.

Saturday, August 9, 2014

Jadi penulis, kerjaya tak mencabar...?

Raya tu hari cuti agak lama, puaslah keliling rumah. Tegur Makcik B, usik-usik manja Makcik C, melangut di serambi rumah Makcik D, kacau Pakcik E yang dok ralit gentel rokok daun. Huishhh... semuanya aku buat bila bosan menerjah. Mana maunya dok dalam rumah sepanjang hari, dengan line Internet yang membunuh keterujaan!

Dalam ramai2 aku jumpa, ada seorang dua yang jenis mulut longkang...lebih busuk dari longkang pun ada. Bab mengutuk depan2 tu aku kerjungkan hati je, malas nak membidas...kes hormat orang tua. Ma tak ajar anak dia jadi biadap!

Cuma dengan seorang ni 'syaiton' dalam kepala terlepas ke alam nyata. Agaknya terbakar kot kat dalam tu dengar macam2 kutukan hahaha. Kesnya, seorang minah ni dok sibuk tanya aku kerja apa...dok kat mana...kenapa dapat cuti lama sedangkan adik dia yang kerja jugak kat kolumpo dapat cuti 4 hari jek (...ater...apa kaitan dengan aku, bukan kerja 1 office pun hahaha...aneh2 depa ni).

Si minah baju biru blink2: Kerja apa kat KL tu, boleh pulak cuti lama2? Kerja kilang?
Aku: Kerja kilang boleh cuti lama2 ye, tak tahu pulak!
Si minah baju biru blik2: Kalau kerja opis mana boleh cuti lama2, macam adik saya tu. Empat hari je dapat cuti.
Aku: Kerja saya tak semestinya kena masuk office, janji kerja siap.
Si minah baju biru blink2: Kerja ap gitu?
Aku: Saya penulis. Menulis utk majalah online.
Si minah baju biru blink2: Penulis? Ingatkan manager! (Dengan senyum sinisnya)
Aku: Oh, adik awak manager ke kat office dia?
Si minah baju biru blink2: Dia pegawai tapak projek (dengan muka dan senyum bangga).
Aku: Oh, ingatkan manager!
Si minah baju biru blink2: Kerja menulis tu boleh hidup ke?
Aku: Rezeki daripada Allah, Alhamdulillah...cukup untuk bayar loan rumah, kereta, bagi Mak dan tanggung hidup.
Si minah baju biru blink2: Kerja menulis kat majalah tu tak mencabar rasanya, tak macam pegawai, cikgu, doktor. Kalau kerja tu mencabar baru orang pandang.Kita pun rasa bangga nak bercerita kat orang.

...itu antara rentetan perbualan kami, kalau nak ditaip semua kat sini memanglah panjang. Sebab, aku ni jenis kalau dah start membidas panjang cerita hahaha. Apatah lagi kalau lawan aku tu jenis kurang ajar....

Apa perasaan uolls apabila orang kutuk kerjaya pilihan Uolls? Aku? Haruslah sentap! Apatah lagi kalau menyentuh soal sumbangan. Aku percaya, setiap orang mahu memilih kerjaya berdasarkan kemampuan dirinya. Ramai yang sanggup belajar bertahun-tahun semata-mata untuk menggapai kerjaya impian. Macam tu jugalah aku.

Menulis ni dah sebati dalam diri aku. Alhamdulillah, rezeki aku juga dalam dunia penulisan. Kerjaya penulisan dah bawa aku berjalan merata (haruslah free 'kan), dah beri peluang saya jumpa macam-macam jenis orang termasuk yang berpangkat tinggi dalam negara. Dapat duduk bersembang empat mata dengan golongan VVIP, VIP, kerabat diraja, doktor, pensyarah, dekan, pakar sains, artis, model...pendek kata, memang speciallah kerja aku ni.

Saya juga teruja kerana berpeluang menulis pelbagai artikel, pernah dapat penghargaan utk hasil tulisan sendiri dan banyak lagi. Dalam kerjaya ini, pelbagai onak duri juga dah aku tempuhi. Pahit maung, tendang terajangnya...Allahu Akbar...tanyalah mana-mana penulis, mereka pasti ada cerita dan pengalaman tersendiri untuk merealisasikan hasil tulisan mereka.

Dipuji, digertak, diherdik, dihalau, diragut, disamun, ditipu...semuanya dah aku lalui sepanjang kerjaya dalam bidang penulisan. Cuma kini, ruang kerja aku lebih santai. Kebebasan menulis lebih banyak dan perlu lebih kreatif untuk bersaing dengan media baru yang cukup pantas. Ah, itu perkara biasa.

Pucuk pangkalnya, aku nak beritahu setiap bidang kerja ada cabaran serta sumbangan tersendiri. Jadi, jangan meremehkan kerja orang. Benda yang kita nampak mudah, tak semestinya senang. Misalnya, jemput-jemput pisang tu nampak macam senang je nak buat...tetapi berapa ramai yang GAGAL membuatnya untuk kali pertama? Adunan terlebih lembik la, terlebih tepung la, hangus, tawar atau melepek je dlm pinggan (...ni cakap berdasarkan pengalaman sendiri, aku LULUS buat kek, tapi gagal buat jemput2 pisang hahaha). Setuju?


No comments: