.

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam, redhamu tiada taranya...

Allah lebih menyayanyimu, Ahmad Ammar Ahmad Azam. Al-Fatehah
Selang sehari aku masukkan kisah 'syahidnya' mujahid muda berjiwa insani, Ahmad Ammar Ahmad Azam, aku terima banyak maklum balas positif. Rata-ratanya bertanya, siapa Ahmad Ammar? Ahli politikah? Pensyarah tersohor di luar negarakah? Artis barukah? Siapa? Mengapa berita pemergiaannya pada 2 November 2013 menjadi sebutan ramai. Di laman sosial, baik facebook, intagram mahupun twitter semuanya bercerita mengenai Ahmad Ammar. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya hingga menjadi bualan ramai?


Jujur kata, aku sendiri baru 'mengenali Ahmad Ammar bin Ahmad Azam' lewat berita pemergiaannya yang tersebar di facebook. Kemudian, seorang teman baik yang bekerja di Qatar turut memberi link yang memaparkan video pada hari pengkebumian Ahmad Ammar.

Dek sibuk dengan tugasan harian, aku tidak berkesempatan menonton video itu pada hari sama. Esoknya, selepas solat Subuh, aku menyemak semula email daripada teman itu. Aku klik link yang diberikan dengan perasaan santai saja. Kemudian, selepas beberapa paparan aku mula rasa lain macam. Ada getaran hebat dari dalam hati aku. Degupan jantung - kencang berbaur sebak dan pilu yang tiada taranya (seolah-olah ditampar dan ditendang ketika sedang lena).


Sumber gambar: Google

Aku tidak dapat menahan tangisan tatkala imam memberi ucapan di sisi jenazah Ahmad Ammar. Sungguh, perasaan pilu itu amat menyakitkan. Sekali gus membangkitkan rasa malu, kecewa, kesal dan marah kepada diri sendiri. Masakan tidak, Ahmad Ammar masih muda tetapi 'perjalanan dan pejuangannya' sudah jauh. Dia disayangi ramai kerana kerendahan hati juga cintanya kepada agama.

Prinsip perjuangan Ahmad Ammar , siapa sangka anak muda ini punya jiwa yang luar biasa besarnya

Memang tidak menghairankan, mengapa pemergiaan Ahmad Ammar membuka mata dan jiwa masyarakat dunia. Begitu hebat penangan Ahmad Ammar ini. Dengan bukti bergambar itu, aku beritahu mereka yang bertanya...tidakkah kalian semua mendapat 'jawapan' mengapa Ahmad Ammar sedang diperkatakan?

Aku harap, Semoga perjuangan dan perjalanan hidup Ahmad Ammar akan membakar semangat jihad anak muda kita. Sebagai rakyat Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam, aku terharu juga bangga apabila Ahmad Ammar menjadi Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan berhampiran makan Sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. Ya Allah, besarnya rahmatNya kepada Ahmad Ammar. InsyaAllah.

Walaupun di Malaysia ini, anak-anak muda gigih mencari peluang untuk mendapat perhatian dan penghargaan daripada manusia dengan bakat seninya (termasuk sibuk mahu menjadi penyanyi, pelakon, pengacara, model dan lain-lain), namun deep in my heart, aku semakin percaya sesungguhnya masih ada insan seperti Ahmad Ammar yang mahu berjuang untuk agamanya.

Mujahid muda seperti Ahmad Ammar walaupun tidak dikenali ketika masih ada hayatnya, namun perginya dia meninggalkan kesan amat besar dan luar biasa. Pemergiaannya cukup berbekas di hati ramai orang, khususnya yang mengikuti kisahnya. 

 
Sumber gambar: Google
Alangkah bertuahnya ayah dan ibunya kerana bukan saja mempunyai anak ‘sehebat’ Ammar, malah dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir anaknya dengan pengakhiran yang sangat baik dan dimuliakan. Inilah ‘penghargaan dan rezeki’ Ammar pastinya amat menggembirakan ibu bapanya yang kesedihan.
Ibu bapa Ahmad Ammar. Sumber gambar: Google
“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”– Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –
 

Text perbualan antara Ahmar Ammar dan kakaknya, nyata dia bukan saja sanggup berjuang untuk agamanya malah  kepingin syahid demi mempertahankan agamanya-Sumber gambar: Google
Sumber info: Google
Meskipun dirinya 'dikenali ramai' selepas ketiadaannya di atas muka bumi ini namun amat tinggi harapan aku, moga suatu saat ada insan yang sudi berkongsi kisah hidup Ahmad Ammar Ahmad Azam kepada masyarakat, khususnya perkongsian daripada kedua-dua ibu bapanya, rakan karib juga catatan berharga yang ditinggalkan. Aku yakin, perkongsian itu bukan sahaja mampu menjadi motivasi, malah pembakar kepada jiwa anak muda untuk menjadi pejuang agama sepertinya. InsyaAllah.

No comments: