Kenal tak siapa? Nak baca sikit pasal dia... |
Act, ada cerita lucu sebelum shooting. Kejadian berlaku di butik Azza (Elite) di Bangunan Mara, Jln TAR, KL. Waktu tu, tengah shooting dengan Azza. Dah habis kerja, lepak dan sembang-sembang kosonglah dengan bekas anggota kumpulan Elite tu. Seronok sembang, muncul sorang gadis...kecil molek...makeup simple...dengan selamba duduk di sofa butik.
Azza menyapa dia dengan membahasakan dirinya, Angah. Dua kali saya toleh...eh...Wawa Zainal, tapi mana tudung? Aku diam dan biarkan je Azza leka bersembang dengan gadis yang dipanggil Angah tu. Kemudiannya Azza beritahu..."Alang, ni Kak Anis frm Jelita. Dia datang interview Angah...", "Eh Uolls kalau ada slot lagi, bolehlah interview adik kita ni. Dia berlakon jugak...dulu masuk AF."
Hah! Sejak bila Wawa Zainal masuk AF? Rupa-rupanya, bukan Wawa tetapi Ayda Jebat. Serius, sekali imbas mukanya ada iras Wawa. Cara senyum...cuma agak 'aktif' dan 'gila-gila'. Kata Azza, memang ramai yang 'ingat' si Ayda tu Wawa...so, bukan aku sorang je la yang 'salah' pandang 'kan kan kan!
Seminggu kemudian, baru aku sempat call dia (Ayda). Bukan main ceria dia bila aku panggil datang shoot di studio Jelita. Perjanjian kami, dia bawak persalinan sendiri (baju shooting) dan aku sediakan makeup artist. Dia tak banyak songeh...semua ok. So, setlah semua dengan sekali petik hahaha.
Hari yang dijanjikan (lebih kurang dua minggu selepas set date), dia muncul awal 1 jam. Makeup artist aku...Cik Yip pun belum sampai lagi. Sebab janjinya jam 3pm, hari Jumaat pulak tu. So, kami minum2 & sembang santai sekali gus sesi interview.
Aku tak pasti orang lain, tapi memang ramai jugak kata dia ada iras Wawa Zainal, so itu juga antara topik sembang kami. |
Hasil shooting kami... |
Lepas shooting, kami selalu jugak contact walaupun waktu tu dia shooting drama di Korea. Rajin juga dia whatsapp gambar di sana (aku lupa shooting drama apa...tapi dia tampil bertudung dlm drama tu...)
Dek sibuk, masing-masing jarang contact...just saling like2 gambar di IG je. Lepas muncul dalam drama bersiri Ride, dia semakin sibuk dan aku sendiri huru-hara dengan projek baru. Eh tau2 dia muncul jadi heroin Zul Arifin dalam drama Rindu Awak 200%.
Mulanya aku tak perasaan, sampai teman sepejabat beritahu..."Nis,adik ko tengah hot sekarang...jadi heroin, ramai followers drama tu!" Aku terpinga-pinga, maklumlah jarang 'tunggu tibi'. Rupa-rupanya 'adik' yang dimaksudkan, Ayda Jebat. Alhamdulillah...aku tumpang gembira...tumpang bangga tengok peningkatan dan kemajuannya. Lain-lain, aku tak nak tumpang hehehe!
Itu secebis kisah perkenalan kami. Singkat tetapi bermakna (sebab aku memang suka orang yang ceria...'lepas laku' dan tak banyak songeh terutama waktu bekerja). Mungkin sekarang dia semakin sibuk, followers pun semakin ramai nak dilayan...so tak cukup masa untuk saling berhubung. Tak kisah pun, itu perkara biasa dalam kerjaya aku sebagai writer/wartawan. Mereka datang dan pergi... kalau masih sudi berhubung...masih ingat, Alhamdulillah. Ada ruang dan waktu boleh bekerjasama lagi... be professional je.
1 comment:
trend skrg, artis dikenali melalui drama bersiri..cepat je famous
Post a Comment