.

Wednesday, November 26, 2008

Pok Hang & Tawar Hati


Semlm, tgh2 aku lelap dgn bahagianya tetiba phone bunyi…aduss sakitnya jiwa. Aku x malu ckp, aku siap membentak2 dan menangis mcm budak kecik meragam nk gula2..potong stim sungguh

Aku jeling kat phone, tgk no x kenal…aku sorok phone bawah batal peluk aku yg dah patah tghnya (anak buah aku kalau dtg umah suka buat bantal tu jd kuda…).

Kali ke-2, phone tu bunyi lg..sakitnya batin…dah la aku ni jenis payah nk lelap. Kalau dapat lelap tu, satu hal yg bahagia la ‘tuk aku mlm tu. Tapi akhirnya aku terpaksa beralah, aku angkat jugak la phone tu dgn nada suara yg x berapa nk keluar..

"Elo…sapa ni…"mcm tu la lebih kurang ayat aku semlm…

"Ann aku ni!" suara seorang lelaki di hujung talian.

"Aku tu sapa?"

"Akulah, Pok Hang!" Terbeliak bola mata aku, nyaris2 nk tersembul keluar.

"Oi! Ko pe hal…lama bangat x dengar citer! Aku ingat ko dah tercampak kat gua mana.Lokasi?

"Aku kat NZ, jom lepak!" Aku sengih. Tak hingin la aku nk melepak pg2 buta, lg pun baru 3 jam tadi aku balik dari melepak di NZ (KL). Minum teh o segelas, tp lepak sampai 4 jam…mamak x marah pun! Suka kat mamak tu…!

"Jom ar Ann, lama x lepak ngan ko. Pot Det pun ada ni, dia pun rindu kat ko…kami semua pakat nk peluk2 ko puas2!" kata Pok Hang, tanpa rasa bersalahnya. Amboi, siap nk peluk2. Ingat aku ni bantal peluk ke?

"X kuasa la aku, aku dah tido ni…Ko ngan Pot Det wat pe kat NZ tu, Melaka pe citer?"

"Kami baru sampai ni, khas nk jumpa ko…jom ar."

"Adoi aiii…korang dtg tempat aku je lah, aku malas nk p sana ar."

"Ok…jam g kami sampai, tunggu tau jgn sambung tido." Aku sempat tangkap suara Pot Det yg tergelak terkekeh-kekeh. Ada la tu ngumpat aku…jantan tu x syg mulut sikit. Walaupun dah berapa kali kena cili ngan aweknya, maintain je perangainya tu!

Dan aku yg menurut perintah. Terus bangun, tinggalkan gebar dan bantal peluk. P gosok gigi, tukar baju dan cepat2 cari selongkar majalah Ujang, khas utk Pok Hang. Dia memang suka majalah tu,x pernah miss! (tp serius...Ujang skrg dah x lawak pun...lawak bodo ado la...) 2.30 pg, Pok Hang & Pot Det sampai.

Memang mrk berdua je dlm vitara hitam tu. Aku x nampak org lain. "Parking sini je, kita jln kaki. Kita g kedai mamak depan nun, jom!" kataku, terus kasi perintah. Pok Hang & Pot Det x byk songeh. Ngikut je…budak baik la tu! Duduk je, terus mamak dtg amik order. Pok Hang mintak teh tarik sama roti banjir, Pot Det mintak nasi lemak sama milo ais. Dan aku, teh o panas 1! Byk yg kami borakkan, termasuk…

"Nape jd gitu, ko x syg dia lg?" kata Pok Hang, Pot Det dok ralit usha’ seorang awez yg boleh tahan ganaz seksinya…x pakai bra lg…sadis beb!

"Aku kasihkan dia lg, Ann. Tp aku dah tawar hati ngan dia.Dia x mcm yg aku harapkan, tak mcm yg aku angankan. Dia lain sgt, aku rasa mcm menikah dgn org lain lak!" katanya lg. Hmmm…aku tenung dlm2 mata Pok Hang. Ada kejujuran di situ, tp aku sedih dgr pengakuan dia tu. Rasanya mcm baru semlm aku pergi mkn nasi minyak kat kenduri kawin dia. Gelak2 sambil berlucu ttg mlm pertama! Ah indahnya kenangan!

"Habis, dia kat mana sekarang?"

"Masih di area KL. Tp aku x tau la kat mana. Dia selalu sms aku, tp x pernah nk ckp ada kat mana."

"Dia syg kat ko lah tu. Tak de jln nk berbaik ke?"

"Aku ckp jujur ngan ko, Ann. Jantan ni, termasuk la aku…selalu tertipu dgn pempuan cun mcm dia tu. Selalu pk yg cun2 tu akan memuaskan hati aku dlm semua sudut. Selalu rasa, aku lah lelaki yg layak berbangga sebab dpt awek cun dan dapat berbini dgn awek cun itu. Tp hakikatnya, cun tu hanya kat luar je."

"Tak semua yg cun tu mcm yg ko gambarkan td…ada yg betul2 cun luar dan dlm." aku bantah, selamba. Walaupun aku ni kategori minah yg x cun, tp aku tetap x setuju bila dia kata pempuan cun semua x baik. Hal-hal tu semuanya bersifat subjektif.

"Tapi rata-ratanya mcm tu. Dulu masa belum kawin, memang aku tergoda bau wangi badan dia.Rasa mcm nk jilat2 je, tak sangka lepas kawin baru la aku tau betapa busuknya dia. Malas mandi, pemalas ya ampun! Harap muka je lawa, tp serabai kat dlm."

"Ko ni, over la tol!"

"Sungguh! Masa belum kahwin, semua x kisah. Bila dah kawin mula merungut itu ini…mula meraban itu ini…dgn keluarga aku pun nk buat musuh. Tapi suruh aku jaga hati keluarga dia baik2…boleh jalanlah!" marah benar nampaknya Pok Hang. Sampai Pot Det yg tdnya sungguh2 dok mengusha’ awez tu bagaikan terkejut dr mimpi.

"Tak ada manusia sempurna, ko jgn la hope tinggi sgt dr dia. Ko hubby dia, kena la pimpin dia dengan penuh tolak ansur. Jgn asyik cari salah je!"

"Dah 2 bln kami pisah rumah. Mmg aku x de hati nak baik balik dgn dia. Dia nk berlaki dgn jantan lain pun aku x heran, tak rugi pun x hidup dgn dia. Si bimbo mcm dia, tak layak hidup dgn aku!" Emosi sungguh Pok Hang, pg itu. Sampai aku tak lagi rasa mengantuk. Segar bugar mata aku dikerjakannya.

"Pempuan ni byk kategori dan lelaki pun byk kategori. Kawin ni menyatukan dua org manusia yg berbeza latar belakang dan cara hidup, malah corak pemikiran. Toleransi penting, beb! Ko tak boleh hidup dgn corak pemikiran ko je. Ko kena pk gak side dia mcm mana. Aku tak kenal sgt la bini ko tu, tp aku rasa 2 thn x cukup untuk ko paham siapa dia dan buat dia paham siapa ko. Zaman bercinta lain,. Sekarang ni zaman ko berkasih, tentu lain.

"Ko kena pandang setiap yg berlaku tu pada sudut pandang positif. Kalau ko rasa di pempuan bimbo, cuba ko ubah sikit2…kasi dia pengetahuan am lebih sikit. Beli majalah/buku2 yg ko rasa boleh mendidik otak dia bekerja. Dunia ko dan dia lain, beb. Maybe aku paham ko, tp x mungkin dia boleh paham ko mcm mana aku paham ko. Dan x mungkin juga aku paham ko mcm mana dia paham ko!

"Ko cerdik, beb! Bimbing la dia, jgn la bila rasa tawar hati…x serasi terus buang mcm tu je. Dia bukan sampah, dia manusia. Yg ada hati dan otak…kasi dia belajar memahami dan merasai apa yg ko nk dalam rumahtangga dan hidup berkeluarga. Ko kena ingat, nk memusnahkan sesuatu tu cukup mudah. Tapi nak memulakan sesuatu, kadang bergadai nyawa!"

Panjang lebar kan aku 'sekolahkan' dia. Tp yg pasti, Pok Hang mendengarnya dgn khusyuk sekali. Dan perbincangan + ceramah2 ‘foc’ terus rancak sampai x sedar jam sudah pukul 5 pg.Yg pasti, kami bertiga belajar sesuatu…ya, tentang tanggungjawab, amanah, ketelusan, keikhlasan dan kesabaran. Lebih penting lagi, kami bertiga berharap semua gabungan itu mampu menjernihkan keadaan. Amin!

Perempuan-Perempuan Bimbo...

Mlm td aku termenung pjg, tak boleh tido…sakit betul hati. Jd aku masuk dpr…kemaskan apa yg patut, cuci apa yg perlu…selalunya mcm tu lah…x pernah berubah. Selepas selesaikan semua tu, aku baring semula dgn harapan dptlah lelapkan mata.

Badan penat, otak berselirat…mmg payah nk pejam mata. Lalu, aku pun on tv…layan dvd korean (yg di beli di indon dgn harga yg sungguh x masuk akal…murah gilos beb). Love in Heaven, dah lebih 10 kali aku hadap citer ni…tp x pernah rasa jemu.

Kisahnya tentang percintaan, tp kaya dengan kasih sayang keluarga. Dan yg paling penting ttg kegigihan seorang wanita (berusia awal 30-an), yg hidup sebatang kara. Lalu menumpang kasih keluarga angkat, kemudian diperlakukan pulak mcm hamba…di suruh bekerja demi menyara kehidupan ibu serta adik angkatnya.

Tetapi dia x pernah merunggut, yg dia paling inginkan adalah utk bertemu dengan ibu kandungnya. Sayu sungguh hati aku setiap kali melihat diri wanita itu di kaca tv, entah knp aku seolah-olah mampu merasai derita batin yg dialaminya. Lalu, aku terkenangkan sikap dan sifat teman-temanku yang bernama ‘perempuan’.

Dalam kemeriahan persahabatan, aku merasa malang sekali kerana ada sekelompok dua perempuan yang aku gelarankan ‘perempuan-perempuan bimbo’. Masih ada gelaran yg lain, tp di sini cukup setakat itu sj…mereka ini bolehlah aku kategorikan sebagai ‘cukup sifat’, malangnya kurang akal. Selalu perasan cantik, dan jd pusat perhatian (khususnya kaum lelaki).

Dan setiap kali bercerita ttg lelaki, semuanya yg muluk2 sj yg keluar dari bibir mereka. Mereka mahukan lelaki2 kaya, muka hensem…kerja bagus…kereta bagus dan romantis…pendek kata sempurna segala segi.

Aku selalu terdiam, sambil berfikir tinggi sungguh syarat-syarat mereka dalam memilih pasangan hidup. Hingga aku rasa, mereka bukan pilihan calon suami tp pilih ‘bank’ mana yg paling kukuh. Aku masih ingat dialog mereka: "Aku x kisah kan muka dia, janji duit byk. Senang sok kawin x payah nk kerja lg, dok kat rumah aje…belai dia…buat anak…senang cerita…"

Bahagianya aku dgr dialog2 mereka (sebenarnya byk lg, tp cukuplah itu sj yg aku tulis di sini…). Secara peribadi aku anggap mereka ini jenis nk hidup senang dan selesa cara mudah.Tp mereka lupa, tak ada hal mudah dlm dunia ni…apa pun tuah org kita tak tahu dan jujur kata, aku tak pernah iri pada tuah org.

Sebab? Sebab…Alhamdulillah, Tuhan beri aku akal dan tubuh yg sihat…diberikan byk impian dan semangat, dikurniakan perasaan teruja untuk memiliki apa sj dgn hasil sendiri. Namun aku x pernah menolak, lelaki itu bertanggungjawab terhadap wanita (isterinya). Memberi nafkah, zahir dan batin!

Aku tak menafikan kenyataan itu. Yg aku tegaskan di sini soal kepuasan. Aku puas andai apa yg aku miliki adalah hasil usaha diri sendiri. Aku rasa sangat malu dan sgt tak berguna bila nk beli bedak muka atau ubat gigi pun nk mintak-mintak dari lelaki (kecuali masa kecil dulu, mintak dgn abah atau ma).

Aku sgt segan untuk menyebut perkataan; "U, cantik la baju ni…belikan untuk i…" Oh tidak! Aku x ingin dan takkan pernah buat kerja itu. Kecuali dlm diam2, aku dibelikan sesuatu yg mmg ingin aku miliki. Sungguh, aku tak malu ckp…mmg aku gila duit dan dlm masa yg sama aku gila kerja. Kerja yg aku x pernah buat dan terpikir nk buat pun, aku redah jugak (halal beb…!). Sungguh, dr zaman sekolah rendah…menengah…waima kampus…aku tak pernah amik sebarang kursus komputer atau grafik…atau photography.

Tp dlm tempoh 10 thn ini, aku sungguh teruja dgn diriku sendiri kerana aku mampu memiliki semua kemahiran yg ku sebut di atas dan hari demi hari, aku makin menguasainya. Malah, kita aku dah mampu bina website sendiri…godek2 code dlm website…try and error…tp aku puas…sgt puas dan akan tepuk tangan untuk diri sendiri…lalu katakan, aku mmg boleh!!!

Org kata aku tamak…kalau ya pun kenapa…aku bukan tamak atau laparkan harta org dan aku sesekali x pernah terfikir untuk menumpang harta atau kesenangan org lain… Tp aku tak malu mengaku suka mengendeng2 org2 yg bijak pandai dlm bidang mereka, demi mengutip ilmu…walaupun aku x pernah pk nk menguasi ilmu tu…janji aku suka…aku akan buat sampai berjaya…

Ada juga org sebut…aku ni egois. Pada aku, aku anggap yg sebut begitu x faham makna sebenar egois tu. Tp aku tetap percaya, tak semua benda yg aku usahakan akan aku miliki…tak semua, but so far…aku puas hati!

Tulisan ini bagaimanapun, bukanlah bertujuan nk angkat diri sendiri. Aku cuma nk cerita
*p/s: Paris Hilton ni pun aku kategorikan sebagai ‘bimbo’ gak, tp nasib baiknya..dia kayo…

tentang perempuan-perempuan yg ku gelarkan sebagai bimbo. Knp aku gelarkan mereka begitu, sebab mereka ini bukan sj nk hidup senang dan nk hidup cara mudah…malangnya lg, otak kosong…x ada buah fikiran yg bernas atau boleh diguna pakai…walau bagaimanapun, impian hidup mereka memang serba muluk…impian yg sangat mulus! Siang malam asyik pk, mcm mana nk dptkan ‘lombong emas’.

But…maybe aku ni jenis manusia yg serba nk berdikari (bukanlah dlm semua segi…utk keperluan peribadi yes!), jd aku mcm x boleh terima akal-akal mereka itu. Aku rasa mereka terlalu…oh susah nk disebutkan…(x apa, baik aku simpan sj).

Apa pun…perempuan-perempuan bimbo ini sedikit sebanyak telah mengajar aku tentang kehidupan realistik. Tp jujur kata, kalau aku lelaki…aku tak ingin nk berbinikan si bimbo-bimbo ini…hehehehehee Adios…