.

Tuesday, September 17, 2013

'Eksklusif bersama Anuar Zain'...

Peluang beramah mesra bersama Anuar Zain
Tidak dinafikan lagi, penyanyi tersohor ini masih kekal 'eksklusif' dari segi persembahannya mantap juga kisah perjalanan seni yang cukup hebat dan disegani. Justeru, peminat setia jejaka tampan ini pasti tidak mahu melepaskan peluang menikmati detik indah makan malam bersamanya menerusi Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain anjuran KESPERB dengan kerjasama Sutera Qaseh Resources.

Acara ini akan diada pada 19 Oktober 2013 di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Pemaju Perumahan, Perunding Perancangan Bandar dan orang awam. Majlis bertema ‘Eksklusif bersama Anuar Zain’ ini bertujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).
Bakal dendangkan koleksi lagu popularnya
Pada majlis istimewa ini, Anuar akan mendendangkan sebanyak 5 hingga 7 buah lagu sambil beramah mesra bersama peminat. Acara istimewa ini turut dimeriahkan dengan gandingan Nabil dan Angah (Raja Lawak) selaku pengacara majlis.
Maklumat lanjut mengenai tempahan meja, hubungi Didi di talian 017-3577537, Imazara 017-4040001 atau pejabat 03-62064756.  Harga bermula dari RM3,000 hingga RM30,000 (satu meja 10 orang)

Harga meja:
Platinum : RM30,000 ( termasuk sesi eksklusif Anuar Zain bersama peminat)
Gold : RM10,000
Pandora :RM7,000
Swarovski : RM5,000
Silver : RM3,000


No comments: