.

Thursday, November 14, 2013

Apabila Datuk Siti tegur Yb KJ...

Apa Uolls buat apabila baca, tengok atau dengar sesuatu yang bertentangan dengan prinsip atau pegangan Uolls? Simpan dalam hati? Rancak bersembang dengan kawan-kawan (pasal hal itu)? Maki dan hamun (pasal hal itu) sorang-sorang?

Aku percaya, Uolls ada buat salah satu daripada tindakan di atas. Betul tak? Apatah lagi di zaman popularnya penggunaan serta penguasaan media sosial hari ini. Facebook, Twitter, Instagram, Keek dan banyak lagilah bahan sosial yang sangat in sekarang ni.

Setiap benda baru pasti ada baik dan buruknya, sama seperti medium itu. Apabila media sosial diguna pakai secara meluas termasuk golongan pemerintah, maka tambah meriahlah fungsi, pengaruh dan kesannya.

Sama seperti kontroversi yang membabitkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin apabila membuat teguran secara terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) menerusi laman Twitter peribadi miliknya. Tindakan penyanyi itu ternyata mengejutkan banyak pihak terutama peminatnya dan beliau di dalam Tweet lain, menegaskan  pendapatnya itu dibuat atas kapasiti rakyat biasa yang memerhati.

Baik KJ mahu pun Siti, menggunakan kapasiti masing-masing untuk bersuara.
Penyanyi berusia 34 tahun itu menerusi akhbar Kosmo memberitahu, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


"Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa.Apabila saya membaca kenyataan beliau di dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran. Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis. Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama," jelas Siti.

Kemelut yang perlu ditangani dengan lapang dada.
Sebelum ini Khairy pernah menyifatkan Jamal sebagai ‘budak suruhan’ FAM apabila pergeserannya dengan persatuan bola sepak tersebut dikritik Jamal namun dakwaan itu dinafikan. Selepas penafian dibuat Khairy dilaporkan mengeluarkan kenyataan di media seperti berikut;

“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur. Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!”

Hurmmm...kita sedia maklum, penyanyi popular kelahiran Kuala Lipis ini jarang sekali menimbulkan kontroversi. Sementara KJ, ramai tahu dia memang lantang menyuarakan pendapatnya termasuk mengkritik FAM  berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran kepada Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu.


Teguran terbuka dan kelantangan dua individu ini akhirnya menjadi sumber 'perbalahan' di media sosial. 

Jadi sekarang ni, kontroversi ni (Datuk Siti-KJ) sama naik hangatnya dengan pergeseran KJ-FAM. Semua itu 'berkat' bersosial di media sosial. Secara peribadi, aku tak salahkan Siti. Dia juga macam kita-kita ni, ada keinginan nak menegur apabila rasa tak puas hati dan bertentangan dengan prinsip dia. KJ juga tak boleh disalahkan. Status dia sekarang adalah menteri yang bertanggungjawab ke atas tugasnya, dia bersuara atas kapasiti seorang menteri. Cuma, kelantangannya kurang disenangi. Apa-apa pun, perselisihan faham seperti ini perkara biasa dan tak perlu dikontroversikan. Setuju...?

*p/s: ...sekadar pandangan peribadi aku, selepas mengikuti perjalanan kontroversi ini. Harap aku cuma satu, masing-masing berganding bahu untuk memantapkan sukan negara. "Majulah sukan untuk negara"...hehehehe!

No comments: