'Super Spin Mop'. |
Dek sibuk membaking kala hujung minggu, membuat aku tak
berkesempatan merayap ke pasar tani. Biasanya aku cuma ke pasar tani
berdekatan rumah saja, terutama di Taman Melawati dan Danau Kota.
Sejujurnya, aku sangat tertarik dengan Mop itu. Kegunaannya mudah dan menjimatkan masa juga tenaga. Sedang ralit memerhati penerangan pendemo, tiba-tiba seorang lelaki mencelah, “Kalau kain mop tu rosak, mana mau beli?”
Aku berpaling ke arah suara yang bertanya itu. Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an. Riak mukanya nampak serius, tambah pula dengan kaca mata tebalnya. Lengkap pakej ‘Abang Garang’…hehehe.
Seronok sangat ke merayap dan bershopping di pasar tani?
Tak busuk? Tak kotor? Tak geli? Tak! Bagi manusia yang suka tengok
ikan, sayur, buah dan macam-macam jenis kuih serta barang pelik macam aku, tu aktiviti hujung minggu sangat best.
Serius, aku sangat suka. Diberi pilihan sama ada nak shopping di pasar raya atau pasar tani, tanpa fikir panjang aku pilih pasar tani.
Sayangku semua, hari ni aku tak mahu bercerita
pasak ‘kebestsan’ merayap dan membeli-belah di pasar tani. Aku hanya nak
bercerita mengenai ‘seseorang’, yang membuat hati aku ‘senyum’. Siapa dia?
‘Marka’? ‘Hubby’? Skandal? Entah, aku tak kenal pun dia!
Walaupun siapa geranannya dia, tak penting. Aku hanya nak
bercerita mengenai sikapnya, yang membuat aku rasa terpanggil untuk menulis
sesuatu di sini. Sesuatu mengenai sikap kaum lelaki yang seringkali disalah
erti segelintir wanita khususnya isteri. Hujahnya?
Kaki dan perhatian aku terhenti di satu gerai demonstrasi
barang. Pendemonya berbangsa Cina (lelaki dan perempuan, mungkin pasangan suami
isteri atau tiada sebarang kaitan pun...hehehe). Pasangan ini sedang buat demo
mengenai kegunaan dan kecanggihan barang jualannya ‘Super Spin Mop’.
Sejujurnya, aku sangat tertarik dengan Mop itu. Kegunaannya mudah dan menjimatkan masa juga tenaga. Sedang ralit memerhati penerangan pendemo, tiba-tiba seorang lelaki mencelah, “Kalau kain mop tu rosak, mana mau beli?”
Aku berpaling ke arah suara yang bertanya itu. Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an. Riak mukanya nampak serius, tambah pula dengan kaca mata tebalnya. Lengkap pakej ‘Abang Garang’…hehehe.
Dengan senyum mesra, pendemo itu beritahu kain gantian yang
dimaksudkan boleh dibeli di semua cawangan Cosway. “Oh, ini barang Cosway
‘lah.” Aku menyampuk. “Ya, ini barang ada jual di Cosway. Kalau beli di sana
harga RM90, tetapi hari ini saya kasi separuh harga. RM50 dapat tiga barang.
Murah, kasi senang you punya kerja.”
Aku nampak lelaki berkaca mata itu berminat nak beli. Cara
dia membelek dan menguji kekuatan batang pemegang mop itu membuat aku rasa
terharu. “Kesian orang rumah, selalu
komplain sakit pinggang lepas mop lantai.” Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Aku
senyum, faham perasaannya yang penyayang itu. Bertuah isterinya dapat suami prihatin. Alhamdulillah, beruntung sangat
‘kan.
Kata siapa, suami tak sayang isteri? Kata siapa, suami
tak prihatin tanggungjawab isteri di rumah? Kata siapa, suami tak menghargai
pengorbanan isteri yang bukan saja menguruskan keperluan suami, anak dan rumah
tangga? Kata siapa?
Memang aku tak nafikan, ada segelintir lelaki/suami yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Biasalah, manusia ada pelbagai ragam, perangai dan sikap. Ada jenis berat tulang nak membantu isteri di dapur, atau urus keperluan anak-anak (seperti bancuh susu atau tukar lampin). Balik kerja terus 'silang panggung' depan tv sambil baca surat khabar. Dibiarkan isteri terkial-kial mengerjakan semua benda. Lebih kasihan kalau si isteri bekerjaya, balik rumah dengan penat masih bersisa dan kena hadap berlonggok kerja rumah, melayan kerenah anak serta suami.

Pun begitu, kita tak boleh nafikan masih ada lelaki/suami yang
menyayangi dan mengambil berat perihal isterinya. Sentiasa ringan tulang membantu meringankan tugas isteri. Jadi, jangan mudah
berprasangka. Mungkin ada antara mereka tak pandai menunjukkan kasih sayang,
tetapi jauh di sudut hati sangat menyayangi anda. Jadi, berbaik
sangkalah pada pasangan kita. Kalau mahu diri dihargai, kita terlebih dahulu kena menghargai.
No comments:
Post a Comment