.

Friday, August 30, 2013

Lux, sentuhan eksklusif pakar haruman terkemuka dunia...

Variasi wangian mandian Lux
Wangian membantu kita berasa positif pada dirinya dan menggambarkan perasaan sebenar melalui haruman berpanjangan. Justeru, dalam usaha untuk terus memberi inspirasi kepada wanita yang mempercayai Lux dalam memenuhi keperluan pembersihan dan kecantikan harian, Lux bekerjasama dengan beberapa pakar haruman terkemuka dunia seperti Ann Gottlieb. Ann telah mencipta haruman terkenal di dunia antaranya Obsession, CK One dan Eternity untuk jenama Calvin Klein, Daisy (Marc Jacobs) dan J'Adore Christian Dior.

Bagi menghasilkan variasari wangian mandian Lux, Ann bekerjasama dengan pasukan pembangunan pengkhususan wangian di pusat haruman kelas dunia, Givaudan, untuk menghasilkan haruman yang kompleks dan penuh misteri seperti Lux Magical Spell.

Hasil kerjasama ini, mandian badan Lux kini hadir dengan rangkaian wangian elegan mempersona yang menawarkan pengalaman mandian yang mewah dan eksklusif sekali gus memberikan kesan keanggunan kepada setiap wanita.

Variasi mandian Lux:

Lux Soft Touch
Inspirasi dari ladang strawberi, Soft Touch diadun untuk menyampaikan perasaan lembut yang menawan dan sensual. Menggabungkan wangian flora yang lembut dan buah-buahan segar termasuk haruman jambak bunga yang kaya berkontras dengan wangian buah-buahan seperti strawberi dan markisah. Karamel dan vanila melengkapkan haruman kreatif ini. Lux Soft Touch membentuk lapisan berkrim nipis pada kulit agar kulit lembut dan lembap.

Lux Velvet Touch
Memberi haruman asli segar yang merangkumi wangian sitrus, epal dan aldehid. Haruman elegan ini dipertingkatkan bunga melur dan muguet serta diperkaya dengan pic berkrim. Lux Velvet Touch membuat kulit rasa lembut dan licin selepas mandian.
Lux White Impress
Haruman lembut bunga Lily of the Valley, kelopak ros dan melur yang digabungkan dengan kepelbagaian buah-buahan segar yang menyambut deria anda dengan kesegaran seperti di dusun, meninggalkan jejak wangian kasturi, amber dan vanila putih yang menenangkan. Lux White Impress sesuai untuk wanita yang inginkan kulit cerah menawan.

Lux Magical Spell
Gabungan kompleks terdiri daripada lapan ramuan penuh mistik, mandian badan Magical Spell ini menghasilkan ledakan pada deria bau anda. Mengandungi haruman  flora romantik dan sensual (daripada orkid hitam). Gabungan mempesona minyak juniper, kayu-kayan hitam, amber emas dan biji vanila dilapisi dengan penuh kepakaran di bahagian atas untuk menghasilkan wangian eksklusif yang kekal berpanjangan.
Ramuan eksotik terbaik ini diekstrak ketika bunga berada di tahap paling mekar dan diadun sebagai Fragrance Pearls TM halus, memberikan anda haruman yang berkekalan.


Lux Wake Me Up
Bermula haruman sitrus yang menyegarkan, diikuti wangian flora yang lembut serta kasturi dan buah-buahan, menjadikan mandian badan ini sempurna dengan elemen segar, feminin dan penuh kelembutan. Lux Wake Me Up memberi kesegaran pada kulit sepanjang hari.

Mandian badan Lux boleh didapati dalam dua saiz botol berbeza. Botol 700 ml dijual pada harga RM15.90 dan 220 ml pada harga RM6, manakala pek isian semula ditawarkan pada harga RM8.90.

No comments: