.

Sunday, March 31, 2013

Kenapa perempuan mesti 'bekerja'...?

Hari ni entry aku agak serius sikit ye. Serius khusus untuk teman2 pembaca berjantina BINTI @ wanita @ perempuan.

... entry ini berkenaan tajuk post di atas. Ye, kenapa dan mengapa perempuan @ wanita mesti (harus) bekerja. Ini pendapat peribadi aku, if ada yg nak membangkak or tak setuju tiada masalah. Masing-masing ada pendirian dan pandangan sendiri, aku menulis di sini sekadar mahu berkongsi satu insiden 'menarik' membabitkan sepasangan suami isteri yang aku kira boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian. Apa pun aku share 'kan dulu insiden yang dimaksudkan.

Lokasi: Pusat beli-belah, The Mall (bersebelahan Hotel Sunway Putra KL-bangunan    PWTC)
WAktu: 12.30 tengah hari
Tarikh: 30.03.2013

Perkisahan:-
Isteri: Bang, cantik blaus ni 'kan? (sambil senyum mesra dan mengenyit mata ke arah suaminya)
Suami: Hmmm...(menjawab dengan nada acuh tak acuh....mukanya jelas nampak dia kebosanan)
Isteri: Boleh tak saya beli baju ni, Bang? (wajahnya masih manis dan senyum mekar di ulas bibirnya)
Suami: Tak payahlah... (menjawab sambil matanya sibuk membelek jam di pergelangan tangan)
Isteri: Ala...tadi Abang beli empat pasang kemeja, seluar dengan kasut. Saya mintak sehelai pun tak boleh ke?
Suami: Saya bekerja, kena pakai baju banyak. Awak beli baju nak buat apa, duduk kat rumah je pun. Tak payah nak membazir, setakat duduk rumah aje awak pakai baju yang ada cukup. Tak ada siapa nak tengok awak pun, saya dengan anak-anak aje. Dah, jom saya lapar ni. Rimas tengok anak-anak berlari sana sini, dah la orang ramai ni.
Isteri: Sehelai je, bolehlah Bang. Tak mahal pun, RM39.90 aje.
Suami: Daripada beli baju tu, baik saya buat isi minyak ke office esok. Dah, jom balik!!!
Isteri: (Dengan wajah kecewa meletakkan semula blaus yang teringin dibeli, wajahnya satu dan jelas sekali kecewa.
Saya: (Panas telinga & panas hati...hehehehe)

* Apa moral yang anda dapat daripada perkisahan di atas???

Berdasarkan pemahaman dan prinsip hidup aku dari dulu hingga sekarang (memang tak pernah berubah seinci pun), wanita @ perempuan sama ada masih bujang atau sudah berumahtangga mesti 'ada duit sendiri'. Ye, mesti! Tak boleh tidak!!!

Sebabnya? Uolls renungkan sendiri perkisahan di atas. Itulah kejadiannya apabila perempuan tak ada duit sendiri, nak beli baju sehelai pun 'terpaksa' meminta daripada suami. Kalau kita ada duit sendiri, jangan kata sehelai...sure berhelai-helai  kita dapat borong 'kan?

Dan secara peribadi, aku cukup panas hati dengan lelaki yang tak tahu menghargai pengorbanan seorang isteri. Tahukah mereka (lelaki khususnya), wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa itu lebih penat berbanding wanita bekerja. Betul dia cuma duduk di rumah, tetapi dia bukan hanya duduk goyang kaki...silang-panggung bagai ye!!!

Seharian di rumah, ada saja yang dia kerjakan. Siapkan buat sarapan, anak-anak ke sekolah, membasuh, mengemas, masak, lipat baju, ambil anak balik dari sekolah. Malah tugas dia tidak habis sampai ke malam (termasuk perlu melayan 'kehendak' suami).

Pendek kata, terlalu banyak yang perlu dikerjakan. Sayang, ada segelintir lelaki/suami masih 'berani' dan sampai hati menyifatkan suri rumah 'tak buat apa-apa' di rumah. Serius mereka tak buat apa-apa? Cuba sehari anda (suri rumah), betul-betul memang tak buat apa-apa di rumah, aku percaya kaum lelaki/suami takkan berani buka mulut mengata anda tak buat apa-apa lagi! Tak percaya, cubalah ^_^

Wanita mesti ada (pegang) duit sendiri bukan saja untuk memenuhi keperluan diri sendiri (misalnnya untuk membeli-belah), malah membina keyakinan diri. Kenapa? Aku selalu tengok dan dengar (terutama pengalaman teman-teman rapat) keluhan suri rumah yang diperlekehkan suami sendiri gara-gara tidak bekerjaya.

Mereka dilihat seperti tiada 'nilai', tiada sumbangan kepada rumah tangga. Serius? Yup, hanya kerana mereka tidak bekerja dan mampu pegang duit sendiri. Kata-kata seperti, "Awak tak kerja, tak tahu apa-apa. Jangan nak banyak bunyi sangatlah, diam-diam sudah!", perkara biasa dipendengaran mereka. Sangat sadis bukan?

Aku tak berniat nak kondem kaum lelaki/suami tetapi kebanyakannya begitulah. Sebab itu aku katakan, wanita ada duit sendiri itu penting. Sangat penting sebagai persediaan jika berlaku sesuatu yang tak dijangka seperti penceraian, kematian atau lain-lain.

Tak terniat di hati aku nak tunjuk pandai, mentang-mentang aku masih bekerja malah gila kerja. Aku bekerja bukan hanya untuk keperluan diri, malah demi kelangsungan hidup dan percaya diri dan aku yakin nilai wanita bekerja/ bekerjaya itu lebih tinggi.

Jadi, dipendekkan perkisahan ini dengan kesimpulan bahawa wanita memang perlu 'bekerja'. Tak kisahlah dalam apa bidang atau cara sekali pun, yang penting boleh menjanakan pendapatan. Sekarang banyak sekali kemudahan hasil kepesatan teknologi. Jadi, asah bakat dan kemampuan diri untuk cipta 'dunia' anda. Misalannya, kalau Uolls boleh memasak, boleh cuba jual hasil masakan anda melalui talian (online bisness) atau Uolls minat bidang fotografi boleh gunakan minat juga kemahiran yang ada untuk menjana pendapatan. Dengan kata lain, banyak cara boleh digunakan untuk 'pegang duit' sendiri.

Dan buat kaum lelaki/suami, hargailah isteri anda. Jangan menilai isteri anda dengan 'cara mudah', tetapi fahami dan hargai pergorbanan mereka sebagai 'timbalan' anda dalam mengemudi rumah tangga.

...ok, itu saja celoteh saya  dan sekarang aku nak share barang-barang yang diborong waktu membeli-belah di The Mall (oh ya, lupa nak beritahu pusat beli-belah ini ditutup secara untuk beberapa tahun - sebab itu ada jualan murah)

Murah....murah...tapi sepasang pun tak beli
Teman membeli-belah, Shahila @ Ila
Juga teman membeli-belah, Nurul Hazirah @ Azie
Ini di Dewan Festival Kasut-PWTC, abg ni bersila bagai tunggu isterinya shopping kasut hehehehe bagus tak abg ni?
Mak beli kasut, anak bujangnya rajin meneman dan tolong cari kasut yang sesuai. Bagusnya kan, siapa kata tak ada lelaki yang bagus? Masih ramai ye.
Posing lagi hehehehe
Ila dan Azie di tapak pameran Jimmy Choo
Kakak ni pula bersila bagai sambil menunggu suaminya shopping kasut
Kita posing dulu...hehehehe
Ila pun posing jugak hehehehe
Lepas tu kami melencong ke Jalan TAR cari stock novel
Ini...Majalah Jelita tak perlu beli, tiap2 bulan dapat FOC
Dan ini saya beli..., kata Ila sebab aku terpengaruh dengan cover novelnya ada gambar kamera hehehe...
Ini..aku tak dapat beli sebab tak ada size. Sangat sedih...hukhukhuk
Hasil borongan, ada sebahagian lagi dalam kereta tak larat bawak naik rumah
Jeans pilihan aku ^_^
Antara barang borongan, Periuk harus ada
Sesi rasmi periuk baru dengan masakan Ikan Siakap Asam Pedas Kaw-kaw...




2 comments:

Unknown said...

salam,..maaf sekirannya ape yang akan sy ckap ni menguris perasaan sesiapa..tapi pada pandangan sy sebagai seorang lelaki muslim..disebabkan wanita bekerja lah banyak berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat kita hari ni..kerana kebanyakkan wanita yang bekerja tidak mempedulikan masalah kahwin lewat lalu terjebak ke lembah maksiat. selain itu,disebabkan perempuan bekerja jgk lah berlaku kepincangan didalam institusi kekeluargaan.

snapsqueen said...

Salam...terima kasih atas pandangan dan komen Mohd Syafiq, walaupun agak menyimpang daripada maksud penceritaan saya di atas. Masing2 ada pemikiran sendiri, saya tiada masalah dgn komen ini. Dan, terima kasih kerana mengunjungi blog sy *_*