nn jaga la kerja elok2, kalau nak buat bisness kena plan betul2. Kerja Nn dah bagus skrg, akak bangga tau."

...ya Allah, sayunya hati dgr kata2 'Kak Har'. Petang ni, aku dpt pengajaran paling besar..."Jangan TAMAK dgn nikmat Allah, kena muhasabah diri. Biar hidup berkat, hati tenang."

No comments: