.

Friday, October 4, 2013

'Terbaiklah' UAI...

"Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang"

Soalan: Sekarang ni heboh orang mengatakan Ustaz berlakon dalam sebuah filem. Adakah ini benar? Siapa pula heroinnya?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:
Memang betullah seperti yang diperkatakan, saya memang ada ditawar berlakun di dalam sebuah filem. Pierre Andre sangat-sangat meminta saya berlakun dan saya jawab InsyaAllah.

Jika filem itu baik dan dapat menolong masyarakat, dapat membantu dakwah, maka takde masalah. Cuma saya ni bukan seorang pelakon. Jadi kalau nak saya masuk filem, kenalah pergi ambil gambar kat saya mengajar, atau semasa saya sedang minum air kat kedai, bawak pelakun lain bercakap-cakap di situ.

Saya tidak akan ikut sebarang skrip. Skrip mestilah dari saya sendiri. Bahasanya mestilah bahasa loghat Terengganu. Ini syarat-syaratnya. Nak suruh masuk filem, mu kena ikut aku, mu kena mari kat aku, bukan aku kena pegi sana sini sebab aku bukan pelakon tambahan hihihihi... Kalau tak mau macam tu tak payah la, sebab saya sibuk, tak nak ganggu jadual kuliah.

Saya bukan nak cari glamor sebab glamor ni Allah bagi, nikmat Allah. Kalau kita niat nak cari glamor nanti Allah tarik balik nikmat, maka kita jadi terawang-awang.


Nak suruh masuk filem, mu kena ikut aku, mu kena mari kat aku, bukan aku kena pegi sana sini sebab aku bukan pelakon tambahan hihihihi...

Filem itu mengisahkan seorang laki-laki lagha yang hendak pulang ke pangkal jalan. Memang saya ada berlakun dalam filem tu. Heroinnya sapa? Heroin saya pilih sendiri. Biarlah yang padan dengan heronya... Kikikikihh..

"Ustaz Azhar jadi pilihan kerana dia amat dihormati ramai, selain dia sendiri berasal dari Terengganu."
Berikut adalah komen Pierre Andre (Sumber Harian Metro, 3 Oktober 2013):

"Sebenarnya Ustaz Azhar bukan satu-satunya pilihan kerana kami juga menyenaraikan beberapa nama pendakwah lain termasuk Ustaz Don Daniyal. Bagaimanapun Ustaz Azhar jadi pilihan kerana dia amat dihormati ramai, selain dia sendiri berasal dari Terengganu."

"Filem ini turut menggunakan loghat Terengganu dan Ustaz Azhar selayaknya dipilih. Watak yang diberikan pun sesuai dengan dia. Ustaz Azhar bukan pelakon, tetapi watak yang diberikan asli dengan karakternya sebagai pendakwah."

No comments: