.

Thursday, August 8, 2013

Sketsa Syawal (Part 1)...

Selesai masak juadah pagi raya, terus ke Masjid UPM, Serdang untuk solat Aidilfitri. Berbanding tahun lepas, tahun ini isi masjid kurang padat jadi boleh pilih nak solat di barisan mana. Dalam pemerhatian rambang, jemaah lebih ramai daripada kalangan warga asing khususnya dari Indonesia, Nepal, Nege dan Arab. Warga tempatan cuma dalam 40-50% saja. Oklah, daripada tak ada langsung.

Walaupun solat raya cuma setahun sekali, tetapi ramai yang tak sabar-sabar nak balik sampai tak mahu tunggu kutbah raya. Bukannya lama manapun, pendek cerita selesai solat isi masjid dah lenggang...lopong sana sini. Adoi...sedihlah -_-

Lepas selesai solat, terus bergegas ke 'rumah' Abah. Alhamdulillah, setiap tahun tak miss 'beraya' dengan Abah (sejak Abah tiada). Semoga Abah tenang di sana. Sekitar kawasan Tanah Perkuburan Islam UPM, Serdang cukup 'meriah'. Masing-masing datang dengan air dan bunga di tangan, sampai Ma bising sebab kami datang tangan kosong.

Aku: Mana pulak kita datang 'tangan kosong'...

Ma: Hah, mana airnya? Bunga?

Aku: Memadai Al-Fatehah & Yassin, Ma (aku senyum, rasa perit di dalam)

Ma diam. Akur duduk di sisi aku sambil mulutnya kumat-kamit. Selepas 15 minit, aku ajak Ma balik. Bukan tak sudi berlama-lamaan 'bersama' Abah. Hati ini dipagut pilu dan sakit, jadi sebelum orang tengok aku melalak (masih gigih melalak walaupun dah tahun ke-3) kat situ baik chow hahahaha.

Cerita pasal hidangan pagi raya, rasanya dah tak ada ketupat &  rendang atas meja. Kalau ada pun versi ketupat segera (hmmm kurang mari rasanya, so x rajin nak melayan sangat). Aku memang tak pandai nak menganyam ketupat, belajar byk kali tapi memanjang je GAGAL!

Dalam 3-4 hari sebelum raya tu ari memang ada cari ketupat yang dah siap dianyam kat Pasar Tani, mmang ada jual. Tapi lupa nak beli. Sedih betul. Sibuk dok berebut borong telur size AA yang tak byk stock for My Miss Red Velvet Cake.

Nasib baik raya kali ni Ma rajin nak mencuba resipi yang dia baru belajar (ikut buku resipi). Hah, Ma gigih masak Mee Rebus dan Nasi Arab juga Sambal Ayam (dek kerana teruja makan, sampai lupa nak snap gambarnya...Adoi la!)

Now, mata tak leh nak bukak neh. Serius, sedap gila masakan Ma. Walaupun simple tapi memikat rasa, yelah...betul kata orang masakan ibu memang berbekas di hati 'kan...kan...kan

 * Bersambung...

No comments: