.

Wednesday, June 5, 2013

Al-Fatehah...

Baru semalam nonton dia di saluran rtm menerusi filem Bujang Lapok, hari ni dpt berita pemergiannya. Al-Fatihah buat seniman S.Shamsuddin. Semoga rohmu dicucuri rahmatNya. Aamiin -_-

Trivia S.Shamsudin:
 1.  Pelakom komedi Singapura ini meninggal dunia jam 10.56 pada 4 Jun 2013.  Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura. Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.

2. Sahamsudin bin Dali atau lebih dikenali sebagai S. Shamsudin (1 Januari 1929 - 4 Jun 2013) adalah pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura terkenal sekitar 1950-an & 1960-an. Dia lebih terkenal kerana watak-watak lucu dalam filem. Dia telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Haris. Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Pelakon komedi era P.Ramlee ini  terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

3. Pada 1948, dia melawat Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana perfileman dijalankan. Lawatannya ternyata bertuah kerana dia diberikan peluang untuk menjadi pelakon tambahan dalam filem Chempaka yang di arah olrh B. S. Rajhans. Beberapa hari kemudian dia mencari kerja di MFP dan mendapat kerja sebagai tukang kayu bagi set studio dan filem. Sementara itu dia turut bekerja sebagai pelakon tambahan atau penari dalam filem. 

4. Usaha dan kesabarannya berbaloi apabila dia diberi peranan dalam film Aloha, yang diarah oleh B. S. Rajhans. Dia berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan banyak dialog, yang dianggap besar bagi pelakon tambahan malah bagi pelakon baru. Peranan komedinya dalam filem dilakonkan bersama Osman Gumanti, Mariam, P. Ramlee, A. R. Tompel dan D. Harris, menonjolkan bakatnya dalam lakonan.

5. S. Shamsuddin berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada 1954 dan mendapat tujuh orang anak. Seorang anaknya, Ariff Shamsuddin juga pelakon pelawak TV Singapura.

No comments: