.

Friday, June 10, 2016

Blogku terbiar sepi...


Ya Allah, lambat nak mati blog aku ni terbiar sepi tanpa khabar...cewahhh...sendiri malas post entry bikin ayat sendu lak. Puihhh!

Sebenarmya, banyak benda nak share dengan korang...cuma cari masa sesuai untuk disharinglan (hehehehe...macam biasa). Nanti aku postkan sikit-sikit ye. 

Hari ni sebagai permulaan (ini pun time kat phone, jenuh dok kecik beso...kecik beso 'kan screennya huhuhu...nampak tak tahap kemalasan aku? Nampak???), kita santai-mantai je ye.

Actually tengah panaskan lauk untuk sahur, sambil tu layan blog yang dah bersawang-mawang nich! Puasa korang macam mana setakat ni, meja mesti penuh dengan makanan 'kan. 

Aku macam biasa, 1 lauk (pedas punya) & 1 sayur (or ulam), cukup. Bukan nak jimat, malasnya yang berbakul-bakul. 

Lagi satu, malas nak buat tayangan ulang siaran dalam peti ais & meja makan. So, macam tu je la caranya untuk elak semua tu.

Allah, serius aku rindu sangat nak post entry kat blog aku nich. Macam-macam nak cerita, nak ngadu nak share. 

Nantilah eh, kita post satu persatu. Nak recall balik apa dah jadi sepanjang 'kehilangan & kemalasan' aku nich.

So korang, hidup baik-baik. Puasa elok-elok. Banyakan doa...doa...doa sebab kita berada di bulan penuh berkah, rahmat dan keampunan. 

Sepanjang bulan ni kita pakat-pakat rebut peluang buat amal banyak-banyak, bukan berebut nak post makanan siapa paling dahsyat kat fb/ig tu. 

Tak kisahlah kalau nak post pun, tapi tak payah nak gigih sangat. Ala kadar sudahlah...kan...kan...kan ^_^

Oklah, kita jumpa lagi di lain entry, tolong doakan aku supaya jadi blogger yang rajin post entry kat blognya macam korang ^_^

Salam Ramadhan & selamat berpuasa.