.

Friday, February 7, 2014

Kasih Allah kepada wanita tiada taranya...

Rugilah engkau wahai wanitaku, saat engkau menzalimi dirimu sendiri.

 Keistimewaan yang Allah SWT beri kepada wanita terlalu banyaknya. Kasih Allah SWT kepada wanita, seolah-olah tiada taranya. Begitu mengagumkan 'layanan' istimewa Islam kepada wanita.

Tiada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang  melayan wanita sebegitu baik, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita dalam Islam.

Sayangnya, ramai wanita tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu dek nafsu sendiri dan rasa terkongkong dengan amalan atau larangan ke atas wanita Islam seperti  menutup aurat, larangan bergaul bebas, berhias keterlaluan dan lain-lain. Mereka cukup takut dan gerun dengan semua  larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal, kalau dikaji setiap satu larangan itu, memberi hikmah dan kebaikan kepada wanita itu sendiri.

Allah kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang dikenakan ke atas kaum wanita tidak lain  untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat serta sekali-kali untuk menyusahkan mereka. Ayuhlah wanitaku , sayangi dirimu. Jangan engkau zalimi dirimu sendiri kerana Allah amat menyayangimu. Kasihnya Allah kepadamu, tiada taranya.


No comments: