Seorang gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak
couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorg suami yg 'ultra
warak'. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa saja yg ingin
menikahinya dgn syarat:
1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali
seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya
bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.
Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka
tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan
alasan "ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju
syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!"
Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap
hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"
Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya
nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak
pulak !!!"
Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."
Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab,
"Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa
Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6
hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa
Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang
tahun."
Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al
Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari
masa.
Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3
kali setiap kali saya sebelum tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg
membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca
keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.
Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Pemuda itu sekali lagi senyum.
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda,
barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia
telah beribadah sepanjang malam"
dia terus menyambung,
"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan
kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yg
dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita
bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari
akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan
apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya
sia-sia.
Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun.
"Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg
bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.
Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas..
2 comments:
nice plot. bleh buat cerpen ni
Kadangkala kita terlalu teruja nak yg sempurna 'kan...
Post a Comment