.

Sunday, September 22, 2013

Elak jadi mangsa, ayuh WRT...

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google
Situasi:
Harlina telah dihampiri seorang lelaki yang tidak dikenali ketika hendak masuk ke dalam kereta (di tempat letak kereta berbumbung di bawah bangunan pejabatnya).

Waktu:
9 malam

Kejadian:
Lelaki yang menghampirinya itu tiba-tiba bertindak agresif dengan memegang bahu dan cuba memeluknya. Harlina panik.

Tindak balas:
Apakah tindakan awal anda untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa jenayah? 

Ayuh Sertai WRT
Program Women Response Technique-WRT diperkanlkan syarikat CPP Training & Service Sdn Bhd (CPPTS) bertujuan mempertahankan diri daripada menjadi mangsa jenayah.

Ketua Pegawai CPPTS, Mahathir Manan berkata, WRT adalah teknik tindak balas kecemasan dengan lebih 300 teknik asas dan mudah kepada golongan wanita untuk mempertahankan diri apabila berhadapan penjenayah.

Program ini mendedahkan kepada peserta bahagian anggota badan penjenayah yang boleh diserang secara fizikal sekiranya berhadapan penjenayah.

Justeru, CPPTS mempelawa mana-mana perkumpulan, pertubuhan, organisasi atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengadakan program ini di tempat mereka. Hubungi pegawai CPPTS menerusi talian 03-9054 6536 atau 012-506 3329 dan 012-568 3329.

Info CPPTS:
CPP Training & Services Sdn Bhd (CPPTS) adalah sebuah syarikat Bumiputra yang menawarkan pelbagai kursus kepakaran dan kemahiran kepada mereka yang berminat. Modul dan silibus latihan yang direka khas  CPPTS, telah banyak mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak. CPPTS juga telah berdaftar sebagai penyedia latihan dibawah HRDF.

No comments: