Akhirnya, selepas beberapa kali janji temu tergendala dapat juga bertemu heroin siri drama Sehangat Asmara, Rita Rudaini. Memandangkan dapat date pun tergempar, maka semua kerja aku jadi 'gempa bumi'.
Pagi ni, seawal 6am aku dah keluar rumah. Masuk office dulu, kemudian terus bergegas ke ruang pamer butik H& M di Lot 10, Bukit Bintang KL. Serius, aku cukup tak suka buat kerja
last minute macam ni. Tapi apa nak buat, kerja macam aku ni memang terpaksa berdepan dengan hal-hal
last minute, so mental kena kuat ye.
Lepas ambil pakaian tajaan untuk Rita, aku bergegas ke office semula. Sudah berjanji dengan jurugambar nak pergi bersama sebab aku tak tahu jalan ke rumah aktress bergetah tu hehehe (ini perkara biasa, aku selalu buat bila tak tahu jalan).
Jam 11am, seperti yang dijanjikan aku sampai di lokasi
shooting kami. Waktu sampai di kediaman Rita, dia masih disolek. Oh ya, jurusolek Rita hari ni Tiar Zainal dan rambut pula dandanan Sheila Mohamad (dia jurusolek kegemaran Ziana Zain).
Macam biasa,
time shooting memang
super busy semua kena peka supaya kerja berjalan lancar. Alhamdulillah, aku dapat jurugambar fav (PP a.k.a Heyjoni). Senang bekerja dengan dia, sebab dia selalu tahu apa yang aku nak (bab shooting la der).
Lepas shooting, aku 'paksa' Rita untuk sesi interview (sebab dia minta
whatsapp soalan). Malas bertanggung, nanti bila dia
busy payah pulak nak kacau dia. So. baik 'paksa' daripada aku dapat masalah kemudian hari (hehehe...
sorry Rita, terpaksa ye).
Oklah, kalau tak tahu apa yang kami sembangkan dan juga isi hati Rita yang sempat aku cungkil, dapatkan Jelita akan datang (edisi bila, nanti aku update kemudian ye). Sekarang jom layan beberapa gambar yang sempat aku snap guna phone je.
|
Ini tempat pilihan & collect baju tajaan di H & M |
|
Baju pilihan saya banyak yang tak ada...sedih |
|
'Pakar2' sedang mencantikkan Rita yang sedia cantik |
|
Tiar zainal, Rita & Sheila |
|
Buah hati Rita yang sulung, Rayyan |
|
So sweet je Rita tanpa makeup tebal |
|
OMG...aku pakai sandal cabuk time shooting!!! |
|
Rayyan yang pandai bergaya... |
|
Anak kedua Rita, Arjuna time ni dia baru bangun tidur terus keluar nak main apabila pintu utama dibuka |
|
Keletah Rayyan yang mencuit hati |
|
|
|
PP dalam usaha 'membeli jiwa' Rayyan... |
No comments:
Post a Comment