My homemade Patty Burger with slice cheese |
Solusinya, aku usahakan buat sendiri apa-apa jua makanan yang teringin nak makan tapi 'ngerun' (ngeri + gerun hehehe) nak beli versi ready made. Iya, homemade. Itu solusi terbaik supaya tak panas hati. Memang banyak hal sikit bila buat sendiri ni, tapi tak apa daripada jahat mulut mengutuk hasil kerja orang lain...makan pun tak dapat berkat.
Misalnya patty burger ni, pernah jugak beberapa kali beli ready made punya. Sayang, tak kena selera. Act, aku bukanlah jenis cerewet maha diva. Cuma, kalau tak kena tahap pedas, masin, manis, pekat, cair dan yang sewaktu dengannya tu memang akan mengundang rasa nak meroyan hahahaha. Padahal, pegi makan di kedai2 yang kengkawan kata maha sedap...delicious bagai. Dapat kat tekak aku, hampeh! Macam mana?
Bukan nak puji hasil air tangan sendiri, tapi aku percaya siapa pun akan lebih puas hati kalau dapat DIY 'kan. So, hasil pertanyaan kat Mr. Google...dapat juga #resipimudah #resipiringkas untuk patty burger versi aku. Macam biasa, versi campak2 segala rempah, sos dan bahan perasa yang ada. Memang remeh sikit, tapi puas hati makan. Bermodalkan tak sampai RM20, dapat makan berkali-kali....happy me ^_^
Cuma pesanan aku, apabila ada usaha nak buat DIY kena sabar, rajin dan jangan putus asa. Kalau nak senang, memang beli aje yang siap...tapi kalau berhajat nak try masak sendiri, itulah petuanya. Sekali dua buat mungkin tak menjadi, so jangan putus asa dan meroyan kat dapur...not good ok!
Memasak ni kena rajin dan sabar. Orang pandai memasak kalau tak sabar, ke laut jugak hasilnya. Aku sendiri tak pandai memasak, cuma rajin mencuba dan nak memasak. Aku suka, sebab memasak antara terapi paling mujarab bila dilanda kegalauan emosi. Mudah 'kan!
Siapa nak try DIY patty burger silakan, kat bawah aku share resipinya. Uolls boleh olah ikut cita rasa. Nak tambah, nak kurangkan tak ada masalah. Nanti dah buat sila share kat aku ye...^_^
Resipi homemade Patty Burger
Bahan:
1 bungkus daging cencang
1 biji bawang besar, dicencang
Sedikit serbuk paprika
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam, dikisar
Sedikit minyak zaitun
1 biji telur
Beberapa keping cheese
Sedikit mentega untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Di dalam mangkuk, campur daging cencang, bawang, serbuk paprika, lada sulah, lada hitam, telur dan minyak zaitun. Gaul sehingga sebati dan menjadi doh. Perapkan seketika.
2. Ambil segenggam doh patty dan kepal-kepalkan sehingga padat. Bulatkan doh dan leperkan sedikit supaya mudah ketika digoreng (jangan terlalu besar nanti lambat masak isi dalamnya)
3. Cairkan sedikit mentega dan goreng patty burger sehingga masak (kalau guna kuali ajaib tu, senang kerja).
4. Ketika patty burger masih panas, letakkan kepingan cheese. Hidangkan patty burger bersama sos pilihan.
No comments:
Post a Comment