.

Tuesday, November 12, 2013

Rahsia seks berkualiti...

Aku nak share info mengenai kehidupan seksual khusus untuk pasangan suami isteri (yang belum ada kad nikah, jangan berani cuba melakukan kegiatan intim ini ya. Oh, sedikit masa nanti aku nak share cerita dan pengalaman pasangan yang pernah melakukan 'hubungan badan' sebelum nikah. Sangat menarik, tapi aku masukkan info ini dulu ye)

Kehidupan seks berkualiti mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga
Kehidupan seks berkualiti dan menyenangkan menjadi salah satu faktor yang mampu mengeratkan hubungan pasangan suami isteri. Memang banyak halangan untuk menikmati dan mencapai kepuasan maksima ketika bersama pasangan. Misalnya, tekanan kerja, letih dan bosan.

Penulis buku Dumped, A Breakup Bible For Women, Maryjane Fahey, menyenaraikan beberapa cara supaya pasangan suami isteri dapat menikmati kehidupan seks berkualiti. Pada masa sama, hubungan menjadi lebih romantis.

1. Sihat
Pasangan suami isteri perlu menjalani pola hidup sihat, termasuk menjaga pengambilan makanan. Sihat secara fizikal dan mental akan membuat mereka lebih ghairah menjalani kehidupan kehidupan. Selain anda teruja menjaga kemesraan dalam hubungan seks.

2. Berkeyakinan
Tingkatkan keyakinan dan jangan sekali-kali membandingkan diri dengan wanita atau lelaki lain, khususnya penampilan diri. Paling penting, selesa dengan diri sendiri dan selalu bersedia. Keyakinan diri penting  dalam kehidupan seksual.

3. Berani seksi
Seksi bukan hanya pada tubuh, sebaliknya didorong keyakinan diri untuk tampil seksi dengan pelbagai cara. Misalnya, percakapan, layanan dan penampilan. Selain memastikan kehidupan seksual anda tidak membosankan dan berani tampil seksi ketika berdua dengan pasangan. Jangan malu dan ragu-ragu mencuba posisi baru ketika bersama.

4. Segar dan cergas
Setiap wanita pasti mahu tampil seksi di hadapan pasangannya,bukan. Jadi, sayangi dan hargai tubuh anda dengan memastikannya sentiasa sihat, segar dan cergas. Apabila tubuh segar, lebih berani dan yakin untuk mencuba posisi berbeza ketika bersama pasangan tanpa rasa malu atau rendah diri.

5. Bangkitkan dorongan seksual
Banyak cara membangkitkan dorongan seksual, jadi temui cara tepat untuk anda. Misalannya, menggunakan wangian yang Anda suka dan selesa serta mampu membangkitkan ghairah pasangan. Lakukan sesuatu yang membangkitkan ghairah anda sekali gus memberi kesan positif kepada pasangan.

6. Berani
Tiada salahnya ‘perigi tidak boleh mencari timba’. Walaupun anda  isteri, tidak semestinya hanya menunggu suami datang. Anda boleh memulakan langkah pertama, misalnya dengan menggoda pasangan. Bangkitkan ghairahnya dengan cara anda, tanpa perlu menunggu ‘isyarat’ daripadanya.

Bersikap terbuka penting untuk menikmati hubungan seks yang berkualiti.
7. Terbuka
Beritahu pasangan mengenai perkara yang anda suka dan mahu dipenuhi ketika bersama. Ingat, pasangan tidak dapat membaca fikiran atau meneka keinginan anda. Jadi, anda perlu bersikap terbuka dan memberi kerjasama kepadanya agar dapat menikmati hubungan seks yang berkualiti.

8. Keadaan terang
Mengapa perlu memadamkan lampu ketika bersama pasangan? Anda perlu yakin dan berani meninggalkan kebiasaan lama ini. Nikmati sepenuhnya saat indah bersama pasangan, tidak perlu bersembunyi di sebalik bayang-bayang.

Sentiasa berbincang dan cari jalan penyelesaian agar dapat dinikmati kepuasan bersama.
9. Telus
Jangan berpura-pura puas dan menikmati hubungan seks demi menjaga hati pasangan. Padahal, anda tidak mampu membohongi diri sendiri dan ini boleh memudaratkan hubungan dengan pasangan. Jika anda tidak menikmati kepuasan sebenar, berterus-terang dengan pasangan. Berbincang dan cari jalan penyelesaian supaya dapat dinikmati kepuasan bersama.

No comments: