.

Thursday, September 12, 2013

Sensodyne® Complete Protection melegakan dan melindungi gigi sensitif...

 Anda rasa ngilu apabila mengambil makanan atau minuman yang sejuk, panas, manis atau masam? Ada pelbagai sebab berkaitan gigi sensitif, termasuk surut gusi. Ini bermakna anda mungkin perlu melakukan lebih daripada sekadar berurusan dengan ketidakselesaan.

Prihatin dengan keperluan pengguna, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) memperkenalkan ubat gigi Sensodyne® Complete Protection, direka khas untuk gigi sensitif dengan tujuh faedah yang ditawarkan dalam satu ubat gigi sensitiviti lengkap.
Sensodyne® Complete Protection, teknologi  unik dipanggil NovaMin® membantu menyalurkan kalsium dan fosfat iaitu blok binaan semula jadi gigi  khususnya pada kawasan sensitif yang mewujudkan lapisan mineral pelindung gigi seperti di atas permukaan dentin, untuk melindungi pengguna daripada ketidakselesaan gigi sensitif.

Dengan penggunaan Sensodyne® Complete Protectiondua kali sehari,  bukan sahaja mampu melindungi gigi anda daripada ketidakselesaan, malah menguatkan enamel gigi (mengelakkan kehilangan enamel, salah satu punca utama sensitiviti), membantu mengawal plak, mengekalkan gusi yang sihat, menyegarkan nafas, mengekalkan keputihan semula jadi dan memberi  perasaan yang bersih selepas memberus gigi.

 Kini, Sensodyne® Complete Protection juga boleh didapati dalam Extra Fresh. Kedua-dua jenis ini didatangkan dalam tiub 100gram dan dijual pada harga  RM14.50 di pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai produk ini, layari www.sensodyne.com.my

No comments: