Selain di dalam website smartparents.com.my, dia juga berkongsi ilmu itu di dalam beberapa buah buku termasuk Ibu Bapa Bijak Anak Hebat. Aku dah baca, memang berbekas di hati dan wajar dimiliki khususnya bakal ibu bapa. Ok, aku tak mahu sembang panjang-panjang. Jom kita baca 'bahan' yang dikongsi dalam blognya untuk pencerahan kita bersama. Di bawah adalah artikel tulisannya diblog yang saya beritahu tadi.
Sindrom Marah, Tengking & Pukul Anak Di Khalayak Ramai
Alhamdulillah hari ini saya ke udara lagi di Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Hosnya ialah M.Zul dan Faria. Bersama kami berbincang tentang bagaimana segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam.1. Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah "taman permainan" yang besar bagi anak-anak. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih "excited" tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain (jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah).
2. Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum tiba ke lokasi kejadian. Beritahu awal-awal beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan (jangan banyak sangat) dan apakah akibatnya jika ianya dilanggar (cth: balik segera atau ada hukuman lain).
3. Anak-anak kecil adalah pakar rundingan terbaik di dunia! Mereka gunakan taktik yang tidak boleh digunakan oleh orang dewasa seperti melembikkan tengkuk, mengelipkan mata dengan comel, dan juga menjerit sekuat hati sambil menangis dan berguling-guling di tengah-tengah shopping mall. Kita perlu bijak berunding dengan mereka - elakkan dari drama, bertegas dan jangan mengalah, alihkan perhatian dan buat perjanjian awal-awal.
4. Pertingkatkan IQ, EQ dan SQ (Intelligence, Emotional & Spritual Quotients). Jika anak diherdik di khalayak ramai, EQ akan merudum. Lama-lama anak akan takut mencuba. Takut mencuba = berhenti belajar; IQ juga merudum. Oleh itu, lebihkana galakan dan pujian. Biarkan mereka mencuba dan berbuat kesalahan, kerana itulah cara mereka belajar dengan terbaik!
5. Mereka akan lupa pada perkataan/perbuatan TETAPI mereka akan ingat sampai bila-bila perasaan yang tercipta olehnya. Anak-anak (malah sesiapa pun) akan terlupa akan segala perkataan atau perbuatan kita, tetapi perasaan yang tercipta (bengang, malu, marah) akan dikenang seumur hidup. Jika berterusan, ini akan menjahanamkan kasih-sayang sesama keluarga. Berhati-hatilah....ciptalah kenangan terindah dengan kata-kata dan perbuatan yang terbaik sahaja!
Semoga mendapat sedikit peringatan untuk kita bersama In Sya Allah!
Lawati website saya (SmartParents.com.my) dan juga Facebook Zaid Mohamad untuk informasi terkini dan membeli buku-buku bestsellers saya!!
Serius...buku ini harus anda miliki, sangat berguna dan bermanfaat. |
No comments:
Post a Comment