.

Friday, March 28, 2014

Ikhlaskan takdirmu, sahabat...



Cerita dua sahabat:

Sahabat 1: Lepaskanlah, sampai bila kau nak simpan rasa tu? Sampai bila? Sampai bila kau nak tanggung sakit tu sorang-sorang? Dia tak tahu dan tak pernah ambil tahu pun, kau sedar itu 'kan?

Sahabat 2: Aku tak mahu apa-apa daripada dia pun, aku cuma mahu tahu kkhabar dia saja. Aku tak sangka dia akan lari. Kenapa dia juga nak hukum aku? Kenapa sekali pun dia tak pernah nak tanya, kenapa aku mcm ni?

Sahabat 1: Sebab dia rasa tak perlu lagi bertanya apa-apa, tak ada untungnya tahu apa-apa.

Sahabat 2: Kau tahu dia sebahagian daripada hidup aku, 'kan? Jadi, macam mana aku nak hidup apabila dia lari menjauh, sembunyi entah ke mana?

Sahabat 1: Sebab itu kau kena belajar melepaskan dia. Kau kena belajar hidup tanpa sebahagian daripada hidup kau tu. Memang, memang akan nampak tempang tetapi hidup perlu kau teruskan. Kau masih bernyawa, kau belum mati!

Sahabat 2: Macam mana? Aku pernah berusaha utk tak memikirkan dia tetapi semakin aku cuma bertambah erat ingat aku pada dia. Jadi, macam mana? Setiap kali aku sedar dari jaga, aku ingat dia...aku memikirkan dia. Macam mana?

Sahabat 1: Kau kena biasakan diri dengan penyakit yang satu itu, minta dengan Allah biar diambil semua rasa itu daripada kau. Seperti semula, sebelum korang saling kenal dan tahu. Kau kena adil pada diri sendiri, jangan terbawa-bawa dek emosi...tak ada untungnya! Dia tak pernah tahu, apa lagi mahu tahu!

Sahabat 2: Sampai hati dia 'kan? Padahal, ini semua bukanlah salah aku.

Sahabat 1: Jadi, kau nak salahkan takdir. Redhalah. Redhakan semua ketentuan ni!

Sahabat 2: Tak semudah itu. Aku tak mahu apa-apa daripada dia, aku tahu aku tak berhak lagi. Tetapi cukuplah, cukuplah kalau dia masih sudi berteman walaupun tak mungkin semesra dulu.

Sahabat 1: Kau kena berhenti berharap dan belajar melepaskan dia. Memang sakit, aku tahu itu sakit. Tetapi lebih sakit kalau kau terus biarkan. Nanti hati kau mati!

Sahabat 2: Memikirkan dia membuat hati aku terus hidup, kau tahu itu!

Sahabat 1: Dengar baik-baik. Aku tak mahu sebut, hey bersabarlah dengan ujian ini. Aku tahu itu akan membuat kau lebih lemah dan marah. Tetapi dengarkan ini baik-baik, "Rasa ingin memiliki itu adalah ketamakan yang amat nyata." Aku yakin, kau tak setamak itu 'kan. Lepaskanlah dia, kerana ini sudah takdir korang. Allah berkehendakan begini. Tentu ada sebab kenapa dia lari daripada kau.

Sahabat 2: Kalaulah aku mampu memadam semua ingatan aku kepadanya, sudah lama aku lakukan. Tetapi, bertahun2 ingatan kepadanya terus menyihir hidup aku. Walau dia tak pernah tahu, tak pernah ambil tahu tetapi aku tetap degil. Aku masih mencari dia, masih mahu tahu khabar beritanya. Meskipun semua itu akhirnya satu usaha yang sia-sia. Dia masih mengabaikan aku, membiarkan aku tertanya-tanya. Salahkah kalau kita masih berteman. Aku cuma mahu itu kerana sejak aku mengenalinya, dia telah menjadi sebahagian daripada hidup aku.

Sahabat 1: Aku faham, sangat faham apa yang kau rasa. Aku nampak itu, mata kau menjelaskan semua kesakitan yang kau tanggung. Tapi kita tak boleh paksa dia 'kan? Mungkin dia lebih bahagia sekarang dan mungkin tak mahu kau datang dengan kenangan-kenangan yang membuat dia hilang rasa bahagia itu. Kau tak boleh macam ni, kena kena beri dia peluang. Dia sudah lepaskan kau, jauh pergi daripada hidup dia. Kau kena faham itu!

Sahabat 2: Aku tahu. Cuma, salahkah kalau kita masih berteman. Hanya sekadar saling bertanya khabar atau berkongsi ketawa? Salahkah aku kalau mengharapkan itu. Semudah itukah dia membuang aku dari hidupnya?

Sahabat 1: Perasaan kau itu, hak kau. Kau berhak terus rindukan dia, memikirkan dia. Tetapi kau tak berhak mengharap yang sama daripada dia. Mungkin itu cara dia melepaskan kau. Kau lebih kenal dia, kau lebih tahu dia macam mana.

Sahabat 2: Ya, aku faham. Ada waktu aku terfikir, bahawa sepanjang perkenalan kita telipati antara kami sangat kuat. Dia mampu rasa apa yang aku rasa, justeru aku terkilan. Aku terkilan dengan cara dia menyikapi aku. Apa pun, aku selalu menyakini hati ini... dia tetap sahabat dunia akhirat. InsyaAllah.

Sahabat 1: Ikhlaskan takdirmu, insyaAllah kau pasti akan dapat bahagia itu. Aku doakan, suatu saat nanti dia sedar keikhlasan kasih sayang kau kepadanya dan kembali menjadi sahabat. Allah knows better, Aamiin.

No comments: