.

Monday, May 6, 2013

Fesyen? Mestilah suka...



Simple daripada Hana Tajima ^_^

Gayanya tetap menyerlah, kan!

Santai ala Dian Pelangi
Paduan rona mengujakan mata *_*
Aku, termasuk wanita yang suka berfesyen dan teruja mencuba sesuatu gaya baru. Sejak ada pelbagai gajet canggih ni, semakin 'meriah' folder-folder dalam komputer aku penuh dengan pelbagai jenis fesyen terkini termasuk gaya yang dicetuskan Hana Tajima dan Dian Pelangi.

Secara peribadi, fesyen pilihan kedua-dua wanita ini menepati selera aku. Tidak berlebihan, sopan tetapi up to date. Cuma, kekurangan diri (maksud aku, penampilan fizikal aku tidaklah sebaik mereka berdua) membataskan aku untuk mencuba gaya mereka. Walaupun setiap hari berazam untuk diet dan memiliki tubuh langsing (biarpun tak tinggi lampai), sampai sekarang tinggal azam je hihihi!

Apapun, itu tak mengganggu aku daripada terus meminati dan mengintip perkembangan terbaru fesyen mereka. Malah, terdetik beberapa kali di dalam hati kenapa aku tiada bakat besar seperti Hana atau Dian??? Hmmmm... dan sekali lagi aku lupa, setiap orang punya kelebihan dan kekurangan sendiri! Kan!!!

No comments: