.

Wednesday, March 13, 2013

Unfaithful...

... lama jugak tak 'lepaking' with 'Selipar Jamban' (nama sebenar dia tak payah bagi tahulah ye, aku gelar dia 'Selipar Jamban' sebab selain dia suka pakai selipar jamban, dia memang banyak koleksi selipar jamban. Kalau kasut dia hilang kat surat, dia rela pi pinjam selipar jamban daripada sauk kasut or sandal orang lain...dia memang 'selipar jamban mania'), kalau menyapa pun hanya di inbox FB. Itu pun jarang sgt, maklumlah pakat2 sibuk memenuhi tuntutan kehidupan yg semakin mencabar.

...tup2, tgh hari tadi...tgh2 aku sibuk dgn fashion shoot kat studio, dia (Selipar Jamban) sms ajak lepaking lepas kerja. Kebetulan, hari ni tak byk benda nak dibuat. Order 'semekut coklat' pun dah disiapkan semlm, tinggal tuannya dtg ambik je.

... 9.30 mlm, aku standby kat tempat yg dijanjikan. Tak sampai 10 minit, Selipar Jepun sampai. Masih lengkap dgn pakaian opis. Cuma muka nampak penat dan kusut (plus...berselipar jamban), dari jauh dia dah hadiahkan senyum. Tapi pada mata aku, nampak tak berapa nak berseri sgt senyum tu. Penat kot, aku cuba berbaik sangka.

... Selipar Jepun, mmg dari zaman sekolah sampai dah masuk umur 36thn, dia mmg tekun. Bagi apa saja pada dia, dia akan buat dengan bersungguh2. Sgt gigih, sebab itu ramai org suka dia. Awek jgn cakaplah, bersusun nak ngorat dia. Kalau dia pinang free2 pun depa sanggup kot ^_^

... ok, berbaik pada cerita pertemuan kami. Sebaik saja dia duduk, bau minyak wanginya terus menusuk masuk ke lubang hidung aku. Wangi giler... mcm nak dating dgn awek pulak *_*

Selipar Jamban (SJ): Lama tak jumpa ko, Nn!
Aku: Haah... ko kan mmg jenis cepat lupa diri...kan...kan...kan
SJ: Aku sibuk, byk tender nak kena submit. Ni pun aku dari opis. Ko sihat? Nampak cerah semacam je   muka, gemuk hahahaha.
Aku: Dah hari2 kerjanya mkn je, buntal la aku. Ko apa cer, tetiba muncul. Sure ada gosip baru, cer citer.
SJ: Kita makan dulu la, aku belum mkn dr tgh hari tadi. Lapar tahap cipan neh!

* Kami order Mihun Celup versi Thailand, Asam Boi dan Tembikai Laici

... aku tgk dia mcm tak bernafsu nak makan, katanya lapar. Dia juga byk diam, x murai mcm biasa. Hmmmm...apalah masalah member aku neh???

Aku: Wife...anak2, sihat? Lama x jumpa depa.
SJ: Anak2 ok.
Aku: Ko ada apa2 nak share dgn aku?
SJ: Nn...aku rasa...aku ni mcm bangsat sgt! Lelaki bacul...tak guna sesen pun!
Aku: Wey, apa ckp mcm tu? Jgn nak meroyan pelik2, cer citer elok.

SJ: Bini aku, Nn. Dia ada skandal dgn jantan lain!
Aku: ...(telan air liur, rasa mcm nak terkeluar segala isi perut)
SJ: Dia salahkan aku, konon sebab aku sibuk. Tak ada masa kat rumah dgn dia. Aku kerja Nn, bukan ke mana2 pun. Aku cari rezeki, Nn.
Aku: Mana ko tahu pasal hal bini ko tu? Jgn dgr ckp org, siasat dulu.
SJ: Aku jumpa gambar dia dgn jantan tu dlm FB. Diaorang pergi bercuti time aku ada kursus di KK awal tahun tu ari. Anak2 pun ada sama.
Aku: Kawan je kot, jgn la emo sgt.
SJ: Aku dah tanya dia, mula2 dia tak mengaku. Bila aku tunjuk gambar, dia terus 'tembak' aku. Kata dia, semua tu sebab salah aku. Aku tak bg perhatian kat dia. Aku sibuk cari duit, tak peduli hal dia dgn anak2.

... lama kami berjeda. Aku mati kata2. Dia dgn rupa kusut masai, tambah teruk. Aku tgk bola matanya memerah. Hidungnya yg mancung kembang kempis. Sesekali dia mengeluh, berat. Simpati aku padanya, berganda. Lebih kasihan kepada 3 org anak dia yg masih kecil.

Aku: Skrg mcm mana?
SJ: Aku tak tahu, Nn. Aku buntu.
Aku: Bini ko?
SJ: Dia tak kisah apa nak jadi pun. Bercerai pun dia tak ada de hal, masalahnya aku sygkan dia. Sayang sgt2, Nn. Ko tahu kan mcm mana susahnya aku nak dptkan dia dulu. Aku kerja keras skrg pun utk dia dan anak2. Aku tak mahu diaorg hidup susah. Aku nak diaorg hidup selesa. Tapi kenapa dia tak nak paham? Kenapa mesti hukum aku mcm ni?
Aku: Sabarlah, ini ujian utk korang. Cubalah baiki keadaan. Belum terlambat, kan.
SJ: Tapi aku rasa dia dah tak sygkan aku lagi.
Aku: Sejak bila benda ni, maksud aku sejak bila ko tahu hal kecurangan dia?
SJ: Bulan lepas. Masa tu aku cari gambar kami berdua utk buat kad ulang tahun perkahwinan kami. Aku masuk FB dia, cari gambar...tiba2 aku jumpa gambar tu (kemudian dia mengeluh, kuat jugak sampai naik juling bijik mata aku malu kat org yg pandang ke arah meja kami).

... kami berjeda lagi. Mmg berat masalah si Selipar Jamban ni, mcm2 hal ada. Kalau suami curang tu mmg hal biasa, tak pelik pun. Tapi, bila masuk bab bini curang ni mmg payah skit nak komen. Kena hati2, kalau tak habis.

SJ: Hati aku syak dia dah 'main' dgn jantan tu!
Aku: Astaga, ko jgn la sampai tahap tu. Itu semua 'racun' setan. Jgn burukkan keadaan dgn fikir bukan2.
SJ: Anak2 cerita, jantan tu keluar masuk rumah kami setiap hari. Duduk berdua2 dlm bilik, ko rasa?
Aku: Tapi ko tetap xde bukti nak tuduh bini ko sampai tahap tu.
SJ: Ah lelaki, Nn. Kalau dia baik, dia tak buat hal dgn bini org!!!
Aku: Ye la, tp ko still x boleh tuduh mereka dah berzina. Berat sgt tuduhan tu, boleh jadi fitnah dan dosa nanti (cewah...dah mcm ustazah lak kan).
SJ: Ko tahu tak, dah lama sgt kami tak 'bersama'. Dia tak manja mcm dulu2, dia dingin sgt dgn aku. Jgn kata nak layan, berckp pun kurang.
Aku: Sebab dia marah ko tak, ko selalu balik lambat...sibuk.
SJ: Sebab jantan tu dah 'sebat' dia, jd dia tak perlukan aku lagi. Sebab tu jugak dia tak kisah kalau apa-apa jadi kat rumah tangga kami.
Aku:...(geleng2 kepala...makin parah!)

.... dia order air Kopi Panas pulak. Stress sgt nampak gayanya, ye mmg. Siapa tak stress kalau duduk di tempatnya. Bini yg disayang setengah mati, ada skandal dgn lelaki lai. Siapa tak giler???

SJ: Aku syg dia, Nn. Tapi fikiran aku tak boleh terima perbuatan dia.
Aku: Cuba la ko bincang dgn dia baik2. Jumpa lelaki tu, tanya dia apa hubungan derang. Ko tak boleh buat tuduhan tanpa bukti. Apa yg bermain di fikiran ko tu mungkin hasutan setan semata2. Mungkin derang cuma berkawan.
SJ: Hati kuat 'kata' mcm tu, Nn.
Aku: Dgr nasihat aku, cuba dulu bincang dgn bini ko. Tanya betul2, jgn asyik syak...
SJ: (...potong SJ) Ko ingat dia nak mengaku? Pencuri takkan mengaku dia mencuri! 
Aku: Tak salah ko cuba, lepas tu ko jumpa kaunselor. Tanya derang apa nak buat, jgn buat keputusan ikut hati semata-mata.

... dia diam. Aku ikut diam. Aku harap sgt dia dpt fikir dan bertindak dgn waras.

... lepas 3 jam, kami bawa haluan masing2. Sebelum tu, dia janji akan call aku. Aku harap penyelesaiannya ke arah positif. Sama2 kita doakan mereka ye.

Korang pernah nonton movie ni? Menarik jugak, cuma ada beberapa bahagian 'blue' skit. Hehehehe...jeng otak dibuatnya. So jgn try tgk sgt eh.


*Aku pun stress jugak nak ingatkan balik rentatan sembang kami, tak adalah sebiji sama. Lebih kurang macam yang aku catatkan dan aku tak bermaksud nak aibkan sesiapa. Sekadar catatan buat pedoman kita bersama.


No comments: