.

Thursday, November 28, 2013

Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang...

Hari ni siapa nak 'dating' dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI), angkat tangan. Hehehe...aku tak malu nak cakap, hari ni aku sangat teruja nak menonton 'lakonan' pendakwah terkenal ini menerusi filem sulungnya, Ustaz, Mu (Mung) Tunggu Aku Datang, arahan Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre  dan diterbitkan MIG Production (MIG).

"Alah, UAI berlakon pulak...tak lama lagi 'hanyut' ke laut la. Biasalah dah jadi artis!" Begitu respon beberapa teman juga komen yang aku baca di facebook berkenaan pembabitan UAI dalam filem ini. Biasalah, mentaliti kebanyakan kita memang begitu 'kan. Mudah sangat judgmental.

Apa-apa pun bagi aku, tidak adil kita menjatuh hukum selagi kita tak tengok filemnya. Walaupun pada fikiran aku boleh agak bagaimana 'lakonan' UAI 'difilem' 'kan, namun sebaiknya aku tonton sendiri kemudian baru komen (takut juga fikiran aku itu tersalah, maklumlah aku orang biasa-biasa je...nak menilai orang bukan boleh main pukul rata saja 'kan.)

Oklah, untuk itu aku simpan lebihan penceritaan mengenai UAI dan filemnya selepas menonton Ustaz, Mu (Mung) Tunggu Aku Datang nanti ya. Buat sementara ini, kita baca sinopsis dan tonton trailernya dulu.



Filem ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke sehari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup.

Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka, tetapi untuk kembali ke jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.