.

Thursday, April 4, 2013

Kamukah itu...???

“SEANDAINYA engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan. Maka, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara dan sahabat sejati yang sukar dicari ganti.”

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati:-
  • Dalam 2 hati diberikan 3 rasa: SAYANG, KASIH & KASIHAN.
  • Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan: BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN & BERSAMA.
  • Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
  • Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu: SAYANG, KEKAL, SETIA, MNGERTI, MENGHARGAI & MENGINGATI.
  • Dalam 6 impian itu terangkai 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”.

No comments: