.

Tuesday, November 26, 2013

Kenapa kita judgmental...

Kita adalah apa yang kita fikirkan…setuju? Ok, aku sebenarnya nak ‘sembang-sembang’ sikit mengenai sikap segelintir individu yang mudah dan suka sangat membelek-belek, menghitung-hitung, mengheboh-heboh dan merendah-rendahkan kekurangan, kelemahan, kesilapan serta ‘ketidakhebatan’ orang lain – di mata dia – dengan sebab berasa diri lebih hebat (barangkali begitu).

Malam semalam, aku makan di restoran berdekatan rumah. Badan penat, memang tak ada mood nak main masak-masak. Aku sengaja ambil kedudukan di luar premis, open air konsepnya hehehe. Ramai juga yang lebih suka makan di luar berbanding di dalam restoran, jadi ada ‘kawan’ (sebab aku makan sorang-sorang).

Sedang menunggu makanan yang dipesan sampai, macam biasa aku ralit melayan facebook dan instagram menerusi iphone (nak juga sebut ye hehehehe). Dalam leka, telinga aku yang tak berapa nak capang ni tertangkap sekumpulan wanita sedang rancak bergosip. Aku gigih mencari arah mana bunyi itu datang, rupa-rupanya hanya di sebelah aku, patutlah senang menangkap je hahaha. Apa lagi, buat jahatlah…


Si baju kurung merah: Alah, laki dia tu askar je.
Si baju biru bercelana jeans : Oh ye ke, tapi aku tengok macam selalu berduit aje.
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Rugi kahwin, asyik kena tinggal aje.

Si baju kurung merah: Cuba tengok baju dia, hari-hari p office begitu itu-itu jugak. Mana ada baju baru, biasalah bini askar ‘kan!
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Haah, dia baya-baya kita juga tapi nampak macam makcik-makcik aje. Kalau aku, setakat askar baik tak payah berlaki!
Si baju kurung merah: Hari-hari bawak bekal, busuk satu office!
Si baju biru bercelana jeans: Rumah dia mesti jenis biasa-biasa je ‘kan?
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Haruslah! Askar mampu ke beli kondo…villa bagai?

Si baju kurung merah: Eh, korang perasan tak Hasli sekarang ni pagi-pagi masuk surau. Apa dia buat?
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Alah, mengular ‘lah tu! Dia ‘kan ada buat bisness cupcakes kat rumah, tak cukup tidur datang office mengular kat surau!
Si baju biru bercelana jeans: Sedap ke kek dia? Eee…mana aci macam tu, makan gaji buta!
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Tengoklah dalam facebook dia, asyik post gambar kek.

Huh (sebenarnya banyak lagi yang mereka bebelkan, macam-macam nama keluar juga cerita itu dan ini), tapi macam ‘penat’ pulak nak taip semua di sini. Aku cuma memetik sebahagian daripada isi perbualan mereka yang membuat aku sangat letih dengan sikap segelintir ‘kita’ apabila berkumpul atau berkisah mengenai orang lain.

Mengapa mereka hanya ‘nampak’ yang kurang, lemah, salah dan buruk saja. Misalnya, apa masalah ‘si temannya’ bersuami askar? Kenapa pula jadi kes kalau pun hari-hari ‘si teman’ bawa bekal? Kalau ye pun ‘si teman’ selalu ‘hilang’ ke surau, kenapa cepat sangat fikir orang itu pergi mengular? Kenapa mereka tak terfikir mungkin ‘si teman’ buat solat Dhuha ke?

Faham tak maksud aku? Jadi, setuju tak apabila aku kata kita memang apa yang kita fikirkan?

Adakah ini juga menjadi 'pakaian' anda?
 …pernah dengar ini, “Walk a mile in my shoes, see what I see. Hear what I hear. Feel what I feel, then maybe you’ll understand why I do what I do, ‘till then don’t judge me.” So, sebaiknya, never assume anything. Be curious not judgmental, sebab judging a person does not define who they are. It defines who you are!



No comments: