.

Wednesday, December 24, 2008

Mental + gampang=lahanat!!!

cibai lahanat punya keladi tua...nk mampus sgt dah agaknya...setan gondol pun x cilaka mcm ko.. korang jgn panik...aku sebenarnya memaki manusia yg korang sebenarnya mmg x kenal dan tarak kena -mengena langsung (pasal yg aku maki tu bukan spesis buah nangka atau jenis2 buah yg ada getah, dan bukan jugak pokok getah kat belakang rumah nenek kawan Bedah Tonggek, kakak tiri sedara kawan aku punya sahabat...)

... malam yg paling gampang dan lahanat yg pernah aku rasakan, sebab terpaksa pandang tanpa rasa nk menikmati pun senyum cirit keladi tua itu... selepas puas dia sekolahkan aku dgn ayat2 yg x berapa nk power tu, aku dgn bangganya sempat ucap terima kasih sebelum blah meninggalkan dia terpingga2 (mcm tgk gajah tua pakai bra...) dan sempat jugak aku banting pintu mahalnya yg konon berharga RM 2k dan ditempah khas kat kedai Mr Hong...ada aku kisah!!!


mlm itu jugak tanpa rasa bersalahnya, aku ajak 'TTM serius' aku layan otak mental...dan mekasih banyak2 sebab si mamat ni sudi sungguh meminjamkan masanya utk aku dan dgr celoteh2 aku yg penuh dgn ayat2 cilakak... dan si mamat masih senyum sambil ajak aku layan koleksi lagu rocknya...

tanpa kemaluan, aku hentak2 tangan kat dashboard ketenya itu... sungguh...hilang dua tiga titik kementalan yg aku rasa sejak 5 jam sebelumnya...

*p/s: apa pun...aku tetap nk kata...cilakak babi punya, keladi tua....!!!!!

Monday, December 1, 2008

Aku, dia & kamu...

Tahun: November
Lokasi: KL
Note: Sahabat, please smile, and kick away your pain…


Seorang sahabat tiba-tiba menelefon aku. Suaranya panik, juga sekaligus ada nada putus asa di hujung talian.

“Anne, ko ada kat umah tak sekarang?” Aku langsung melihat sekelilingku. Di sebelah, aku nampak penjual kereta mini kaki lima yang sedang tersenyum sambil menatapku. Beberapa saat sebelum telefon berdering, aku memang sedang dalam sesi tawar-menawar sebuah kereta mini yang dijualnya.

“Tak. Aku kat Masjid India ni, kenapa?” Suara aku rasanya tenggelam di tengah suara teriakan penjual kaki lima lain yang saling bersahut-sahutan.

“Boleh balik sekarang tak? Aku ada hal penting dengan ko ni, penting sangat,” Suara di seberang sana terdengar begitu panik. Mungkin cuma perasaan aku saja, tapi ketika itu aku sempat mendengar suara esakan halus. Dan…Aku, termasuk orang yang percaya pada kata hati yang pertama kali berdendang di dalam dadaku. Kata hati aku mengatakan bahawa ada kes berat yang sedang dihadapi oleh sahabatku itu.

“Kejap ye, Nida. Bagi aku masa dalam 30 minit, aku usahakan untuk balik secepat yang boleh,” Kereta mini yang baru sekali ditawar, terus aku beli. Senyum penjual kereta mini itu nampaknya terkembang begitu lebar.

(Emmm…percayalah, kalau korang tawar barang baru sekali dan terus disetujui oleh si penjual barang itu sambil menunjukkan sikap yang ramah, itu tandanya korang sudah salah menawar! Boleh jadi barang itu masih terlalu mahal dan itu merupakan keuntungan bagi penjualnya. Kalau sudah begitu, yang harus korang lakukan hanya satu, ‘jangan pernah bertanya pada penjual atau kedai lain harga sebenar barang yang sudah korang beli itu, kecuali kalau hati korang cukup tabah mendengar bahawa harga sebenar yang biasanya jauh lebih murah.)

Dengan Perdana exclusive (ahahahaha…kereta anak bosku,merangkap kereta opisku), aku segera meluncur ke rumah.Wush….wush…Akhirnya, di depan pintu rumahku, kelihatan sahabatku itu dengan mata yang membengkak sedang mencangkung di depan pintu rumah. Pakaiannya masih kemas seperti biasa, tapi muka kusut dan keruh. Hari baru menunjukkan pukul 11.30 tengahari.

Bagaimana dia boleh memiliki wajah sekusut itu di siang hari tegak berdiri seperti itu? Aku terus mengajaknya masuk ke dalam rumah.

Di dalam rumah, tangisnya terus meledak. Pujuk punya pujuk, rupanya dia baru saja ‘diceraikan’ oleh kekasihnya @ putus hubungan pertungan. Lama juga aku berusaha untuk menenangkannya hingga akhirnya dia bercerita bahawa tunangannya itu kena tangkap basah dengan perempuan lain dan terpaksa dikahwinkan atas desakan keluarga si perempuan terbabit (aduh…macam dalam slot samarinda pulak…). Padahal, tiga bulan lagi, dia dan tunangnya itu merancang untuk berkahwin. Kedua orang tua mereka sudah saling bertemu dan bersilaturahim. Bahkan, hampir semua barang hantaran sudah dibeli.

“Yang lebih dahsyat lagi Anne, mereka akan kahwin bulan depan!” Semakin tercekik aku mendengarnya.

(Hai, cinta! Cinta benar-benar misteri. Datang tak diundang pergi tak dihantar. Tapi cinta memang betul-betul sebuah misteri. Suatu saat ketika dia datang menyapa, maka segalanya berubah. Yang asalnya rajin boleh tiba-tiba jadi malas. Yang mulanya bijak, boleh berubah jadi bengap. Bahkan ketika cinta telah merengkuh, siapa pun sukar untuk melepaskan dirinya. Semakin berusaha meronta melepaskan rengkuhannya, semakin diri akan terjerat lekat. Misteri inilah yang membawa berbagai macam kejutan yang tak terduga. Boleh jadi menyenangkan, boleh juga amat menyakitkan.)

“Sengal otak aku ni, Anne. Hati aku betul-betul hancur dan kecewa. Hari ni aku lari dari opis. Hatiku sakit, Anne. Sakit sangat. Semuanya datang dengan tiba-tiba dan tak disangka-sangka,”

Semua kesedihan dan kekecewaanya dikeluarkan dengan penuh emosi… kesedihan yang mendalam. Emosi sahabatku itu benar-benar pecah dan meledak dalam tangis dan rasa putus asa.

“Macam mana aku nak buat ni, Anne? Huh, selama ni, bagiku dia adalah segala-segalanya. Tiga bulan lagi kami nak kahwin, Anne. Tiga bulan je lagi. Semua persiapan dah lengkap. Aku dah cukup lega dan rasa semuanya dah ada dalam genggaman aku. Tapi, kenapa jadi macam ni pula?”

Aku terdiam mendengar semua keluh kesahnya dan semua ledakan hatinya. Ya, entah apakah aku masih boleh mempertahankan fikiran sihat aku kalau aku berada di tempatnya? Aku selalu berharap bahawa selamanya, dalam apa juga keadaan pun, aku tetap dapat mempertahankan fikiran sihat, lagi waras, dan pasrah pada ketentuan Allah.

“Sabar, Nida. Mungkin dah takdir korang macam ni. Apa yang terjadi esok hari itu memang rahsia ilmu Allah. Kita tak pernah tahu apa yang terjadi esok hari. Faham, kita semua kena faham…semuanya sudah terancang dengan matang. Tapi kalau memang dah digariskan kena berpisah, nak buat macam mana lagi? Lebih baik sabar dan berprasangka baik… tentu Allah ada ketentuan lain yang lebih matang buat ko;”

“KO SENANGLAH CAKAP MACAM TU, KO TAK PERNAH RASA APA YANG AKU RASA SEKARANG! BAGI AKU, HIDUP NI DAH TAK TERASA INDAHNYA LAGI. AKU MARAH, MARAH SANGAT, KECEWA!!! KECEWA SANGAT-SANGAT!!!”

Baik! Ini bukan pertama kali aku jadi tumpahan kemarahan orang lain. Bukan pertama kali aku harus menampung kekesalan orang lain. Bukan pertama kali orang lain yang awalnya nak borak-borak korong, tiba-tiba menyerang dan bikin kecoh. Tapi, benda macam ni aku anggap sebagai mekanisme pertahanan diri mereka dalam rangka melindungi diri mereka sendiri agar tak terlalu merasa jadi yang tersalah. Lalu tanpa terasa mekanisme pertahanan diri, aku sendiri mulai berfungsi dengan amat baik.

Di dalam kepala aku, terus berputar sebuah lagu lama, lagu era tahun enam-puluhan (kalau x silap akulah). Sambil beranjak menghindari tatapan mata sahabatku yang mulai memerah kerana marah dan putus asa, aku beranjak dan mengambil CD lagu yang terset di kepala aku itu. CD Player dah siap untuk memberi khidmatnya. Tekan, ON….Play…

“Buat sahabatku yang sedang sedih, ni ada kiriman lagu. Selamat menikmati,” Spontan sahabatku itu melempar bantal kecil ke arahku, senyumnya terkembang dengan amat getir. Aku terus mengelak sambil melempar tawa padanya dan mengejeknya kerana sasarannya tadi tak mengena. Sedetik kemudian, tawanya yang masih separuh hati pun mulai terdengar. Bersama dengan mengalunnya lagu 

Love is Blue yang dinyanyikan oleh Al Martino
 
Blue, blue, my world is blue
Blue is my world now I’m without you
Grey, grey, my life is grey
Cold is my heart since you went away
Red, red, my eyes are red
Crying for you alone in my bed
Green, green, my jealous heart
I doubted you and now we’re apart
When we met’ how the bright sun shone
Then love died, now the rainbow is gone
Black, black the nights I’ve known
Longing for you, so lost and alone
Gone, gone the love we knew
Blue is my world now I’m without you...



* Huhuhuhu…jahatkan aku…