.

Sunday, June 2, 2013

Hadiah daripada Allah...

...sebenarnya dah lama terniat nak post entry ni, tetap selalu saja tertangguh. Saya sebenarnya nak sembang-sembang ringgan saja soal hikmah, hadiah juga hidayah. Contoh terdekat yang kita boleh tengok, perubahan atas diri pelakon manis, Memey Suhaiza.

...ya, suatu ketika namanya dulu 'meletup2' gara-gara kontroversi yang membabitkan dirinya dengan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim. Alhamdulillah, hari ini semua itu menjadi sejarah dan paling manis, mereka bertiga dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

...dilaman sosial Instagram, baik Memey, Abby mahupun Norman masing-masing mengepost lakaran wajah sama. Ya, mereka kini mengecapi kebahagiaan dengan cara mereka. Wajah-wajah bahagia dan redha jelas sekali. Syukur, sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Hanya mereka bertiga saja memahami betapa berharganya Hadiah Daripada Allah ini. Buat Abby Abadi, Memey juga Norman Hakim, semoga kalian berada dalam lindungan dan keberkatan-Nya dunia akhirat. Juga buat kita yang melihat, berbaik sangkalah hendaknya dan janganlah cuba menjadi yang 'lebih tahu'. Adios!






*p/s: Gembira dan berbahagialah dgn syukur, juga bertahanlah dengan sabar. Insya-Allah, Dia Maha Mengetahui rahsia hidup ini.

No comments: