.

Friday, March 21, 2014

Anis, nama kita sama...tetapi


Lokasi: Mid Valley
Waktu: 11.30 pagi

Client aku: "U nak mkn apa, Anis? I nak try Yong Tau Foo la...U?"
Aku: "U pergi beli dululah, sekejap lagi I beli."

Berselang 2 minit...

Anak manis: "Auntie, nama kita sama. Anis!"
Aku: "Oh ye (sambil sengih bangga sebab jumpa orang nama sama)."
Anak manis: "Dulu mak panggil, Anis. Kadang-kadang, Nis aje."
Aku: "Oh sama, habis sekarang Mama panggil apa pulak?
Adik manis: "Sekarang? Hmmm...Mama tak panggil apa-apa. Mama dah takde!"
Aku: "Allah...Auntie mintak maaf ye, ni datang dengan siapa?
Adik manis: "Dengan Tok Pah. Hari ni hari jadi Yaya. Beli mainan untuk Yaya." (dia belek-belek beg plastik di tangan).
Aku: "Yaya tak ikut?"
Adik manis: "Tak, Tok jaga. Auntie...kita nama sama, Auntie boleh jadi Mama Anis dan Yaya?"
Aku: "Hah?"
Adik manis: "Anis dan Yaya ada Tok dengan Tok Pah aje. Ayah pun takde, Ayah dah tak kawin dengan Mama...Ayah..."


...update:-

Tiba-tiba:

Wanita anggun separuh usia: "Anis, kenapa kacau Auntie tu. Tarik kerusi tu ke sini sikit."

Aku: "Eh tak apa, seronok bersembang dengan Anis ni."

Adik manis: "Tok Pah, nama Auntie ni sama mcm Anis. Kami...Anis!" (dia senyum meleret...aku juga).

Wanita anggun separuh usia: "Oh ye ke, kebetulan sama. Anis kecik ni memang mcm ni, peramah tak bertempat. Maaf ye."

Adik manis: "Tok Pah...boleh tak Auntie ni jadi Mama Anis dengan Yaya?" (Allah, senyum manja dia pada Tok Pahnya buat hati aku mencair).

Wanita anggun separuh usia: (Melopong mulutnya, kemudian cepat2 cover dengan senyum serba salah). "Maaf ye, dia bergurau aje ni."

Aku: "Tak apa, saya faham.

Wanita anggun separuh usia: "Agaknya rindu dengan Mama dia."

Aku: "Siapa tak rindu mak, puan. Saya hari-hari rindu Ma saya." (Senyum sambil terkenangkan Ma yang semakin emosi sejak berusia ni...hmmm).

Wanita anggun separuh usia: "Sorang aje?"

Aku: "Dengan kawan, dia beli makanan. Maaf kalau saya tanya, ayah Anis masih ada?"

Wanita anggun separuh usia: "Oh...ada lagi, cuma tak tahu ke mana budak bertuah tu pergi. Sejak berbini lain tak peduli anak bini. Bini mati pun, dia tak balik. Malu kami ni, tak tahu nak cakap mcm mana." (lambat-lambat dia suara, hujungnya dia mengeluh berat...)

Aku: "Maafkan saya..."

Wanita anggun separuh usia: "Tak apalah, nama pun hidup. Ujian tu ada di mana-mana dengan pelbagai cara."

Aku pandang Anis, senyum manjanya buat aku patah hati. Anis, nama kita sama tetapi kisah hidup kita tak serupa. Semoga kau tabah mengharungi ranjau hidup ini, Nak.

*p/s: ...ini versi update drpd facebook, dah tak emo jadi boleh sambung cerita.

 

No comments: